Makan Malam Di Verandah Restaurant Cyberview Resort Spa
Seperti yang adik ipar rancang nak belanja kami semua makan malam Di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa, Jumaat malam Sabtu tu terlaksanalah. Seusai solat maghrib di rumah, terus gerak ke sana.
Gerak pukul 7:45 dari Seremban dan sampai sana pukul 8:30 macam tu. Pertama kali saya jejak Cyberview Resort & Spa ni. Menarik entrancenya dengan design kekayuan.
Terbekenan dengan chandelier light atas tu, lalu cepat-cepat snap
Adik ipar dah pesan, suruh tanya kaunter depan jalan ke Verandah Restaurant. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Ini dah bertanya pun tersesat. Silap jalan daaa...Katanya belok kanan dan belok kiri. Kita pun belok kanan, sekali jumpa pintu toilet!
Rupanya kena terus sikit lagi, baru belok kanan baru jumpa pintu keluar dan kekiri baru jumpa Verandah Restaurant. Kita yang silap tak mengikut arahan atau dia bagi arahan salah entah. Hentam sajalah labuuu...Sebbaik tak jauh kesesatan tu, beberapa je untuk U turn.
Keluar dari pintu dan ke kiri, jumpalah entrance Verandah Restaurant ni.
Sampai-sampai je, mak, adik-adik ipar, biras dan anak-anak buah tengah menjamu selera. Dorang dah sampai pukul 8:00 awal sikit dari kami. Lama tak lama dah setengah jam jugaklah menunggu kami. Tapi tak ada lah tunggu kami. Kalau tunggu kami, lapar lah nanti. Mak pun puasa, kenalah makan cepat.
Terus kami ambil makan yang tersedia jenis hidangan buffet. Cedok sendiri lah, tak ada orang serve cedokkan. Lebih senang macam tu kan, boleh ambil ikut suka. Disebabkan tak banyak pilihan, saya ambil sayur pak choy dan lainya jenis bergrill.
Udang, ayam, ikan dori dan daging grill. Letak sos pedas sikit dan sos black pepper. Nasi sikit je. Walaupun tak makan malam lagi, tetap kena ambil nasi sikit sebab nak bagi ruang sumbat makanan lain nanti. Macam lah boleh muat banyak kan.
Ayam dia agak liat sikit, Ikan akan kering, daging okaylah lembut jugak dan paling sedap udanglah. Just nice rasa dia. Suami tak makan, dia tolong kopekkan kulit kita tinggal ngap je.
Ikutkan gigi masih sakit. Tapi saya dah siap siap telan ubat tahan sakit. Risau kalau tiba tiba dia buat hal, lansung potong mood nak makan. Harap kesan dia bertahan lama lah.
Disebabkan waktu makan malam sampai pukul 10:00 malam je, taklah beria makan pun. Tapi rasa rugi pulak tak makan macam-macam. Haihh...lagipun tak banyak pilihan yang menarik. Jadi ambillah beberapa jenis pemanis mulut. Beberapa jenis kek dan kuih. Semua sedap! Habis sepinggan.
Merasa juga dimsum (tak ada dalam gambar, dah selamat masuk perut), sushi dan dalam gambar tu tak pasti apakah. Lepas tu mengopi. Gambar kopi gegau, malas nak letak
Lepas makan, lepak kat luar menikmati permandangan luar. Nasib baik juga ada cahaya menerangi malam. Taklah malap sangat gambar malam ni
Alhamdulillah rezeki orang belanja makan. Semoga bertambah tambah rezeki adik ipar belanja kami semua makan. Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/03/makan-malam-di-verandah-restaurant.html