Makan Menyusu Anak Tiada Masalah Tapi Berat Susah Naik Mama Boleh Buat Tip Ini


Mesti susah hati kita bila berat badan anak berada di bawah paras normal setiap kali dibawa menjalani pemeriksaan di klinik. Doktor dan jururawat juga akan ‘membebel’ kenapa berat badan anak tak naik mengikut jadual sepatutnya sedangkan anak tiada masalah makan dan menyusu.
Mengapa ada bayi (6 bulan ke atas) atau kanak-kanak yang masih tetap kurus dan berat badannnya berada di bawah paras normal walaupun mempunyai selera makan yang baik? Berikut antara penyebabnya yang mungkin dialami oleh si manja anda.
a. Faktor genetik.
b. Kemampuan mengunyah dan menelan yang belum sempurna.
c. Keletihan kerana terlalu aktif.
d. Jangkitan saluran kencing.
e. Masalah anemia kekurangan zat besi.
Apabila anda sudah merawat masalah yang menjadi punca kepada berat badan anak tidak bertambah, maka lakukan pula beberapa tip bagi menambah berat badan mereka. Apa pun ia mesti dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah terlebih dahulu.
1. Berikan tiga kali hidangan makanan utama (karbohidrat, sayur dan lauk) dalam sehari dan dua kali kudapan yang terdiri daripada buah-buahan, roti dan biskut.
2. Masukkan hidangan menu berasaskan daging lembu sebagai makanan utama untuk anak. Ini kerana daging mengandungi zat besi yang tinggi. Tetapi jangan bagi anak minum susu selepas makan daging kerana susu menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebaiknya hidangkan jus buah yang mengandungi vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi.

3. Tambah satu sudu kecil minyak zaitun extra virgin ke dalam hidangan makanan anak yang sudah  siap dimasak. Minyak zaitun kaya dengan kandungan lemak. Minyak zaitun extra virgin yang tidak bersuhu tinggi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya sangat sesuai ditambah ke dalam makanan si kecil.
4. Gandakan kandungan karbohidrat dalam menu utama anak. Contohnya hidangkan nasi dan sup ayam yang turut mengandungi kentang dan makaroni.
5. Hidangkan buah-buahan yang tinggi kalori seperti pisang dan avokado sebagai kudapan anak.
6. Berikan anak snek tambahan seperti roti, biskut atau pisang satu jam sebelum dia tidur.
7. Penggunaan mentega juga boleh membantu merangsang penambahan berat badan anak. Gunakan ia untuk menggoreng telur atau roti.
Walaupun anda berusaha untuk menambahkan jumlah pengambilan karbohidrat dalam menu anak tetapi perlu tetap mengekalkan gizi yang seimbang iaitu mesti ada hidangan protein, zat besi dan vitamin dalam menu hariannya.
Berikut adalah 15 jenis makanan yang berupaya membantu menambah berat badan bayi dan kanak-kanak.
1. Susu penuh krim
2. Yogurt penuh krim
3. Keju
4. Pisang
5. Ragi
6. Avokado
7. Keledek
8. Telur
9. Ubi kentang
10. Mentega
11. Ghee
12. Mentega kacang
13. Minyak zaitun
14. Kekacang
15. Ciku
Semoga pertambahan berat badan anak berlaku dalam keadaan yang sihat. Sentiasa pastikan anak mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dalam menu hariannya.
The post Makan, Menyusu Anak Tiada Masalah, Tapi Berat Susah Naik. Mama Boleh Buat Tip Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/makan-menyusu-anak-tiada-masalah-tapi-berat-susah-naik-mama-boleh-buat-tip-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

Tolak Gajet Tapi Boleh Bawa Restoran Kit Untuk Anak Setiap Kali Makan Di Luar Senang

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 399 hits
Bila sudah ada anak kecil makan di restoran pastinya tak seselesa dahulu Anak berlari lari dan bermain di meja serta tidak mahu duduk diam adalah perkara biasa Rimas dengan situasi ini mama papa mulalah ambil jalan singkat untuk memberikan ...
Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

Nak Makan Ais Krim Boleh Tapi Hari Sabtu Sahaja Barulah Anak Faham Berdisiplin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 338 hits
Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa Ketika ditemui di pelancaran produk Scha Alyahya memberi...
Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

Teruja Nak Bagi Anak Makan Tapi Tak Boleh Main Bagi Je Silap Kenal Protien Pada Anak Boleh Membawa Maut

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 345 hits
Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa Tapi sebab baby masih lagi kecil usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langk...
Ibu Menyusu Boleh Kurangkan Berat Kira Kira 700 Gram Seminggu Tanpa Kesan Berbahaya

Ibu Menyusu Boleh Kurangkan Berat Kira Kira 700 Gram Seminggu Tanpa Kesan Berbahaya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 337 hits
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh peny...
Prinsip Diet 4j Untuk Penderita Diabetes Boleh Makan Nasi Kok Tapi Ada Aturannya

Prinsip Diet 4j Untuk Penderita Diabetes Boleh Makan Nasi Kok Tapi Ada Aturannya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 326 hits
Kunci utama mengelola gula darah untuk penderita diabetes adalah dari pola makannya Memang harus telaten
Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak Simple Pun Dah Buat Anak Seronok

Bercerita Pada Anak Macam Bosan Tapi Rupanya Boleh Asah Minda Anak Simple Pun Dah Buat Anak Seronok

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 384 hits
Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak anak dan lebih lebih lagi nak gembirakan hati anak anak tak lah sesusah mana gurau sikit dan usik usik anak dah cukup terhibur Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih ...
Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 343 hits
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dinafikan memuncak apabila di hujung kehamilan Naik hingga 88 4kg Datin Zizie Izette target turunkan berat lepas bersalin Datin Zizie Izette beritahu beratnya naik hingga 88 4kg saat meng...
Anak Susah Makan Baca Zikir Ini Setiap Hari Hembus Pada Makanan Setiap Kali Masak

Anak Susah Makan Baca Zikir Ini Setiap Hari Hembus Pada Makanan Setiap Kali Masak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 484 hits
Doa untuk anak anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja Jadi janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR Tip yang dikongsikan oleh Puan ini sangat membantu ...
Bayi Menyusu Tak Kenyang Kurang Kencing Puting Luka Sakit Rupanya Tongue Tie Anak Perlu Dirawat

Bayi Menyusu Tak Kenyang Kurang Kencing Puting Luka Sakit Rupanya Tongue Tie Anak Perlu Dirawat

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 635 hits
Menyusu tapi tidak kenyang dan kelihatan tidak puas antara tanda tanda yang diperhatikan ibu ini walau pun berat bayinya naik Tongue tie pada bayi punca ibu ini alami masalah puting melecet luka hingga fobia untuk menyusukan Mungkin ramai y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya