Kenyang Makan Premium Coklat Waffle Wakaka Yang Sedap Lagi Murah
Ini kali kedua membeli waffle Wakaka yang berhampiran dengan rumah. Disebabkan puas hati, marilah kita ulang beli. Tak silap, minggu lepas kot pertama kali membeli waffle Wakaka ni. Cari 'waffle' dalam foodpanda, keluar suggestion Wakaka.
Eh, baru tahu Wakaka ada jual waffle rupanya! Wakaka ni franchise minuman macam coolblog, teealive dan sewaktu dengannya. Wakaka pula dekat dengan rumah. Macam tertarik untuk beli.
Ye lah kan nak makan waffle ni kena panas-panas baru rasa kesan rangup lebih. Waffle kalau lama dibiarkan sejuk nanti lembik dah tak sedap. Haritu pertama kali beli saya cuba waffle original dengan gabungan 2 inti iaitu coklat dan strawberry dan juga beli minuman.
Tapi minuman dia manis tahap potong kaki punya. Ke sebab makan waffle berinti manis jadi dua kali ganda manis. Kali ni beli waffle je lah. Tapi waffle original tak ada, beli premium coklat waffle dengan inti coklat dan peanut butter.
Encik suami beli gabungan inti kaya dan blueberry. Pelik pula gabungan dua inti ni. Apa rasa? Sedap juga!
Letak dalam satu pinggan nampak macam kek lah pula. Waffle dia bersaiz besar ye. Makan satu potongan waffle kepit pun dah kenyang sangat. Serious! Agaknya dia mengembang dalam perut kot. Hihi...
Intinya sedang elok tak banyak tak sikit, puas hati! Banyak sangat manis tak best juga kan. Manis dia masih boleh diterima lagi. Tak terlalu manis sangat. Premium coklat waffle pun tak manis sangat.
Dibungkus satu satu dalam beg kertas macam biasa. Harga Waffle Wakaka original RM4.50 dan untuk premium coklat RM5.50. Harga berpatutan dengan saiz besar. Memang puas hati lah.
Ada simpan hajat juga nak beli waffle maker, bolehlah buat waffle sendiri di rumah. Nak makan, boleh terus buat je kan. Tapi itulah hajat masih tertangguh. Masih lagi berfikir berbaloi ke tidak membeli. Risau nanti jadi perhiasan dapur je.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/11/waffle-wakaka.html