Kak Tolonglah Beli Buah Saya Dah Penat Jam 11 Malam Masih Jual Esok Sekolah


Sekitar jam 11 malam, sepatutnya anak-anak dah berada di rumah dan tidur tetapi bagi seorang kanak-kanak lelaki ini dia masih lagi mencari rezeki dengan menjual mangga pada lewat malam.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan.
Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

Menerusi laporan mStar, Natrisya berkata, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.
“Saya tanya adik tu buat apa? Adik tu jawab ‘Kak, tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua‘. Kata-kata adik tu buat saya rasa sebak,” katanya.
Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.
“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.
“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.

“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
“Tak mahu duit, rayu beli mangga”
Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.
Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.
Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya menganggap sepatutnya anak kecil seusianya dah perlu ada di rumah pada lewat malam.
Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.
“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.

“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan.
“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajaran dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.
Kredit: mStar
BACA [Masuk Rumah Rasa Tenang & Tak Serabut, Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini!]
BACA JUGA [“Apa Kita Cakap, Itulah Anak Akan Cakap” Adab Kita Anak Cepat Tiru, Hati-Hati!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post “Kak Tolonglah, Beli Buah, Saya Dah Penat.” Jam 11 Malam Masih Jual, Esok Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kak-tolonglah-beli-buah-saya-dah-penat-jam-11-malam-masih-jual-esok-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Demi Kajian Kpm Akui Masih Gagal Tangani Isu Beg Sekolah Berat

Kajian Demi Kajian Kpm Akui Masih Gagal Tangani Isu Beg Sekolah Berat

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 169 hits
The ReporterFoto MajoritiIsu beg sekolah murid sekolah rendah berat sentiasa dibangkitkan oleh golongan ibu bapa tetapi isu itu tidak pernah selesai Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengakui isu tersebut belum dapat ditangani sepenu...
Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

Bekalan Air Di Kl Dijangka Pulih Sepenuhnya Jam 4 Pagi Esok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 183 hits
Gambar Hiasan SHAH ALAM Bekalan air di semua 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 pagi Sabtu kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri Beliau berkata bekalan...
Dua Wanita Jual Karipap Malam Dirumah Dicekup Polis

Dua Wanita Jual Karipap Malam Dirumah Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Taktik sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik rumah persendirian terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota polis di Taman Usahawan Kepong di sini pada Isnin Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai b...
Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

Pau 2021 Usul Segerakan Pru 15 Umno Akan Putuskan Malam Esok

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 232 hits
Kita akan kumpul daripada lebih 190 bahagian katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita Pemuda dan Puteri UMNO 2021 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini KUALA LUMPUR UMNO akan memutuskan sama ad...
Guna 4 Bahan Ni Buah Epal Kekal Segar Lepas Dikupas Boleh Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

Guna 4 Bahan Ni Buah Epal Kekal Segar Lepas Dikupas Boleh Anak Bawa Bekal Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 219 hits
Setiap kali kupas buah epal tak lama lepas tu terus lebam Nak bekalkan anak dengan buah epal pun risau takut tak dimakan bila tengok buah dah nampak hitam lebam lebam Nak pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas b...
2 Jam Beratur Nak Buat Swab Test Rupanya Ter Beratur Dalam Barisan Untuk Beli Ayam Bakar

2 Jam Beratur Nak Buat Swab Test Rupanya Ter Beratur Dalam Barisan Untuk Beli Ayam Bakar

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 259 hits
Kes Covid 19 di China dilaporkan meningkat secara mendadak baru baru ini dan pihak berkuasa menggesa orang awam menjalani ujian saringan bagi membendung penularan wabak itu Baru baru ini di Hangzhou seorang wanita mengambil keputusan untuk ...
Beli Pakaian Sekolah Anti Kedut Thomxschool Secara Online

Beli Pakaian Sekolah Anti Kedut Thomxschool Secara Online

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 196 hits
Beli Pakaian Sekolah Anti Kedut ThomXSchool Secara OnlineMusim persekolahan untuk sesi 2022 bakal bermula beberapa minggu saja lagi tapi yamg menjadi kerisauan pada KakYa sekarang ni kes Covid19 di Malaysia meningkat lagi Nak bawa anak anak...
Selepas Dib0ikot Kak Long 7e Dedah Apa Yang Berlaku Ketika Meniaga Di Pasar Malam

Selepas Dib0ikot Kak Long 7e Dedah Apa Yang Berlaku Ketika Meniaga Di Pasar Malam

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 150 hits
PETALING JAYA Seorang wanita yang sebelum ini pernah tular dikenali sebagai Kak Long 7E merayu agar orang ramai tidak memboikotnya
Masalah Buku Cetak Rompak Meruncing Di Platform Jual Beli Atas Talian

Masalah Buku Cetak Rompak Meruncing Di Platform Jual Beli Atas Talian

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 232 hits
Isu ini pernah diketengahkan sejak tahun 2015 di mana beberapa pengeluar buku mula menyuarakan kebimbangan mereka tentang perbuatan individu memuat naik buku cetakan dalam bentuk salinan digital Tambah buruk sesetengah buku bercetak juga me...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa