Jalan Jalan Ke Majestic Johor Festival 2023 Makan Di Mana Cafe


 Assalamualaikum WBT
TAK sempat nak pergi MAJESTIC JOHOR Festival 2022 yang dengarnya begitu meriah. Sebelum tahun 2023 ni pun tak sempat pergi jugak, Sk ajak Pak Inche ke sana malam tadi. Ni pasal Iman la mengajak, tak sampai hati pulak nak tolak walaupun Sk agak festival ni sama aje macam festival makanan viral yang lain.

Lagipun, Pak Inche terlibat secara tak langsung memandangkan penganjur merupakan client Pak Inche. Tu yang penyebabnya Sk menginap satu malam di Avante Hotel Bandar Utama minggu lepas masa Cuti Hari Hol Sultan Iskandar.

Ada replika landmark setiap daerah. Bandar Maharani adalah daerah Muar (sebut Muo)


Yang ini booth penganjur iaitu Tourism Johor. Sk segan pulak nak ambil gambar booth daerah-daerah lain


Malam masih terlalu muda, orang belum ramai lagi. Kemudian, kami ke khemah tertutup yang menempatkan booth-booth seperti pakaian, tudung dan seumpamanya. Artis-artis ramai dalam ni antaranya yang kami nampak, Ifa Raziah, Ramlah Ram, Reen Rahim, Hafiz Shuib dan Salina Saibi. Ah, malu pulak nak bergambar dengan artis kali ni 🤣 sebab tengok dorang macam Barbie Doll. Nanti nampak sangat pulak macam Beauty & The ....

Barang jualan artis kebanyakan adalah produk kecantikan dan makanan tambahan. Jadi, tak beli apalah.. pusing se-round lepas tu terus keluar tengok booth-booth makanan pulak. Dah agak dah, semua pun makanan viral yang biasa kita jumpa kat mana-mana food festival


Gerai Keropok Lekor Tokwan bagi tester keropok tak kedekut langsung. Rasa dia sama sebijik macam Keropok Losong Skudai tapi yang ni dekat Pekan Nanas alamatnya. Cuma tu la.. memang sekarang ni orang berjual jenis paksa beli banyak-banyak ek. Keropok tu, RM7, 15 ketul. Boleh jer kot kalau jual RM4, 7 ketul (contoh). Naya kalau yang beli tu memang dia sorang jer nak makan dan nak kasi perabis 15 ketul tu 😆. 
Lepas tu lalu pulak dekat stall jual Kek Tapak Kuda. Sk penggemar kek tapak kuda ni ya, jadi Sk berhenti, staf dia terus bagi tester, besar eh dia potong nak bagi kita rasa. Harga kek tapak kuda, RM40/ 2 loaf. Nak beli satu, tak boleh ke? Boleh, RM21. Sk beli la satu loaf aje. Tak ambil gambar kek tu, nanti nak potong Sk snap pic tayang kat korang 🤣


Banyaknya yang dijual makanan dan minuman viral aje la.. tu tak pa, masalahnya meja makan yang disediakan tak banyak. Penganjur pulak letak meja bulat banquet untuk 10 orang tu, ingat pengunjung-pengunjung yang datang tu nak berkongsi meja ke? Ni lepas dah berapa kali percubaan baru eh dapat meja, tu pun pengunjung sebelumnya tinggalkan bersepah. Nak duduk makan pun tak selera, jadinya kami tak beli la makanan berat, cuma beli air dan makan keropok lekor tadi tu, pun tak habis sebab tak selesa


Satu lagi nak komplen, kan.. dahlah meja tak banyak, patut ke krew gunakan tempat yang sama untuk buat kerja-kerja editing tu dia dah pakai satu meja, kemudian dia letak barang-barang dia dekat dua lagi meja lain. Yihhh.. geramnya tengok perangai masing-masing


Sk rasa, lebih efisyen lagi penganjur Festival Usahawan di Kangkar Pulai tu. Sebenarnya lebih baik guna meja segiempat kapasiti 4 orang tu. Kalau ramai, boleh sambungkan aje


Lepas tu, nampak pulak Orkestra Johor Bahru ni nak buat persembahan. Tengok sekejap sebab nampak anak kawan sekolah Sk pun ada buat persembahan. Cari-cari kawan Sk tak nampak pulak, Sk hantar whatsapp dia tak jawab, kami pun beredar


Ternampaklah pulak stall Pancake ni. Iman kata, pancake dia sedap.. ahhh.. faham dah.. jom kita beli


Tapi, Iman nak Croffle. Croffle ni Croissant yang ditekan dalam kuali wafle tu, maka jadik croffle


Geram jer tengok sambal-sambal kat stall sebelah


Kalau tengah banyak duit dan memang jenis belasah aje pasal makan, mesti suka festival ni


Teringin jugak tengok Nasi Kerabunya tapi Pak Inche ajak makan kat Mana Cafe. Sk dah terbayang Mantao Mana Cafe


Makin malam makin ramai yang baru  sampai


Kami jalan kaki pelan-pelan sampailah ke Mana Cafe


Buka croffle ni untuk ambil gambar jer. Makan kat rumah, sedap la tapi keras!


Sk pesan satu set Mantao. Karinya agak berminyak sikit mungkin tak gaul betul-betul sebelum ceduk dalam mangkuk. Mantao tu, Sk makan dua, Pak Inche makan dua


Pesan dua mangkuk Sup Ekor Goreng sebab Pak Inche kata, tak cukup kalau kongsi. Suruh ambil saiz M, eh.. nak jugak saiz S sorang satu. 

Aiii.. mana nak cari resepi Ekor Goreng ni ek


Supnya tu sedap macam kat Restoran Ainoni tapi macam kat sini lagi sedap


Sk tak jumpa tempat lain yang jual Sup Ekor Goreng ni. Harga Sup Ekor Goreng di sini, RM25 (S), RM40 (M). Ada saiz L jugak, lupa harga dia


Pak Inche pesan Nasi Goreng Isi Ketam. Isi ketam tu berjurai-jurai dalam nasi goreng ni


Lepas tu, yang ekor goreng tu semua dia masukkan dalam sup. Hurmmm.. hilanglah rasa ekor gorengnya terus. Tu takpa, nasi goreng tak habis, sup ekor pun tak habis jugak. Terpaksalah kami jadi majlis bandaraya 🤣🤣🤣


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/jalan-jalan-ke-majestic-johor-festival.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Greentown Dimsum Cafe

Makan Di Greentown Dimsum Cafe

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum WBTCERITA Ipoh belum habis lagi la meh kita sambung SELEPAS makan tengahari di sebelum balik ke Sk mengajak Pak Inche mengopi dahulu Hurmm macam tak kenyang kenyang ek Sebenarnya bukan tak kenyang dan bukan jugak lapar saja ...
Makan Malam Di Bunga 59 Cafe Kuala Pilah

Makan Malam Di Bunga 59 Cafe Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 323 hits
Jam menunjukkan pukul 10 40 malam Hampir pukul 11 00malam Masa tu kami dalam perjalanan balik kampung di Segamat Sebenarnya perut tak lah macam meminta minta diisi sebab dah makan malam selepas maghrib Tapi mulut macam nak makan sesuatu Ras...
Aksi Gadis Makan Laksa Johor Guna Tangan Jadi Perdebatan Warganet

Aksi Gadis Makan Laksa Johor Guna Tangan Jadi Perdebatan Warganet

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 311 hits
Gadis makan laksa Johor pakai tangan undang persoalan Memang adatnya Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal Bukan sahaja di rumah tetapi di restoran restoran di mana sudu dan garfu disediakan Makan menggunak...
Aktiviti Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia Ppim 23 08 2023

Aktiviti Sidang Meja Bulat Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia Ppim 23 08 2023

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 320 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke sesi Sidang Meja Bulat bertajuk Menoktahkan Kemiskinan Di Mana Malaysia anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan dan Benevolent Malaysia di YBK Petaling Jaya Objektif sesi adalah bagi mendapatkan ...
Tiktok Awards 2023 Tiba Di Malaysia Tanda Pengiktirafan Kepada Bakat Tempatan

Tiktok Awards 2023 Tiba Di Malaysia Tanda Pengiktirafan Kepada Bakat Tempatan

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 476 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTikTok destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek akan mengacarakan TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antara...
Siaran Lansung Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Aff B 23 2023

Siaran Lansung Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Aff B 23 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 352 hits
Kini giliran Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun mengusung cabaran dalam Kejohanan Kejuaraan Piala AFF B 23 Piala AFF B 23 Perlawanan Kejohanan Kejuaraan bola sepak Persatuan Negara Negara Asia Tenggara atau dikenali dengan Kejuaraan Piala AF...
Ppim Ucap Takziah Mahu Syarikat Gig Ekonomi Wajibkan Caruman Perkeso Kenyataan Media Ppim 19 08 2023

Ppim Ucap Takziah Mahu Syarikat Gig Ekonomi Wajibkan Caruman Perkeso Kenyataan Media Ppim 19 08 2023

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina Shah Alam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi ...
Senarai Drama Korea Tahun 2023 Dengan Rating Tinggi Di Imdb

Senarai Drama Korea Tahun 2023 Dengan Rating Tinggi Di Imdb

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 287 hits
Senarai Drama Korea Tahun 2023 Dengan Rating Tinggi Di IMDb Untuk pengetahuan semua setiap bulan akan ada banyak drama korea yang ditayangkan sampai tak tahu nak tengok yang mana satu Betul tak Di Malaysia ada ramai peminat yang suka menont...
Govt Confident To Meet 4 5pct Gdp Forecast In 2023 Pm Says

Govt Confident To Meet 4 5pct Gdp Forecast In 2023 Pm Says

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 295 hits
The government is confident of meeting its GDP forecast of four to five percent for 2023 said Prime Minister Anwar Ibrahim He said this is because the domestic economy remains vibrant with many indicators showing healthy trends Anwar who is...
Huawei Unfold The Classic

New Sabah Governor Expected To Be Named Next Week

Lirik Lagu Hijab Rindu Black Hanifah

Kolkata Doctor Rape Murder Case Accused Hitched Four Times Several Wives Left Him Or Her For Misconduct

Pelancaran Omega Ambil Alih Sephora Debut Fila Banyak Lagi Acara Menarik Minggu Ini

Zafrul Joining Pkr No Membership Form Received Yet Says Sec Gen

Zalim Sendiri Juga Punca Jatuh Pemerintaah Jahannam As Israel

Sedap Ke Makan Ayam Goreng Korea Bhc Chicken


echo '';
Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Rahsiamu Selamat Denganku Astro Ria

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33


Selebriti Lelaki Positif Dadah Ditahan Bersama Ganja

Peniaga Oku Kerugian Rm6 000 Akibat Barang Jualan Tenggelam Dalam Banjir

Bekas Bos Sprm Persoal Tindakan Pendakwa Raya Tarik Rayuan Kes Zahid

Apam Gula Merah Tiktok Dmk

Tak Sampai 2 Minit Budak Empat Tahun Pecah Rekod Kenal Pasti 118 Elemen Jadual Berkala

Benarkah Anwar Melobi Tengku Zafrul Sebagai Mb Selangor Jumiah Jonid