Makan Laksa Johor Di Del S Kitchen
Assalamualaikum WBT
CERITA masa cuti Hari Thaipusam, petang tu Pak Inche ajak ke Plaza Pelangi. Ada warehouse sale anjuran Sport Planet, diskaun giler babas 🤣. Lepas tu kita pergi kopi-kopi, Pak Inche mula pasang umpan. Sk terus teringat Laksa Johor Del's Kitchen. Oket, jom.. jom
Dari ruang parkir, kami gunakan lif untuk naik ke tingkat 4. Pak Inche belanja sehelai track suit dan sepasang kasut lari. Tak dapat lari 10 kilometer sehari macam Nur di Lumut pun tak apa, nanti nak brisk walk aje la, tapi dah 4 hari masih tersadai lagi kasutnya tu haaaa.. 🤭
Hari pertama, orang belum ramai lagi. Masih banyak saiz dan design. Memang berbaloi sangat la, bayangkan diskaun sehingga 80% siapa nak bagi? Selesai membuat bayaran, kami ambil eskelator ke tingkat bawah. Tengok-tengok, tak ada dah Del's Kitchen kat tempat selalu. Laaa.. mana dia pergi? Pak Inche ajak kopi-kopi di Gigi Coffee jer. Hurmm.. tak naklah mengopi pakai cawan kertas buat apa? Orang nak kopi dalam cawan lawo ☕
Cari-carilah cafe lain yang memenuhi citarasa, terpandang Del's Kitchen di sudut sana. Dah pindah rupanya, seingat Sk dulu tempat ni SDS Cafe. Wahhh.. nampak lagi selesa berbanding dahulu perniagaan DK hanya di ruang legar
Mee Siam Kuah, RM10
Kegemaran Pak Inche ni, jika ke DK memang ni la pilihannya.
Laksa Johor, RM12 dan Pie Tee, RM10/5's serta Hot Americano, RM5
Tak risau minum Americano petang-petang sebab esoknya Jumaat, hari liburrrrr
DK memang dikenali dengan kelazatan Laksa Johornya malah Laksa Johor DK sering menjadi pilihan setiap kali ada majlis rasmi rumah terbuka MB Johor sejak dulu.
Pie Tee disusun di atas beras
Porsi dan harga berpatutan bagi seorang makan
Pelbagai variasi, tepuk dada tanya selera
Selain Pie Tee, ada juga pelbagai penganan lain, sesuai bagi mereka yang hendak minum petang di sini
Selain masakan tempatan, ada juga masakan barat
Pilihan minuman panas dan sejuk
Juga Juice dan Mocktails
Bila dapat bil bawah RM50, haruslah terkejut. Selalu makan kat cafe koman-koman kena RM70+. Oh, DK sekarang cuma ada sebuah sahaja cawangan tau, yang di Educity Medini tu dah tutup
Belikan kasut baru untuk Iman. Mintak-mintaklah muat. Pak Inche kata, hadiah hari jadi merangkap kasut raya 🤣. Terkejut bila scan RM99 sebab tak silap masa pilih-pilih tu macam RM149
Kasut lari Sk jenama Umbro. Semoga sedap dipakai, nak jalan kat taman aje. Kasut ni, RM89
Nampak handbag budak kiut betul! Belanja Zulaikha seketul 😍, seketul doploh
Comel kan.. dulu masa kecik-kecik, tengok budak-budak lain pakai beg tangan kecik ni, jealous betul, hahahahaha
Windbreaker, RM149. Nak pakai pergi stadium sesi 2024
Pak Inche pakai kasut baru pergi pejabat hari ni. Kasut Puma harga berapa lupa dah, seratuih lebih jer harga asal mahal ya. Kemahen remaja purba pakai kasut macam orang muda. Sekarang, dah tak pakai kasut kulit ya ke pejabat. Kemeja pun lepas luar jer. Padan la tu dengan budak-budak sekolah sekarang yang tak nak pakai uniform dah, huhu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/makan-laksa-johor-di-dels-kitchen.html