Makan Makan Di Ipoh


 Assalamualaikum wbt
NAMPAKNYA masih belum ada apa-apa pengumuman jadi atau tidaknya cuti hujung minggu di Johor, dipinda ke hari Sabtu dan Ahad. Masih belum diberitahu waktu bekerja setiap hari Isnin hingga Khamis adalah dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan pulang jam 12 tengahari pada hari Jumaat, jika betul cuti dipinda. Apa-apapun, Sk terima sahaja apa-apa keputusan kerana kita ini kan, mentimun sahaja. Mentimun dengan durian, digolek pun kita kena, bergolek pun kita juga yang cedera 😆. Jadi, kita tunggu sahaja, semoga ia yang terbaik buat kita


Sarapan Bihun Goreng Daging dan Nescafe pagi ni. Bihun tu, Pak Inche punya, tapaw dari Assalam The Kedai Mamak, Ahad lepas. Dia makan separuh, lepas tu konon nak repeat.. dah berapa hari dah ni. Iman pun tak nak panaskan buat sarapan ke apa. Ingat murah ke nak dibuang-buang. Mak jugaklah yang sukarela jadi tong sampahnya. Sambil makan, belek-belek folder gambar, mak ai.. nak kena kemas ni

Indo Banget



Indo Banget, sebuah restoran masakan Indonesia yang baru dibuka di taman depan. Hari nak bertolak ke Ipoh, Sk tapaw Nasi Ayam Penyet untuk Iman dan Nasi Ayam Geprek untuk diri sendiri. Teringin nak tahu bezanya, rupanya geprek tu ayamnya digoreng salut tepung. Sedaplah juga tapi sambalnya bagi Sk tak cukup mengancam. Makan siap-siap sebab tahu sangatlah nanti mesti Pak Inche cerewet cari tempat makan.. hihi

Restoran Waritha



Exit Tol Simpang Pulai sebelum check in Siti Homestay. Singgah makan di Restoran Waritha. Pak Inche makan Nasi Ayam Paprik, Sk makan Nasi Goreng Cili Padi, Cikwa makan Bihun Goreng dan Iman makan Kuey Teow Kungfu. Semua hidangan tak mengecewakan cuma Iman kata, kuey teow dia sikit sangat, haaa.. memang sikit pun. Agaknya kuey teow tinggal sikit kot, dah tengah malam. Nasi dan bihun, selambak dia bagi

Restoran New Hollywood

Hari sebelum Konvokesyen, Iman berurusan dengan poli dan nak buat photoshoot pra-graduan dengan kawan-kawan, kami bersarapan di Restoran New Hollywood. Tak sahlah kalau tak penuhkan meja dengan Kuey Teow Goreng, Prawn Mee, Lobak, Roti Bakar dan Telur Separuh Masak serta Puding Caramel. Tu, nasib baiklah warung cakueh tutup

Nasi Lemak Telur Bungkus Ipoh Night Market


Malam sebelum hari konvo, berpusing cari tempat makan. Pak Inche nak makan capati - tutup. Mak Inche nak makan di Konda Kondi - penuh. Terlintas idea di batu jemala Pak Inche, nak makan Nasi Lemak Telur Bungkus yang gerainya terletak di Ipoh Night Market yang terletak di Kinta


Sk panggil, Nasi Lemak Pataya. Nasi Lemak dibungkus dengan telur yang didadar lebar dan dihidangkan bersama aksesori wajib - timun, kacang tanah, ikan bilis dan keropok moni bunga-bunga. Sk pilih lauk Sambal Kerang



Proses membungkus nasi dengan telur dadar. Telur didadar atas kuali leper yang lebar, kemudian diletakkan nasi. Apabila telur cukup masak dan 'set', barulah ia dibungkuskan ke nasi. Jika tak cukup masak, dikhuatiri telur akan pecah



Semua pilih makanan yang sama sebab tak kuasa nak berfikir nak makan apa. Teringin jugak nak cuba Tomyam Niase yang viral tu, tapi, tengok lingkaran orang beratur, fikir 18 kali la 😆
Meriah sangat tempat ni walaupun bukan hari minggu dan bukan waktu cuti sekolah



Hari konvo, bangun awal walaupun homestay tak sampai lima minit dengan politeknik. Tengok dak Iman, tengah bermekap. Kemahen awal ya dia bangun. Seingat Sk, sejak sekolah pun dia memang mudah dikejut dan kalau kena sekolah hari sabtu, dia la yang bangun dulu. Silap-silap, dia yang datang kejut mak bapak, hahah. Sepanjang intern pun tak pernah tak awal bangun. Sentiasa bersemangat

Restoran Vegas


Punyalah awal bangun, lepas konvo, balik homestay, memasing qada tido. Nak nak, dalam air-cond.. sejukkk.. maklumlah, lepas pekena Nasi Daun Pisang, hehehe. Petang tu, kami ke Restoran Vegas pulak, pesan rojak dua pinggan dan Iman makan Sizzling Mee. Tercapai cita-cita Pak Inche nak makan capati di sini

Restoran Di Naina

Esok pagi, lepas check out, kami terus ke Restoran Di Naina yang dekat dengan homestay untuk bersarapan sebelum balik ke Johor. Masuk-masuk restoran, nak terkeluar bijik mata tengok beriani di kaunter. Cikwa teringin, Sk pun teringin, tapi, nanti, cemana nak makan Ikan Bakar kat Tapah





Ajak Cikwa kongsi. Suruh Cikwa pergi order dan pilih lauk, hehehe


Nahhh.. selambak beriani. Sk makan suku jer, yang lain soh Cikwa makan. Cikwa baru lepas kena covid dalam dua minggu lepas,.manjangnya kata takde selera la.. apa la.. Kambing tu lembut giler, ayam pedas. Yang goreng-goreng tu, peria


Sk makan suku tu sebab ada pesan roti kosong. Roti liat sikit tapi kari sedap. Tapi beriani dia tu, sumpah sedap! Betullll!













Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/09/makan-makan-di-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Di Grand Seafood Senibong

Makan Makan Di Grand Seafood Senibong

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum wbtPETANG semalam Sk tiga beranak memulakan perjalanan ke Ipoh Seperti yang Sk beritahu sebelum ini Iman akan menjalani Istiadat Konvokesyen setelah menamatkan pengajiannya di Politeknik Ungku Omar awal tahun ini Sebelum tu ...
Sedapnya Makan Aiskrim Waffle Inside Scoop Kl East Mall

Sedapnya Makan Aiskrim Waffle Inside Scoop Kl East Mall

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 247 hits
Petang tu kak ana suami dan Adik Ika kami saja saja ke KL East Mall selepas jenjalan dan makan tengahari di Melawati Mall Tak jauh mana pun jarak kedua dua mall ni Boleh di katakan selalu sangat ke salah satu mall ni sebab kami pernah tingg...
Kesan Gula Selepas Makan

Kesan Gula Selepas Makan

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 173 hits
Kesan Gula Selepas Makan Gula bukan setakat gula putih yang kita makan sejak kecik tu Gula terdapat dalam pelbagai bentuk samaada dalam nasi mi bihun kuetiau tepung roti buah sos2 dan sebagainya Sejauh mana makanan ni semua mempengaruhi gul...
Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah Confirm Berebut Makan Satu Keluarga

Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah Confirm Berebut Makan Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 164 hits
Kadang kadang menu yang paling mudah itulah yang buat kita berselera nak makan Nak bersarapan kalau boleh tak mahu yang terlalu berat pagi pagi ni tak lalu sangat nak makan Bagi penggemar cucur anda patut cuba resipi ini Artikel Menarik Tid...
Makan Di The Banana Leaf Kitchen

Makan Di The Banana Leaf Kitchen

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum wbtSambungan kisah GARA GARA tak cukup narlekerk mendaun pisang di Pak Inche mengajak pekena Nasi Daun Pisang lagi sebelum balik ke rumah Kami ke The Banana Leaf Kitchen Eco Botanic dan ini kali kedua Sk dan Iman ke sini tap...
Jom Makan Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya

Jom Makan Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 353 hits
Nasi Ayam Gemas Pak MusNi kira kedai nasi ayam la menu utama diorang memang nasi ayam Nasi Ayam Gemas Pak Mus ni terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya Pulau Pinang Macam rare la gak restoran ni Kalau korang nak tengok menu diorang ni bole...
Giant Malaysia Melancarkan Program Csr Sudah Makan Bagi Membantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Giant Malaysia Melancarkan Program Csr Sudah Makan Bagi Membantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 256 hits
Assalammualaikum semua Pada 24 Ogos 2022 Giant Malaysia telah mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500 000 sumbangan makanan dengan kerjasama menjelang akhir tahun depan Kempen ini akan menerajui usaha Giant bagi menyediakan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba