Pengalaman Pertama Kali Makan Di Lokasi Baru Salai Power Restaurant


Tak pernah terfikir pun nak jejakkan kaki ke restoren masakan salai yang menjadi kegemaran ramai yang terletak di Jalan Kebun Shah Alam, Selangor ini tetapi disebabkan mak aku suka masakan daging salai, kitorang sekeluarga makan tengahari dekat sana dan cuba pelbagai jenis masakan salai yang ada. 
Pengalaman Pertama Kali Makan di Salai Power Restaurant Aku rasa bila sebut sahaja Salai Power Restaurant atau Restoren Salai Power mesti ramai yang sudah tahu tentang kewujudan kedai makan yang best di Shah Alam ini kan sebab ianya menjadi topik perbualan ramai netizen di sosial media terutama sekali Tiktok. 
Video tentang pengalaman berkunjung dan makan di Restoren Salai Power dikongsikan oleh ramai pengguna tiktok dan ianya menjadi viral membuatkan ramai orang teringin nak pergi termasuklah keluarga aku sendiri. 
Lokasi Baru Restoren Salai Power Jalan KebunSebelum gerak ke Salai Power aku ada tengok instagram dorang @salaipower_ dan nampak satu posting yang dikongsikan berkaitan dengan lokasi. Rupa rupanya mereka tidak lagi berada di tempat yang sama. Salai Power telah pun berpindah lebih kurang 300 meter dari lokasi yang asal. 
Salai Power RestaurantAlamat : Lot 3132, Batu 8, Jln Kebun Tambahan, 40450 Shah Alam, SelangorNombor Telefon : 0103131955Waktu Operasi : 10:30 Pagi - 10:00 Malam Suasana Di Restoren Salai Power Yang BaruAku nak kongsikan dengan korang apa yang kitorang makan dekat sini tapi sebelum itu aku nak kongsikan suasana di Restoren Salai Power terlebih dahulu. Aku pernah nampak gambar gambar restoren mereka yang lama dan aku rasa agak teruja untuk kongsikan dengan korang keadaan kedai mereka yang baru sebab perubahannya sangat ketara. 

Kalau tak ada signboard besar di tepi jalan sebelum masuk ke restoren ini mesti ramai akan ingat tempat ini adalah rumah orang sebab Salai Power gunakan konsep rumah. Menarik kan! Dorang betul betul buat macam rumah, siap ada langsir dan dekat beranda luar rumah disediakan kerusi rotan. Rasa macam balik kampung pula vibes dia bila datang sini hehe. 

Tak dapat nak ambil gambar penuh sebab depan rumah ini penuh dengan kereta. Bercakap pasal kereta, korang jangan risau sebab dekat tempat baru ini Salai Power menyediakan banyak ruang parking untuk pelanggan. Nak parking pun senang sebab mereka juga menyediakan pekerja untuk memantau kereta yang masuk dan keluar. (Aku lupa nak ambil gambar tempat parking kereta. Sorry guys)

Bukan hanya ruang untuk parking kereta sahaja yang banyak, ruang untuk kita makan pun banyak. InsyaAllah kalau korang datang sini tak akan ada masalah untuk mencari tempat duduk. Jom aku kongsikan dengan korang suasana dalam restoren Salai Power yang baru ini


Macam inilah suasana sewaktu kitorang datang Salai Power Restaurant. Ramai juga peminat masakan salai ini rupanya. Nampak macam crowded tapi sebenarnya ada lagi ruang lain yang korang boleh duduk. Dalam rumah yang aku kongsikan pun korang boleh masuk dan makan bersila bersama kawan kawan atau keluarga sebab dorang sediakan meja. 


Cantik betul suasana dalam rumah dekat Restoren Salai Power ini. Makan bersila macam ini mesti rasa macam makan dekat rumah sendiri tapi kalau tak nak makan atas rumah, korang boleh makan bawah rumah. Eh! bawah rumah? Yes, kalau tak percaya korang boleh tengok gambar dekat bawah ini


Bahagian bawah rumah pun korang boleh duduk dan makan ya. Dorang betul betul sediakan tempat makan yang banyak untuk pelanggan. Memang patut pun dorang pindah ke tempat yang baru supaya dapat menampung lebih banyak pelanggan pada satu satu sama. 
Selain ruang makan dan tempat parking kereta yang banyak, Salai Power juga mengubahsuai kedai mereka dengan beberapa alatan yang klasik dan tempat yang sesuai dan cantik untuk korang bergambar


Apa yang aku perasan, dorang banyak menggunakan elemen zaman zaman P. Ramlee. Kalau korang perasan dalam gambar dekat atas ini ada frame gambar seseorang kan. Itu sebenarnya adalah gambar P. Ramlee dan tempat duduk bawah rumah pula ada tulisan Haji Bakhil & Co. Di beberapa kawasan lain juga ada sign yang ditulis Madu 3 dan lain lain


Satu lagi benda yang aku nak highlight adalah kawasan permainan kanak kanak. Kalau korang datang sini untuk makan dengan tenang boleh bagi anak anak korang main dekat kawasan permainan kanak kanak yang disediakan di dalam kawasan kedai. 
MAKAN MAKAN : Gebu, Lembut Dan Sedap! Korang Wajib Cuba Pizza Jangok Mek Ani!
Apa Yang Pelanggan Boleh Makan Di Salai Power Restaurant?Sekarang ini dah tiba masa yang ditunggu tunggu oleh korang semua iaitu tentang menu yang ada dekat Salai Power Restaurant. 
Sebelum itu aku nak minta maaf dahulu sekiranya ada menu yang aku terlepas pandang dan tak masukkan dalam artikel ini sebab waktu itu memang ramai sangat orang aku takut mengganggu pelanggan lain yang tengah order makanan. 
Dibawah ini aku senaraikan beberapa menu Salai yang ada di Salai Power Restaurant: Daging SalaiPatin SalaiItik SalaiKeli SalaiAyam SalaiSiput Salai
Selain masakan Salai, korang juga boleh cuba menu lain seperti dibawah:Ayam Goreng BawangGulai Telur ItikAyam Goreng KampungIkan Talapia GorengIkan Bakar Daun PisangAneka Lauk Kampung
Untuk melengkapkan lagi hidangan yang ada, mereka juga menyediakan pelbagai jenis ulam ulaman, sambal tempoyak, budu dan juga beberapa jenis minuman yang korang boleh cuba. 
Bercakap tentang minuman, waktu korang bayar makanan dorang akan tanya berapa orang makan dan pekerja akan bagi bekas atau cawan minuman mengikut jumlah orang yang datang. Korang boleh ambil apa sahaja minuman yang ada tapi kalau korang nak refill kena tambah RM1. Ada tong duit yang disediakan untuk korang masukkan duit di tempat air. 

Korang tengoklah sendiri pilihan minuman yang ada dekat Salai Power Restaurant ini. Memang puas hati betul! Pilih jer nak minum yang mana. Kalau tak nak minuman manis, korang boleh minum air suam atau air sejuk yang disediakan oleh mereka. 

Satu lagi hal menarik yang korang perlu tahu tentang Salai Power Restaurant adalah mereka menyediakan minuman kopi dan biskut percuma untuk pelanggan yang datang. Cara dorang memastikan air kopi sentiasa panas adalah dengan menggunakan dapur kayu yang sangat klasik. 

Korang juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan lain yang dijual di kedai makan ini contohnya macam roti jala dan beberapa kuih muih tradisional yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya haha. Korang boleh tengok gambar diatas okay

Apa Yang Kami Makan Di Salai Power Restaurant?Sebenarnya banyak juga menu yang kitorang order sewaktu datang makan dekat sini. Antara yang kitorang pesan adalah ayam salai, daging salai, gulai telur itik, itik salai, Siput salai, ulam ulaman, ayam goreng bawang dan juga budu


Oh ya, satu lagi Salai Power juga menyediakan kuah masak lemak yang tidak pedas. Jadi, kalau korang tak suka makan pedas boleh minta kuah yang tak pedas. 
Aku tahu pasal ini pun sebab abang aku bawa anak anak makan dekat sana sekali lepas itu pekerja Salai Power tanya samada kitorang nak yang pedas atau tak. Jadi, anak buah aku boleh makan kuah yang tak pedas dengan aman tanpa was was haha

Pendapat Luqman Zakaria Tentang Salai Power RestaurantKalau korang tanya pendapat aku tentang kedai ini, pertama sekali memang best especially berkaitan dengan suasana kedai yang happening, lokasi yang bagus sebab parking pun senang, ruang makan pun banyak ditambah pula dengan dekorasi yang menarik untuk bergambar. Memang betul betul mantap disitu

