Makan Ikan Mayong Panggang Kuali Rumah Angah


 Assalamualaikum WBT 


PENAT fizikal dan mental hari ini. Tu yang tadi blog cerita 1 minit aje. Sejak pagi dah penat mengadap kesesakan jalanraya. Minggu ni, kenderaan yang melalui Setia Eco Business menghala ke lebuhraya Perling agak luar biasa banyak. Pukul 8 lebih baru dapat clock-in. Lepas tu, berarak dan hadir majlis maulid, dah selesai baru Sk berkesempatan untuk melihat perkembangan kapal yang membawa ubatan ke G. Ya Allah! Dah kena culik rupanya mereka oleh askar laknatullah. Sakit hati mengenangkan jahatnya perbuatan Ishell tu. 


@#$&£€¥√π{}][√|~∆§×\!!!!



Hari tu, Angah ajak makan tengahari kat Senai. Angah cuti hari tu, Sk kerja jadi waktu rehat la keluar ke sana. Sampai tu, Angah tengah goreng ikan


Bila tengok mangkuk lauk, eh, ingatkan Angah masak asam pedas, rupanya panggang kuali. Rajinlah masak panggang kuali ni sebab ikannya perlu digoreng dahulu. Ni Angah masak ikan mayong. Tu takpe, dia panggil makan, pagi tu jugak baru dia ke pasar. Dahlah asyik mengadu sakit badan. Kita ni orang dah ajak makan, kenalah datang. Orang kata, rezeki jangan ditolak, kan. 


Angah cakap, kat gerai ikan tu, ada dua ekor mayong jer masa tu, seekor besar sikit, Angah pilih yang besar, minta potong-potong. Tapi, masa cuci ikan nak masak, baru Angah perasan, bahagian ekornya tak ada. Sedangkan Angah dah perhati, masa orang tu masukkan potongan ikan dalam plastik, atas papan kayu pemotong tu memang dah kosong. Jadi, mana perginya ekor ikan Angah tu??

Angah kata, esok aku nak pi sana nak tanya. Aaa.. ni Sk tak tahulah jadi ke Angah pergi tanya. Jap, Sk whatsapp Angah, tanya


Oh, Angah jawab, dia dah halalkan.. semoga menjadi amal jariah, Amiiinnn
 

Lama tak makan sayur kacang panjang masak tumis lada kering letak telur macam ni. Dulu, arwah ibu selalu masak macam ni. Ya Allah, macam tak percaya ibu dah arwah. Dah tak dapat lagi makan masakan ibu. Tiap hari khamis mesti ibu call panggil makan. Kadang masak asam pedas la, kari ikan la, nasi lemak la


Ikan parang goreng macam ni pun lama tak makan. Yang berlinang tu minyak gorengan ikan tu la. Memang letak sekali dalam pinggan. Nanti ceduk sikit letak kat nasi, nyummeh


Dua keping ikan parang


Ikan mayong goreng, Jeika makan ikan mayong ni. Yang dah letak dalam kuah panggang kuali dia tak nak sebab dah campur kuah. Tapi yang kelakar, kuah panggang kuali tu dia curah kat nasi takpe pulak. Siap dua kali tambah nasi ya


Indah pulak tak makan sayur ni. Bagus Indah, bonda boleh makan bahagian Indah, hehe


Angah rajin la masakkan untuk adik-adik. Sk jangan diharap. Zaman muda-mudi dulu rajinlah masak-masak panggil orang datang rumah. Ni, kerusi meja makan pun dah goyang-goyang, macam mana nak panggil orang makan? Tu takpe, malas dan tak larat dah sebenarnya. Minta ampun kakak adik. Ada rezeki makan kat kedai aje la yang senang. 

Cara masak panggang kuali ni hampir sama kaedahnya dengan masak asam pedas, cuma ikan tu kena goreng dulu. Boleh guna sebarang jenis ikan, perap garam dan kunyit kemudian goreng hingga masak, ketepikan
Kemudian tumislah bahan tumis macam nak masak asam pedas, masukkan santan. Kuah panggang kuali ni kena pekat baru sedap. Kalau tak nak ikan, guna ayam pun boleh. Tengah merenih tu, letak daun limau purut, tak letak pun tak apa

Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/10/makan-ikan-mayong-panggang-kuali-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angah Bawak Ikan Dari Parit Jawa

Angah Bawak Ikan Dari Parit Jawa

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum Citer Sabtu mSabtu kan Angah balik secara mengejut dia siap beli ikan dan udang untuk masak kat rumah Seremban ikan dan udang tu fresh dia beli kat Pasar Parit Jawa SA dulu sblom PKP memang suka pi Parit Jawa beli ikan segar...
Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Makan Tanpa Pencicah Pun Dah Cukup Sedap

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 320 hits
Resipi ikan bakar asam jawa ini memang terbaik Rasa masam manis pedas dan sedikit berasap membuatkan siapa saja akan teringat ingat keenakannya Tak perlu lagi air asam sebab pes asam jawa ini sudah cukup berperisa dan menyelerakan Nak jugak...
Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi Siap Ikut Jadual Ditetapkan

Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi Siap Ikut Jadual Ditetapkan

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 265 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah supaya pembinaan setiap rumah di negeri ini perlu berkualiti tinggi dan siap mengikut jadual ditetapkan Baginda bertitah kegagalan mematuhi jadual pembina...
Str Sara 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas

Str Sara 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 489 hits
STR SARA 2026 Bayaran Kategori Bujang Isi Rumah Warga Emas Pada 10 Oktober semalam Kerajaan MADANI mengumumkan peningkatan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah kepada RM15 bilion bagi tahun 2026 Ia sebagai salah satu inisiatif k...
Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 323 hits
GAZA CITY Ribuan rakyat Palestin mula berjalan pulang dari selatan menuju ke utara Gaza sebaik sahaja gencatan senjata diumumkan pada Jumaat dengan harapan untuk kembali ke rumah selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan hampir seluruh ...
Cara Mulakan Bisnes Sabun Handmade Dari Rumah

Cara Mulakan Bisnes Sabun Handmade Dari Rumah

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 249 hits
Pernah terfikir nak ada bisnes sendiri tapi modal ciput Kalau ya bisnes sabun handmade antara pilihan terbaik untuk anda mula dari rumah Dengan sedikit kreativiti dan ilmu asas hobi buat sabun boleh jadi sumber pendapatan lumayan setiap bul...
Hiburan Tunggu Dekat Rumah Ada Kejutan Untuk Dia Berpisah Lama Yusuf Bahrin Ada Surprise Buat Zizi Kirana

Hiburan Tunggu Dekat Rumah Ada Kejutan Untuk Dia Berpisah Lama Yusuf Bahrin Ada Surprise Buat Zizi Kirana

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 388 hits
Pelakon Yusuf Bahrin meluahkan rasa syukur apabila isterinya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akhirnya selamat pulang ke tanah air selepas hampir dua bulan berpisah kerana menyertai misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza Keti...
Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah Lepastu Report Polis

Bekas Isteri Nafi Tak Bagi Suami Jumpa Anak Dia Biar Sampai Tertidur Di Luar Rumah Lepastu Report Polis

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 224 hits
Tular sebelum ini mengenai kisah seorang wanita bergelar ibu tunggal yang 8216 menyerang 8217 majlis perkahwinan bekas suaminya bagi tujuan menanda tangani surat tuntutan nafkah yang diabaikan sebelum ini Bekas suami wanita itu yang dikenal...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tahun Baru Dan Perjalanan Hidup Seterusnya

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu