Makan Hainanese Chicken Chop Direstoran Hua Mui
Assalamualaikum...
DARI hari isnin beritahu Pak Inche, Sk tak nak masak, sebab nak lipat kain... hapahhhhhhh 😜. Sampai rumah dah kepenatan. Mana taknya, keluar pejabat pukul 5 sampai rumah pukul 6. Rasa nak jadik tapak sulaiman jer 😆
Hari isnin tu, Pak Inche tapau makanan pasar malam. Alaaa.. macam biasalah makanannya tu, nasi beriani untuk Pak Inche dan Nasi Kerabu Daging Bakar untuk Iman. Kali ni, Sk pesan dengan Iman, tak nak nasi kerabu tapi nak Laksam. Dah berapa hari ni, gusi belah kanan macam bengkak, nak kena pilih makanan yang lembut-lembut. 😅 remaja purba sungguhlah gamaknya.
Makan malam semalam, Sk ajak mereka makan di Kopitiam di Gelang Patah, tapi tutup pulak. Pak Inche ajak makan Restoran Senoko aje, tapi rasa jauhnya nak ke bandar. Lepas tu dia cadangkan Hua Mui. Jomlah kita 😍
Tahukah anda, Chicken Chop sebenarnya bukanlah western food. Ia adalah masakan ciptaan TEMPATAN di Tanah Melayu. Sejarah Chicken Chop bermula ketika zaman jajahan kolonial di mana penjajah membawa masuk pekerja-pekerja dari selatan China. Dipercayai bangsa Hainan membawa sejenis hidangan daging khinzir yang digoreng bersama salutan tepung, akan tetapi daging khinzir agak sukar didapati pada ketika itu, maka ayam digunakan sebagai pengganti.
Hidangan ini seterusnya diolah dengan cara hidangan bangsa inggeris iaitu di dalam satu pinggan harus mengandungi protein sebagai makanan utama dan disertakan sayuran dan sumber kanji (nasi digunakan ketika itu)dan dihidang bersama sos masam manis. sumber
Masa PKPB dulu, Restoran Hua Mui, Eco Botanic ni tutup awal, kami cuma berkesempatan datang makan waktu petang sehari sebelum PKPB 2.0. Ini sebenarnya cawangan Restoran Hwa Mui di pusat bandar. Penduduk asal JB tentu tahu tentang Hwa Mui ni. Nama asal restoran ni, Hwa Mui tapi sekarang dah tukar ejaan Hwa kepada Hua. Dulu arwah abah kalau ada duit lebih memang ke sinilah dia bawa kami makan Bihun Hailam.
Macam biasa tugas tulis menu diserahkan kepada anak. Sejak dah remaja purbakala ni macam dah tak berapa pandai menulis pulak, hahahaha. Pak Inche belum makan nasi, dia kata nak makan Nasi Ayam Hainan. Sekali, dah habis daaaaaaa. Terus dia tak ada mood sebab banyak makanan habis.
Pilih punya pilih.. akhirnya pesan sepinggan Hua Mui Fried Rice. Ada dua pilihan, ayam atau seafood, Pak Inche pilih seafood. Tak sampai lima minit dah sampai ke meja. Terkejut betul, nasi gorengnya selambak dengan hirisan fish cake, crab meat dan udang. Yang bersalut tepung tu, ikan kot agaknya, tak tanya pulak dengan Pak Inche. Makan dengan cili padi, barulah nampak selera sikit Pak Inche menyuap
Macam biasa, kalau ke kopitiam, Pak Inche nak makan roti bakar. Ni namanya Bun Butter Kaya, roti bun di sapu kaya dan diapit dengan hirisan mentega
Mushroom Soup dan Garlic Bread untuk Iman. Muncung aje muka semalam sebab sakit perut, jadi tak adalah aksi poyo dia untuk peminat, hahaha
Mak bapak, mana boleh tengok anak makan sikit. Dipaksa-paksanya order makanan lain. Iman kata, tak nak, nanti sakit perut. Pak Inche kata, okey, kita kongsi separuh-separuh. Oh, bapak dia yang nak rupanya... hahaha
Hainanese Grilled Chicken Chop, ni Iman kongsi dengan bapaknya. Tapi, bapaknya macam biasalah, janji nak kongsi, tapi suruh anaknya habiskan sebab dah kekenyangan makan nasi goreng. Sos chicken chop ni masin sikit la
Ini antara makanan nostalgia di Hua Mui, Hainanese Chicken Chop. Berbeza dengan Iman tadi, Sk punya ni, ayamnya dicelup tepung dan digoreng tenggelam. Sk sebenarnya jarang order Chicken Chop di mana-mana pun tapi semalam macam nak Menggamit Kenangan. Rupanya kenangan hanya tinggal kenangan. Lepas ni tak nak dah makan CC di Hua Mui ni la.. dah tak sedap macam masa kita muda-muda dulu
Sk pesan secawan minuman Barli Panas. Potong mood betul kalau pesan air panas tapi dapat air suam. Macam tu baiklah minta ais aje.. hurmmm.
Rasanya ini mungkin kenangan terakhir makan di Hua Mui. Banyak lagi cafe baru yang tahu menjaga kualiti dan hati pelanggan. Tapi, Mee Goreng Mamak kat sini, sedappppp. Hurmmm.. nanti fikir balik nak datang lagi tak, hahahaha
Kalau nak makan lagi di Hua Mui, kena pergi Hua Mui yang kat bandar la. Tak nak datang kat sini lagi. Oh, ada dua cawangan lagi di Taman Sutera Utama dan Taman Mount Austin. Mungkin boleh pergi sana kalau dah tak tahan menanggung rindu, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/12/makan-hainanese-chicken-chop-direstoran.html