Makan Di Warung Poksu Moksu Cendol Hameed
Assalamualaikum WBT
BEBERAPA kali bercuti di Kuantan atau melalui jalan Tanjung Lumpur - Pekan, selalu nampak Warung Poksu Moksu (WPM) ni. Dari jauh akan kelihatan kereta berderetan dan dipenuhi pelanggan umpama semut menghurung gula. Namun, tidak pernah sekalipun kami singgah sebab biasanya masih kekenyangan makan buffet sarapan di hotel. Kali ni kan tak menginap di hotel dan sarapan pun cuma nasi lemak seorang separuh, jadi bolehlah singgah, kita tengok apa yang menarik di sini.
Konsepnya di sini, pembelian makanan adalah secara layan diri manakala pesanan minuman boleh dibuat dari meja. Ada kaunter makanan dengan dulang-dulang besar yang diletakkan makanan goreng salut tepung seperti udang, sotong, ikan, sosej dan bebola ikan. Juga makanan pantai timur seperti sata, pulut panggang ikan dan ketupat palas. Selain tu ada juga kuih goreng panas seperti popiah, karipap dan lain-lain. Ada juga kuih-muih siap pek yang mungkin dihantar vendor. Juga makanan berat seperti nasi minyak dan nasi dagang serta mee goreng dan laksam
Sk capai dua bungkus nasi lemak daun pisang, dua biji ketupat palas dan sebiji pulut panggang ikan. Iman tunggu Sotong Goreng Tepung diangkat dari kuali dan dipotong tapi lambat sangat, Iman nampak pulak Nasi Minyak. Semalam dia tanya, kenapa tak belikan dia nasi minyak tapi nasi kerabu. Aaa.. lain kali tidur lagi, orang suruh ikut sarapan tak mahu. Nasi Lemak tu Sk dan Pak Inche makan seorang sebungkus. Wallaweiii.. tiga kali berturut-turut makan nasi lemak
Nampak udang dah diangkat masuk dalam dulang tapi sotong belum. Kita ambillah udang ni dulu, ni pun tinggal dua cucuk, orang berebut macamlah makanannya percuma ya, hahaha. Tak tahulah berapa harga udang ni secucuk pakai ambik aje, macam orang ado-ado, padahalllll.. nan hado
Pelanggan yang baru sampai makin ramai berkerumun depan dulang, sampai ke sudah tak dapat sotong goreng tepung. Jealous tengok ada yang berjaya dapat, hahahaha. Tak ada rezeki, ubat hati ambillah kuih pulak. Iman pilih Cara Manis, yang warna hijau merah tu, akak tu kata kuih koci tapi bukan la.. tu macam kuih angku, kuih tradisi cina, intinya kacang merah. Masa bayar di kaunter, Sk tunjukkan gambar-gambar ni aje, jumlah semua sekali dalam RM38.xx. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Pekan Bandar DiRaja
Sampai Pekan, Pak Inche ajak pulak menyendol. Banyak gerai cendol kat sini kami pilih Cendol Hameed ni sebab bunyiknya macam mamak sikit, kan 🤭
Pesan Cendol (biasa), ABJ (Air Batu Jagung) dan Rojak (biasa). Iman minta ABJ tu letak dalam cawan, tak mahu mangkuk sebab malas nak menyudu. Sk tumpang sekaki aje la sebab tadi kat WPM, Sk la yang paling banyak makan, jadi masih kenyang lagi 🤭
Agak kecewa bila cendol dihidang dalam mangkuk pakai buang macam ni. Cendol ni patutnya kena hidang dalam mangkuk besi dan hirup guna sudu besi baru rare. Tak tahulah eh kenapa susha nak jumpa cendol dalam mangkuk besi lagi padahal rasanya mangkuk tu besi stainless steel bukan berkarat pun. Agaknya jimat air dan tenaga nak basuh kot. Bila jual dalam mangkuk pakai buang ni jadilah mahal cendolnya sebab mereka tentu caj sekali harga mangkuk pada pelanggan. Walaubagaimanapun bagi tekak Sk, cendolnya sedap dan tak mengecewakan cuma isinya sikit sangat. Mungkin lain kali kena pesan cendol lebih
😂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/02/makan-di-warung-poksu-moksu-cendol.html