Makan Kenduri Di The Jaws Crown Kempas


 Assalamualaikum wbt
CEPAT sungguh masa berlalu hari ini. Tengok-tengok jam, dah pukul 11 pagi. Dalam hati teringat, alamak, lagi 30 minit dah kena pergi kantin ni. Kalau lambat, nanti berebut dengan pelajar. Kemudian, tengok lagi sekali jam dah dekat pukul 12. Terus buru-buru ke kantin keluar ikut pintu belakang. Pakai selipar jamban tandas jer, sebab kasut ada kat pintu depan. Selipar tandas pun masih baru, yang kelakar, boleh pulak la sedondon dengan tudung, hahaha.
Kisah semalam, setelah beberapa kali tak dapat makan nasi kenduri yang sebenar-benarnya punya kenduri, semalam akhirnya dapatlah jugak makan nasi kenduri orang kahwin. Tu pun hampirrrrrrr saja tak pergi bila mana, Pak Inche dapat panggilan pulau telefon sebaik sahaja lepas bersarapan. Pukul 1.15 tengahrai, Pak Inche hantar whatsapp beritahu tak sempat pergi kenduri, dia suruh Sk pergi berdua dengan Iman jer. Lagipun kendurinya dekat JB jugak, cuma bapak pengantin tu kawan Pak Inche.
Walaupun begitu, kawan Pak Inche pun kawan Mak Inche jugaklah, kan. Bapak pengantin yang Sk panggil Abang Zain ni jurugambar akhbar yang telah bersara. Nama jer bersara, tengok rupa macam masih belia lagi tau. Tu belum tengok isterinya, Kak Mas, macam baru 30-an, padahal dah ada dua menantu.
Pengalaman paling kelakar zaman Sk jadi stringer dulu, ada sekali tu, Sk diberi tugasan menemubual ibubapa seorang pendaki Gunung Everest yang tinggal di Kampung Melayu Majidee. Setelah mendapatkan alamat tempat tinggal keluarganya, Sk pergi bersama Abang Zain yang menjadi jurugambar. Sampai-sampai depan rumah, sunyi jer, tingkap semua bertutup, sedangkan Sk dah buat temujanji. Sk pun keluar dari kereta, bagi salam tapi tak ada jawapan. Masuk kereta balik...
Abang Zain : Betul ke rumah dia? Macam tak ada orang aje.
Sk : Betullah... (Dalam hati curiga juga sebab rumah tu macam rumah sewa orang bujang. Zaman tu pulak, belum ada handphone. Kalau nak buat panggilan temujanji, telefon guna telefon pejabat)
Abang Zain : Cuba kau 'check' balik alamat dia.
Sk pun selak buku nota, dan terus ketawa terbahak-bahak tak boleh nak kawal dah. Rupanya, salah lorong daaaaaaa. Nombor rumah sama, tapi lorong lain, hahahaha.

Sampai dah lokasi kenduri iaitu di The Jaws Crown Kempas. Haaaa.. ni pun sikit lagi salah tempat. Kisahnya Pak Inche cuma sampaikan jemputan secara cakap mulut. Dia sebut, Jaws. Sk dan Iman mati-matilah ingat The Jaws Restaurant Danga Bay. Dah masuk lebuhraya tu, Sk doa-doalah dengan Iman, mintak-mintak senang dapat 'parking'. Lepas tu terfikir nak tanya balik dengan Pak Inche, betul ke buat di The Jaws yang selalu kami pergi makan tu? Pak Inche kata, bukan Jaws tu.. ni Jaws Kempas. Aaaaaa.. nasib belum keluar arah bandar lagi. Sabar ajelah.
The Jaws Crown Kempas ni dulu merupakan Restoran Masakan Thai. Pernah dulu entah tahun berapa tak ingat, datang ramai-ramai makan di sini, nama yang digunakan My Friends Tomyum. Memang famous dan boleh dikatakan viral jugaklah cuma belum lagi zaman socmed. Kiranya tular dari mulut ke mulut.

Haaa.. inilah beza Nasi Kenduri Orang Kahwin dengan Nasi Kenduri Kedai. Sebab boleh masukkan semua lauk dalam pinggan, haha, Biasanya kalau di Johor ni, juadah istimewanya adalah Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Merah, Daging Beriyani dan Dalcha serta Acar Jelatah. Banyak sungguh pilihan kuih-muih untuk tetamu yang datang seperti bingka ubi, pulut serunding, seri muka dan abok-abok (kot). Sk tak ambil seri muka dan abok-abok tu. Tengok rupa bungkusannya macam abok-abok. Selain tu, jamahlah jugak semangkuk kecil Bubur Kacang Hijau dengan Sagu. Alhamdulillah, enak semua juadah yang dihidangkan pada tetamu


Iman ni jenis makan satu lauk aje kalau pergi kenduri. Dia cuma akan ambil lauk daging aje. Yang selalu penuh pinggan mak bapaknya la. Rugi la makan kenduri ambil satu lauk aje.. hahaha. Makan guna sudu garfu sebab malas nak pergi cuci tangan ke sinki. Tak nampak kat mana sinkinya, hehehe


Meja yang hujung sana tu, kawan-kawan pejabat Pak Inche. Yang lelaki-lelaki tu semua dah jadi YB sekarang. Bukan Yang Berhormat tapi Yang Bersara, hahaha. Yang perempuan belum bersara lagi, jadi lepas makan, pergilah hi hi dorang sekejap. Iman kata, nanti orang kata sombong kalau tak tegur, betul jugakkan. Lepas jumpa dorang, terus jumpa Abang Zain dan Kak Masrinda. Nak salam kokot tak boleh tapi ada tabung


Buah hati tangan dari pengantin sekeluarga. Tema ungu dan putih dari riben ikat kerusi, pelamin sehinggalah ke goodies bag. Isinya sekuntum bunga telur warna ungu jugak dan sebiji telur masin (ayam) serta biskut mentega. Balik rumah, masukkan telur dalam peti sejuk. Dah pukul 10.30 malam, masa tengah layan drama bersiri netflix 'Juvenile Justice', tiber ada budak tergoda dengan telur masin dalam peti sejuk. Dia kata, terbayang makan Asam Pedas Daging dengan telur masin. Kononnya tak nak makan malam, punahhhhhhhhh! Terus panaskan nasi dengan asam pedas. Nasi lebih pulak ada dua bekas. Tu tak apa. Pak Inche balik kerja pukul 1 pagi, dia kata, lapar, belum makan malam. Ngamlah ada sepinggan lagi nasi dengan lauk, dia pun balun gak nasi dengan asam pedas pukul 1 pagi. Ces





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/03/makan-kenduri-di-jaws-crown-kempas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Minnows Of The Johor Polls

The Minnows Of The Johor Polls

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 157 hits
JOHOR POLLS Five parties will be making their electoral debut in the Johor legislative assembly election Parti Pejuang Tanah Air the second party founded by Dr Mahathir Mohamad in five years will field 42 candidates Most of their candidates...
Reflections And Narratives From The Speaker S Chair

Reflections And Narratives From The Speaker S Chair

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 175 hits
BOOK REVIEW With the fast changing pace of the political landscapes the fortunes of politicians or political groups can drastically change in the course of a week Hence the adage a week is a long time in politics Two years ago this week Mal...
Naelofar X Disney The Little Mermaid

Naelofar X Disney The Little Mermaid

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 281 hits
NAELOFAR X DISNEY THE LITTLE MERMAID Assalammualaikum semua Sekarang sedang berlangsung pameran kolabrasi dari jenama muslimah Naelofar dan Disney The Little Mermaid di LG Oval Atrium 1 Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Fe...
Will The Muhyiddin Factor Tip The Scales Away From Umno In Johor

Will The Muhyiddin Factor Tip The Scales Away From Umno In Johor

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 221 hits
The Johor state election to be held next month will demonstrate whether the popularity of former prime minister Muhyiddin Yassin is enough to check Umno s influence in the state analysts say Johor the birthplace of Umno was seen as a Barisa...
How Will The Johor Voters Swing After 4 Years

How Will The Johor Voters Swing After 4 Years

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 196 hits
So what financial benefit will it be to the Johor voters to vote Umno BN DAP Pakatan or Bersatu Perikatan That is what the contesting parties need to convince the Johor voters about Civil liberties and freedom to organise sex parties and ha...
Johor Polls A Repeat Of Melaka On The Cards

Johor Polls A Repeat Of Melaka On The Cards

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 170 hits
While many believe the Johor elections will see a triumphant Barisan Nasional the 700 000 young voters added to the electoral roll could still spring a surprise PETALING JAYA Nomination day has arrived officially kicking off the Johor state...
The Galaxy Tab A8 The Family Tablet Built To Last

The Galaxy Tab A8 The Family Tablet Built To Last

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 190 hits
From learning connecting gaming streaming and more tablets serve many functions So it is important to find a sturdy device equipped with a long lasting battery to meet the demands of a family unit The Galaxy Tab A8 is one such device that g...
Tiled Splashback Inspirations For A Kitchen In Tune With The Times

Tiled Splashback Inspirations For A Kitchen In Tune With The Times

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 243 hits
An original kitchen credenza Irresistible and in tune with the times this kitchen features decorative details that hit the mark The superb worktop in red territe marble Van Den Weghe is combined with a credenza in artisanal The post appeare...
Is Wong Chun Wai The Best Mind The Chinese Can Offer

Is Wong Chun Wai The Best Mind The Chinese Can Offer

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 261 hits
Voters are the cause of a bad government You choose bad leaders so you get a bad government And after being cursed with bad governments for 36 years from 1982 to 2018 you Chinese go and choose yet another bad government in GE14 And then you...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco