Makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Assalamualaikum WBT
LEPAS check out dari Bertam Resort Penang, kami balik semula ke Kuala Ketil mengikut jalan lama. Dekat sangat, dalam setengah jam jer berbanding jika ikut lebuhraya. Walaupun BRP tu dekat dengan plaza tol, tapi nanti kena keluar pulak dekat Plaza Tol Sungai Petani, lagi jauh nak sampai Kuala Ketil. Tu Sk cakap dengan PI, lain kali balik kampung, kita duduk BRP jer, duduk SP lagi jauh. PI senyum jer, aaa.. macam ada harapan boleh repeat, hahaha. Oh, hari tu, masa datang, kak tak ada sebab ke Putrajaya buat pemeriksaan susulan dari rawatan kanser sebelum ini. Alhamdulillah, kak dah bebas kanser dan tak ada simptom baru. Doktor juga telah pindahkan kak semula untuk buat temujanji pemeriksaan akan datang di Hospital Sungai Petani.

Setiap kali balik KK, mesti ada kucing kak yang terbaru. Ada aje orang buang kucing depan rumah. Sk kata, agaknya depa nampak ada rumah kucing kat laman, tu yang depa ingat situ rumah kebajikan kucing, hehehehe. Yang ni pulak manja kemahen, dahlah muka dia sebijik muka Vester, anak bongsu kesayangan PI, hehehe

Dalam perjalanan balik Johor, PI mintak Sk cari kat mana tempat makan menarik sekitar Taiping. Sk teringat, Blogger Ezna baru-baru ni cerita beliau makan di Restoran Mee Udang Mak Jah. Kami pun dah lama tak ke sana. Belum sempat cakap, PI dah sebut dulu, jom makan Mee Udang, hehehe. Tapi, kami nak ke Mee Udang Port Weld Salleh Stall yang terletak betul-betul di pekan kecil Kuala Sepetang. Bila buka dalam aplikasi waze, ternyata Mee Udang Port Weld Salleh Stall tutup pulak.

Jadinya, kami pilih ke Restoran Mak Jah. Dekat Kuala Sepetang ni, memang banyak Restoran Mee Udang ya. Mak Jah la, Mak Teh laaa. Dua tiga tempat jugak kami pernah makan. Yang banyak kali makan dekat Salleh Stall dan Mak Jah ni la
Boleh baca old post di bawah
Menikmati Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang
MEE UDANG MAK TEH
MEE KETAM MAK JAH PULAK... SEDAP RUPA DARI RASA
MEE UDANG PORT WELD... SALLEH STALL
MAKAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

Rupanya, dah hampir 6 tahun tak singgah Kuala Sepetang ni makan Mee Udang. Sunyi restoran, agaknya sebab bukan hujung minggu

Kiri kanan kami tak ada pelanggan. Tapi, di sebelah sana, ada satu meja penuh. Tak lama, datang satu van pulak duduk kat meja ni

Tengok tu, PI sekarang rajin eh post gambar masuk dalam status whatsapp, entah nak tunjuk kat sapelah tu? Hahaha. Oh, sejak dua menjak ni, kami selalu pesan makanan dan minuman yang sama. Yang ni, kami dua-dua pilih mee kuning. Selain mee kuning, anda boleh pilih kuey teow dan bihun. Bagi Sk, mee kuning yang paling serasi jika nak masak mee udang

Ada mee di sebalik udang. Udangnya 5 ekor, tak begitu kecil dan tak besar jugak. Kalau nak senang kopek udangnya, pindahkan dalam pinggan alas mangkuk tu. Udangnya mudah dikopek menandakan ia udang segar. Udang jugak dah dibuang janggutnya, tak la panjang macam zaman mula-mula kami makan kat sini dulu

Semangkuk Mee Udang ni RM15. Bukan sahaja bilangan udang berkurangan, harganya juga berganda. Cuma dia sekarang ada satu pilihan sahaja, tak ada yang special macam sebelum ni. Kuahnya pekat dan bagi Sk sedap cuma dia macam ada rasa yang tak selesa di tekak, tak pasti perisa seperti msg atau stok udang tu sendiri. Namun begitu, ia tidaklah mengecewakan. Agak-agak orang Perak khasnya orang Taiping, hari-hari kome makan Mee Udang tak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/07/makan-mee-udang-mak-jah-kuala-sepetang.html