Makan Malam Buat Badan Jadi Gemuk Tapi Betul Ke
Nak percaya ke tak? Tapi, kalau nak ikutkan, kenyataan itu ada kebenarannya. Makan malam buat badan jadi gemuk dan berpunca daripada itulah berat badan nih naik 4 kg!
Semua nie gara-gara makan malam.Makan lewat-lewat malam. Tak makan kang tak boleh juga, sebab perut nih sentiasa berbunyi, meminta-minta untuk diisi! Hahhahaaa…. Sebenarnya bukan Sis tahu makan malam selepas jam 8 malam atau pada waktu tengah malam boleh menggagalkan diet dan juga menjadi punca kegemukan. Tapi, biasalah degil, kan… hahhaa..
Pembakaran Kalori TergangguKorang tahu tak sebab apa bila makan malam berat badan kita cepat naik? Ini adalah kerana pembakaran kalori tidak dapat berjalan dengan lancar pada malam hari sehingga membuatkan kalori dan lemak terkumpul atau menimbun
Lagi-lagi, kalau kita makan dah lewat makan, ambil pula makanan yang menyumbang kepada kegemukan seperti ayam goreng tepung, donat, pizza,burger dan kek.
Jadi, tak hairanlah kalau berat badan kita melonjak naik! Tapi, masa makan tu memang tak fikir pun pasal kenaikan berat badan. Sedap jer melantak sampai kenyang! Hahhahaa….
Makanan yang berkalori tinggi bila dimakan lewat malam akan mengendap di dalam tubuh, dan akan dihadamkan serta diserap ke dalam aliran darah setelah beberapa jam kita tidur. Masa kita tidur inilah metabolisme tubuh kita akan menurun sehingga terjadinya penyerapan kalori rendah
Bukan Tak Boleh Makan MalamSebenarnya, kita bukanlah tak boleh langsung menikmati makan malam. Tetapi, adalah lebih baik makan malam tu diawalkan, antara jam 6.00 petang sehingga 7.30 malam.
Menu pilihan.... Selesai masalah perut berbunyi di tengah malamTapi kalau dah terbabas sampai ke lewat malam, adalah lebih baik kita memilih makanan yang rendah kalori. Biarlah kita menikmat makan malam tu secara sihat. Gitewwwww…. So, sebaiknya pilihlah untuk makan buah-buahan segar, sayur-sayuran ataupun roti gandum.
Sis pun dah mula amalkan menu sihat kalau rasa lapar sangat pada lewat malam. Memang PANGKAH habis-habisan untuk jamah nasi dengan telur mata, bubuh bawang, potong cili api dan curah kicap! Hahhahaa…. Sekarang nie sis tukar dengan satu paket oat panas jer. Tak pun makan sebiji epal. Dah rasa kenyang.
Makan sebiji epal pun dah boleh buat perut kenyang Okay, sekian dulu catatan sis ya. Semoga ianya bermanfaat, dan mudah-mudahan sis juga dapat menguruskan saiz perut nie serta mengurangkan kelebihan lemak yang ada nih! Lurve,
Sis Anie Mohamed
Foto: Sumber Internet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/10/makan-malam-buat-badan-jadi-gemuk-tapi.html