Makan Menu Halal Di Restoran View Yor Phatthalung Thailand


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Apa khabar rakan-rakan dan pencinta makanan sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Aku past isepanjang PKP ni mesti banyak menu-menu menarik yang anda sediakan untuk seisi keluarga? Baiklah, kali ini aku bukan nak cerita tentang PKP atau COVID-19 ni tapi aku nak share dengan anda tempat yang menarik di wilayah Phatthalung untuk anda makan, kalau-kalau nanti anda ke sana

Kalau nak baca tentang trip aku ke Thailand bolehlah baca dekat link yang aku berikan ni

Link Artikel : 👉Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To Satun👉Travelogue Thailand : [Part 2] Satun - Prasad Hin Punyod Tour👉Travelogue Thailand : [Part 3] Phatthalung - Sri Parkpra Resort & Thale Noi

Okay, ini merupakan malam kedua kalau aku tak silap. Restoran View Yor ni terletak dalam kawasan yang sama jugak dengan Sri Parkpra Resort ni.  Jadi takdallah kena menapak jauh cari tempat makan, memang dekat sahaja dengan tempat penginapan.


Aku suka suasana di restoran ini. Pertamanya adalah sebab restoran ini terletak betul-betul di tepi tasik, jadi angin sepoi-sepoi bahasa memang anda dapat rasa bila berada di restoran ini. Kemudian, masa aku pergi tu memang ramai orang, nampak sangat meriah dan dikenali ramailah restoran ni

Lagi, ada persembahan muzik yang menenangkan, muzik yang dimainkan juga sangat menghiburkan diselang selikan dengan lagu tempatan (lagu berbahasa Thailand) dan juga lagu antarabangsa. Memang menghiburkan, takdalah macam di tempat lain yang mana ada lagu rock lah, lagu yang pelik-pelik sampai mengganggu konsentrasi untuk menikmati makanan yang terhidang

MENU MAKANAN
Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku ceritakan pula pasal makanan yang dihidangkan pada malam tersebut. Menu yang kami semua makan tidaklah banyak, tapi kuantitinya sangat mencukupi dan membuatkan aku kenyang sekenyangnya


SAYUR MANIS - Pertama adalah sayur manis ni. Antara yang aku suka sebab kebiasaannya aku kurang makan sayur, tambah-tambah kalau sayur yang dimasak rasa pahit melampau. Bagi sayur manis ni, memang rasa sedap. Kalau aku reti buat ni, bolehlah masak kemudian makan sambil menonton filem


TEMBIKAI - Sebagai pemanis hidangan, aku rasa buah tembikai sangat patut dihidangkan. Tambah-tambah bila cuaca yang panas, lepas tu makan buah tembikai, memang terus rasa segar


SALAD SEAFOOD - Menu salad kali ini sangat istimewa, sebab rasanya sangat berbeza. Inilah rasa Thai yang sebenarnya. Kebanyakan menu di bahagian selatan Thailand rasanya lebih kurang sebegini


IKAN TASIK GORENG - Aku kurang gemar kalau ikan yang isinya sedikit dan kita perlu mencari isinya kemudian rasa lapar sebab tak cukup makan, tapi untuk ikan kali ini memang banyak isinya, walaupun digoreng sebegini rupa, boleh nampak ada tulang yang banyak, tapi aku tak kisah untuk godek-godek ikan ini untuk mencari kebahagian (isi)


KARI THAI - Kari yang dihasilkan di sini sangat berbeza dengan yang aku rasa di rumah, masakan mak aku. Walaupun aku tak reti masak, tapi aku dapat rasa ada bahan-bahan yang berbeza disediakan. Tahap kepedasannya juga sangat tinggi, jadi pesanan aku untuk anda, bolehlah request untuk tahap kepedasan yang anda suka, sama ada sederhana, tinggi atau sebagainya


SOTONG GORENG BATANG TERATAI - Pertama kalinya aku makan batang teratai. Rasanya sangat unik, walaupun macam pelik pada mulanya, tapi lama kelamaan rasanya sedap lah pulak. Ditambah dengan bahan-bahan perasa lain, kemudian rasa seafoodnya, memang sedap


Yang lagi best adalah bila minum air kelapa! Secara keseluruhannya aku memang rasa sangat kenyang dengan semua menu yang dihidangkan. Suasana restoran yang sangat mendamaikan, jadi aku sangat recommendkan untuk anda semua datang ke sini jika berpeluang!
 LOKASI 
 
Restoran View Yorเลขที่ 223 Phanang Tung, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2020/04/makan-di-restoran-view-yor-phatthalung-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Yang Sangat Popular Gyumon Di Shibuya Memulakan Makan Tengahari Halal Gyudon Dengan Hanya 1 000 Yen

Restoran Yang Sangat Popular Gyumon Di Shibuya Memulakan Makan Tengahari Halal Gyudon Dengan Hanya 1 000 Yen

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 382 hits
Terdapat restoran halal yang dikenali sebagai Gyumon dalam masa 3 minit dari stesen Shibuya Saya dengar bahawa mereka memulakan makan tengahari halal dan pergi ke temuramah Kali ini saya mempunyai dua orang tetamu istimewa Kami melalui Nore...
Restoran Ramen Halal Telah Dibuka Secara Rasmi Di Nara Machi

Restoran Ramen Halal Telah Dibuka Secara Rasmi Di Nara Machi

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 321 hits
Sebagai modal purba Nara menarik ramai pelancong dari seluruh dunia Salah satu tempat popular penglihatan melihat Nara Machi adalah penduduk tetap di kawasan tradisional Sekarang juga mempunyai restoran Ramen yang Halal Ia Nara Machi Jinnya...
Restoran Cicak Goreng Di Thailand

Restoran Cicak Goreng Di Thailand

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 479 hits
Fried Lizard Restaurants di Thailand anda boleh makan dan nikmati makanan unik goreng ini di Restoran Lizard Gecko di Thailand Sesetengah orang cicak adalah haiwan yang sangat ditakuti terutamanya kanak kanak dan sesetengah orang dewasa ker...
Must Eat Food In Penang Where To Find Them 5 Menu Sedap Penang Dapat Makan Memang Best Ni

Must Eat Food In Penang Where To Find Them 5 Menu Sedap Penang Dapat Makan Memang Best Ni

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 611 hits
Hai korang hari ni qaseh nak kongsikan makanan yang korang wajib cuba bila bercuti di Penang 1 PasemburPasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang Secara lazimn...
Pkp Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat Senang

Pkp Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat Senang

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 843 hits
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan kebanyakan waktu kita dihabiskan di rumah Bagi golongan ibu bapa saat ini semestinya amat menggembirakan kerana boleh meluangkan lebih banyak masa bersama anak anak PKP Bukan Alasan Makan Iku...
Menu Makan Malam Friendly Muslim Sripakpra Resort Thalenoi

Menu Makan Malam Friendly Muslim Sripakpra Resort Thalenoi

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 317 hits
Resort yang cantik seperti Sripakpra Resort Thalenoi ini memang berbaloi untuk anda cuba Bukan sahaja keunikkan lokasi bilik dan servis di sini memang boleh diberikan pujian Apatah lagi bila anda berpeluang untuk merasai menu masakan chef d...
Kebaikan Makan Makanan Seimbang Dalam Menu Harian

Kebaikan Makan Makanan Seimbang Dalam Menu Harian

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 346 hits
Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan Tubuh memerlukan pelbagai jenis ...
Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand

Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 299 hits
Thale Noi Waterbird Park Sanctuary Phatthalung Thailand adalah rizab unggas air terbesar di Thailand Ia terletak kira kira 100km dari bandar popular Hatyai terletak di hujung utara Lake Songkhla yang merupakan tasik air terbesar Thailand Th...
Restoran Halal Ramen Naritaya Osaka

Restoran Halal Ramen Naritaya Osaka

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 322 hits
NARITAYA OSAKA akan dibuka di Osaka pada 30 Jun Di Osaka banyak restoran halal yang ada untuk mengalu alukan pelanggan pelanggan Muslim manakala Kimono memakai program ditawarkan bagi pihak Muslim sebagai OSAKA MAP untuk MUSLIMS yang dikelu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari