Makan Nasi Orang Kahwin Di The Ruma Kupi


 Assalamualaikum wbt
DAH seminggu Cikwa balik Johor sempena hari jadi ibu. Kebetulan pulak dua hari sebelumnya merupakan hari mengundi. Jadilah tu, kan.. sambil menyelam minum air, katanya.
Sebagai penutup 'balik kampung', Cikwa mengajak makan di The Ruma Kupi. Bagi mengelakkan rasa kecewa, Sk membuat pesanan makanan lebih awal melalui whatsapp. Yang kelakarnya, lepas makan semua, mereka ni, naklah minta roti bakar dua set, buat geli-geli gitu, tapi kisahnya, roti banyak, bahan nak lepa macam butter dan kaya, habis. Aisehhhmannn.. 

Tak pernah jemu menjamu mata di TRK ni. Setiap sudut ada nostalgianya tersendiri


Cantik sangat pemarut ais ni setelah dicat semula dengan warna ni, nampak romantis. Bak kata cikgu lukisan Sk dulu, warnanya harmoni


Walaupun nampak moden, tapi zaman Sk, belum jumpa telefon macam tiga yang di atas tu


Tak lama menunggu, pesanannya pun sampai ke meja. Nasi Orang Kahwin (NOK) dengan Kambing Beriyani. Memang betul-betul macam NOK, selambak nasinya. Kambingnya empuk, tak kedekut daging, rempahnya terasa. Oh, ini Iman punya


Ini pula NOK dengan Ayam Masak Merah. Tak tahulah sedap ke idok Ayam Masak Merah tu. Ni untuk Abang Jamal



Ibu makan NOK Kambing. Favourite la dulu kini selamanya lauk kambing ni


Ilham ambil lauk Gearbox. Cikwa kata, sedap


Orang yang beriya nak makan NOK tu, makan lontong pulak. Tak apalah, bila-bila boleh datang lagi. Lontong sedap, tapi ni memang Lontong Sarapan la.. bukan Lontong macam hari raya yang lengkap dengan sambal kacang dan serunding seperti yang selalu Sk makan di Johor (Johor Bahru). Walaupun begitu, kuah lodehnya sedap, tak terlalu pekat atau cair


Angah pula makan Nasi Putih dengan Asam Pedas Ayam. Sedap sangat kuah asam pedasnya tu. 



Satu jer masalah kat sini, nak makan kena berperang dengan lalat. Tak terlalu banyak tapi dua ekor jugaklah yang masuk dalam air. Mintak ganti satu air sebab belum sempat nak minum lagi. 

Eh, nama bapak kami laaaa.. Hari tu, tak perasan


Pinggan kangkung yang harganya dah sama macam Portmeirion. Sk pernah bertanya harga sebiji pinggan makan saiz 10", RM90 ko! Itulah nilainya barang lama. Kalau tahu dulu, ambil siap-siap dari rumah nek ayah (bapak ibu). Tapi masa nek ayah meninggal, SK baru tingkatan satu, belum faham lagi, hihi. 


Ciri-ciri disorder yang akhirnya berbaloi-baloi. Dalam rumah tu lagilah penuh dengan barang dan almari lama


Mamat ni ucap Selamat Jalan masa kami nak pulang. Kami sempat tapau tiga bungkus nasi, lepas tu, ada pelanggan lain datang, nasinya dah habis. Fuhhhhh


Sebelum balik, singgah Tanjung Piai, tapi singgah ajelah.. tak beli tiket pun sebab malas nak jalan sampai habis.. hehehe. Oh, Cikwa pun dah balik KL semalam. Semoga Cikwa baik-baik sahaja di sana, insyaAllah

The Ruma Kupi Pontian
63A, Jalan Kukup,Kampung  Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor
Telefon 010-760 9797
Buka setiap hari kecuali Selasa8.00 pagi hingga 3.00 petang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/makan-nasi-orang-kahwin-di-ruma-kupi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tengahari Di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari Hari Klang

Makan Tengahari Di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari Hari Klang

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 351 hits
Suami kak ana nii selalu layan food hunting Malaysia di Youtube Ramai youtuber makan yang dia selalu follow untuk mengetahui tempat tempat makan viral dan sedap yang ada di seluruh negara khasnya di sekitar KL dan Selangor Kalau kat tempat ...
Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang Masakan Ala Hotel Harga Warung

Makan Nasi Tomato Warung Aura Kak Ina Gelugor Pulau Pinang Masakan Ala Hotel Harga Warung

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 780 hits
Sambungan Cerita di bulan Disember lepas Selepas menginap di KTH Homestay Cottage Kangar Perlis dan on the way ke Pulau Pinang kami sarapan di Ukir Mall Alor Star Kedah Selepas sampai di Pulau Pinang sempat kami singgah Makan Nasi Tomato Wa...
Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

Makan Tengahari Di Kedai Nasi Ulam Che Ku Machang

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 631 hits
Di negeri Kelantan nasi ulam merupakan antara hidangan yang popular oleh masyarakat setempat mahupun pelancong yang datang Berbeza dengan nasi kerabu nasi ulam ini lebih banyak variasi pilihan ulam ulamannya yang boleh dipilih untuk dimakan...
Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor Tempat Makan Menarik Di Johor

Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari Johor Tempat Makan Menarik Di Johor

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 237 hits
Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari JohorNasi Arab Kari Kambing 40 Hari Tempat Makan Menarik Di Johor Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Baru baru ini MOMI dan kawan kawan ke Johor untuk bercuti dan jalan jalan cari makan Kebetulan dah lama sa...
Buffet Ramadan 2022 Hidangan Tradisi Edisi Nyonya Di The Ruma Hotel Residences

Buffet Ramadan 2022 Hidangan Tradisi Edisi Nyonya Di The Ruma Hotel Residences

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 516 hits
Hai pembaca kesayangan Kali ni Misz ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan bertemakan Hidangan tradisi Edisi Nyonya yang disediakan oleh The RuMa Hotel Residences bermula dari 8 hingga 30 April 2022 The RuMa Hotel Residences bersiap sedi...
Makan Soto Dan Nasi Lemak Di Empire Wak Lan

Makan Soto Dan Nasi Lemak Di Empire Wak Lan

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum wbtWALAUPUN Majlis Sambutan Hari Jadi Nenek di terpaksa ditunda kerana Abang Jamal dimasukkan ke ward namun Angah kata jomlah kita makan Soto Batu 10 Rasa tak best katanya sebab masa kami sarapan tu Angahnya tak ada Jadi jom...
Daniel Radcliffe Tidak Berminat Untuk Terlibat Dengan Harry Potter And The Cursed Child Buat Masa Ini

Daniel Radcliffe Tidak Berminat Untuk Terlibat Dengan Harry Potter And The Cursed Child Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 208 hits
Pengarah Harry Potter Chris Columbus telah menyatakan minat untuk mengarahkan adaptasi teater popular Harry Potter and the Cursed Child dengan menyatukan semula Daniel Radcliffe Emma Watson dan Rupert Grint Pengarah itu sebelum ini pernah m...
Aktor The Batman Paul Dano Tulis Komik Riddler Year One Akan Dilancarkan Oktober Ini

Aktor The Batman Paul Dano Tulis Komik Riddler Year One Akan Dilancarkan Oktober Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 226 hits
The Batman telah memperkenalkan versi baharu penjahat klasik Gotham City The Riddler dan DC Comic telah mengambil pendekatan untuk menceritakan asal usul watak itu dalam siri komik prekuel bertajuk Riddler Year One Pelakon yang memainkan wa...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo