Makan Mee Hiris China Muslim Bazar Buku Johor
Assalamualaikum WBT
DARI hari Jumaat, Iman mengajak ke Aeon Tebrau. Tujuannya hendak ke Bazar Buku Johor anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. Mula tu memang nak pergi tapi macam berat hati tau. Rupa-rupanya ada kejadian tak diingini terjadi pada hari Jumaat tu, Pakcik Din, satu-satunya adik-beradik arwah abah yang masih hidup, pergi menyahut seruan Ilahi.
Mati itu pasti, hidup InsyaAllah. Lepas Sk mengundi, kami terus ke Aeon Tebrau. Ada dua tujuan, pertama, ke Bazar Buku ni la yang diadakan di ruang legar.
Penganjur tak sediakan booth yang ada patition, cuma letak meja sahaja. Kedudukan meja jugak agak rapat, jadinya kena jalan menyelit, sesekali kena mengiring 😆
Antara majalah legend yang menjadi kegemaran Sk dulu-dulu juga dijual.
Ada Talk Show yang menjemput pelakon dan kartunis Imuda. Sk ingat inilah kali pertama Sk melihat Imuda di luar kaca tv tapi bila diingat-ingat balik, Sk pernah jumpa Imuda masa sekolah dulu, nanti Sk cari semula autograf dan gambar bersama beliau (kalau bergambarlah), haha.
Haaa.. inilah tujuan yang kedua, nak makan di Restoran Mee Hiris China Muslim yang baharu membuka cawangan di Aeon Tebrau. Iman sebelum ini pernah makan di cawangan Paradigm Mall, sedap sangat tu dia kata, nak makan lagi ajak bonda
Selain Mee Hiris, restoran ini juga menjual Mee Tarik cuma tak la nampak chefnya menarik adunan tepung di dalam ruang kaca sepertimana di Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Jika kaedah membuat mee tarik dengan cara menarik dan melipat doh mee berkali-kali sehingga mencapai kelebaran mee yang dikehendaki, kaedah Mee Hiris pulak seperti namanya, iaitu dengan cara menghiris nipis doh mee terus ke dalam air panas
Ada set menu individu
Ada juga Set Menu Berkumpulan yang pastinya lebih berbaloi. Pesanan dibuat secara manual dengan menulis kod menu pada kertas pesanan yang diberi bersama buku menu
Iman kata, cawangan Paradigm Mall lebih cantik. Hari tu dia kata, nak datang yang kat sini sebab orang kata lagi sedap.. memang subjektif sedap dan cantik ni
Pantas sungguh servisnya, sekejapan ketiga-tiga hidangan ini, terhidang di atas meja. Mee Tarik Soup with Braised Beef untuk Iman, Mee Hiris Goreng with Beef untuk Sk dan Dumpling Beef untuk dikongsi
Bagi Sk, sedap rasa masakan Mee Hiris Goreng ni. Rencahnya daging lembu yang dihiris nipis dan lebar serta cendawan hitam. Dagingnya lembut dan padu. Begitu juga dumpling, kulitnya tidak terlalu tebal, tapi kena makan panas-panas, bila dah sejuk, ia mudah patah
Mee Hiris Soup with Braised Beef untuk Pak Inche. Nampak tu, dia tak sabar nak bersilat 😆
Hurmmm... Imannya yang ngajak datang Restoran Mee Hiris ni, tapi dia nak makan Mee Tarik. Cantikkan kejadian mee tariknya, macam guna mesin. Untuk masakan sup, mereka masukkan daging lembu yang dipotong dadu. Selain dari itu, ada juga pilihan daging ayam
Beriya nak guna chopstick tapi terpaksa mengalah sebab tak puas menyuap mee dengan chopsticks. Asyik jatuh saja meenya. Begitulah kalau dah namanya anak mami mamak, anak mamak juga 😂
Terkejut dapat resit tulis T20Oh... nombor meja rupanya 😝😝😝
Dari Aeon Tebrau, kami ke Jaya Grocer yang membuka cawangan baharu di Eco Botanic. Khabarnya, ia merupakan cawangan Jaya Grocer yang terbesar di Malaysia! Beli sabun cuci pakaian dan Pak Inche kata, malam tu nak makan Spaghetti, jadi beli daging kisar dan spaghetti sebab tak ingat kat rumah spaghetti ada stok ke tidak😆😆😆.
Punyalah panjang orang beratur! Tapi, cepat la barisan bergerak. Tak silap Sk, ada 6 kaunter yang dibuka, satu baris ni ada dua kaunter, nanti bila kaunter depan kosong, pelanggan seterus ya boleh memintas ke depan. Yang bestnya lagi, di saat semua pasaraya berlumba-lumba menghentikan pemberian beg plastik kepada pelanggan, Jaya Grocer masih lagi memberikan beg plastik percuma. Lega la sebab hari tu memang terlupa betul bawa beg kitar semula 🤭
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/makan-mee-hiris-china-muslim-bazar-buku.html