Berkaitan dengan makanan pula, aku bukanlah orang yang tepat untuk bagi rating sebab aku bukan penggemar masakan salai. In fact, ayam goreng bawang itu adalah untuk aku sebab masak lemak salai aku tak makan haha. 
MAKAN MAKAN : Makan Nasi Lemak Sambal Strawberry Cameron Highland Di Yoozen Younique Cafe
Kalau korang nak tahu pendapat orang lain contohnya macam mak aku sendiri, dia suka masakan salai dekat Salai Power Restaurant ini. Kalau diberi peluang untuk datang lagi pun dia memang akan datang balik

Sebelum datang ke Salai Power, mak aku pernah cuba masakan gulai daging salai di kedai lain tetapi so far dekat sini adalah antara yang sedap dia pernah cuba. Memang worth it la kitorang bawa mak datang makan dekat Salai Power Restaurant Jalan Kebun Shah Alam Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2024/02/salai-power-restaurant-shah-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kiko Insa Jdt Adalah Pilihan Pertama Semua Orang Termasuk Pemain Baru Kamu

Kiko Insa Jdt Adalah Pilihan Pertama Semua Orang Termasuk Pemain Baru Kamu

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 214 hits
Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC Nooa Laine Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kin...
Kang Kiyoung Pertama Kali Jadi Hero Rating Queen Of Divorce Mencanak Naik

Kang Kiyoung Pertama Kali Jadi Hero Rating Queen Of Divorce Mencanak Naik

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 186 hits
Queen of Divorce di JTBC telah mencapai rating tertinggi baru ARTIKEL BERKAITAN Menurut Nielsen Korea episod ke 3 Queen of Divorce mendapat purata penonton seluruh negara sebanyak 5 8 Ini adalah peningkatan sebanyak 0 9 daripada catatan epi...
Jamak Dan Qasar Dalam Perjalanan Yang Melalui Beberapa Lokasi

Jamak Dan Qasar Dalam Perjalanan Yang Melalui Beberapa Lokasi

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 135 hits
Apakah hukum melakukan jamak qasar dalam suatu perjalanan yang melalui beberapa lokasi Dalam artikel ini saya akan kongsikan pandangan yang dikongsikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Hj Hussin Semoga bermanfaat kepada semua umat Is...
Ridwan Kamil Sempat Tertahan Tak Bisa Masuk Lokasi Debat Kurang Ganteng

Ridwan Kamil Sempat Tertahan Tak Bisa Masuk Lokasi Debat Kurang Ganteng

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 197 hits
Kang Emil kembali berkelakar dirinya harus segera bisa masuk ke dalam arena debat lantaran harus menjadi pembisik Prabowo
Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024

Tarikh Hari Deepavali 2024 Serta Lokasi Tumpuan Deepavali 2024

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 277 hits
Bila tarikh hari Deepavali 2024 Deepavali adalah merupakan hari penting bagi penganut kaum hindu masyarakat di malaysia Malaysia sebagai negara yang mempunyai kepelbagai kaum menjadi sebuah negara yang terbuka dengan pelbagai sambutan peray...
Terungkap Penyebab Lokasi Kampanye Ganjar Di Makassar Dipindah

Terungkap Penyebab Lokasi Kampanye Ganjar Di Makassar Dipindah

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 251 hits
TPD Ganjar Mahfud memastikan tidak ada intimidasi dalam pemindahan lokasi tersebut
Tip Of The Iceberg Status Sosio Ekonomi Atau Lokasi Sekolah

Tip Of The Iceberg Status Sosio Ekonomi Atau Lokasi Sekolah

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 143 hits
1 Antara rumusan OECD berdasarkan analisis skor murid negara negara terlibat dalam setiap pusingan PISA ialah latar belakang Status Sosio ekonomi murid yang didapati mempunyai pengaruh ketara ke atas pencapaian pembelajaran mereka Walaupun ...
10 Lokasi Paling Trending Di Dunia

10 Lokasi Paling Trending Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 289 hits
Tak tahu nak travel di mana Ini 10 lokasi paling trending di dunia dan salah satunya paling best Muzik Cheesecake by Ian Post dari Artlist io SinarHarian SinarTerkini Travel LokasiPercutian Berita terkini https www sinarharian com my Facebo
Hari Kraf Kebangsaan 2024 Tarikh Lokasi Aktiviti Pendaftaran

Hari Kraf Kebangsaan 2024 Tarikh Lokasi Aktiviti Pendaftaran

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 300 hits
Hari Kraf Kebangsaan 2024 dianjurkan bagi mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia Kemeriahan HKK 2024 makin terasa nantikan kepelbagaian produk kraf tempatan bertemakan Ini Kraf Malaysia akan diketengahkan oleh usahawan dan komunit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba