Makan Di Spazzo Artisanal Fresh Pasta Kebun Teh


 Assalamualaikum WBT 


SELASA lepas, PI bertugas di Stadium Sultan Ibrahim. Bila PI tak ada, Sk dan Iman pun merancang nak pergi makan di Kafe Halaman yang terletak di Kampung Melayu Majidee. Sk tak rasa PI suka nak makan kat situ, sebab crowded dan kena beratur. Beratur makan nasi kandar tak pe, hahaha. Dulu, pernah datang situ nak breakfast, panjang muncung PI bila tak ada meja. Dia macam gitulah, dia ajak takpe, jangan kita.
Beberapa kali SK teringat, nak tengok waktu operasi perniagaan Kafe Halaman, tapi asyiklah terlupa. Nahhh ko, dah siap nak pergi, rupa-rupanya kafe tutup setiap Selasa. Sk dah agak, sebab di Tanah Jauhar ni kebanyakan kafe akan tutup, tak hari isnin, hari selasa. Tekak kita dahlah nak makan pasta-pasta. Nak makan pulak pasta dengan sos yang authentic, tak nak rasa sos dalam tin. Kalau sos dalam tin, Sk pun pandai buat, huhu.



Iman mencadangkan Spazzo Artisanal Fresh Pasta yang baru dibuka di Kebun Teh. Dulu kedai ni namanya Kafe Takdak Nama, sekarang dah ada nama, Spazzo. Dah lama teringin nak makan Artisan Pasta yang segar dari ladang, jadi.. jomlah kita


Sebaik sahaja duduk, kami terus diberikan menu. Waiter bagi peluang kami study dulu, terbelit-belit jugaklah lidah nak menyebutnya. Kalau boleh, bila waiter tanya, sebutannya biar perfect, nampak macam orang have-have kita ni, hahahaha


Menu minuman, penampakan Matcha Strawberry kat situ. Kali ni Sk tak benarkan Iman ambil MS, Sk yang muak tengok dia hari-hari dok bermatcha strawberry, hihihi


Sk agaklah, Kafe Spazzo ni mengambil alih perabot dari Kafe Takdak Nama jugak. Kiranya mereka mengekalkan hiasan dalaman kafe sebelumnya. Tapibtakde buktilah, sebab Sk pun tak sempat nak datang kafe takdak Nama tu, hihi. Masa ni, Sk perasan macam nampak sibuk aje kat belakang (kitchen) tu, tiba-tiba nampak Tik Tokers Faizal Nasir lalu. Oh, ada shooting rupanya


Tidak lama kemudian, staf hantar minuman. Mango Fizzy (RM8) yang menyegarkan untuk Iman. Tuan Tanah Kedaung minum Ice Water jer. Mereka guna cup pakai buang jer ni. Kalau guna gelas estetik, mesti harganya pun estetik jugak, hihi


Antipasti atau pembuka selera pilihan Sk untuk dikongsi, Confit Garlic Bruschetta, RM15. Ia merupakan roti baguette yang dibakar dicicah dengan tomato kisar


 Nak lagi unik, suap bersama bawang putih tu. Sk sukalaaa letak bawang putih, Iman tak. Rasanya, kalau dia guna tomato cincang lagi sedap kot. Ni ada rasa macam tin sikit, tak pasti la memang ada letak tomato puri dalam tin ke macam mana



Slow Cooked Beef Ragu (RM29) pilihan Iman
Menggunakan pasta berbentuk spiral yang direbus sehingga lembut. Bila kita cucuk kat garfu tu meliang-liuk ia, seksi sungguhhh. Sos pastanya menggunakan tomato yang dicincang dan dagingnya pun sungguh lunak, bukan guna daging cincang


Green Mussel Vongole (RM29)Sosnya seakan aglio olio, tapi nampak tak yang cengkerang siput kecik-kecik tu. Sk terkejut eh tengok pada mulanya, terfikir, boleh makan ke siput ni. Lepas tu baru perasan ianya krim yang dipicit berbentuk cengkerang siput. Kreatif betul. Bila kita gaul dengan pasta, love sangat rasa dia. Sk kan suka pasta yang creamy. Cuma kupang tu dah berubah bentuk dan rasa kupang dah. Mungkin ia di frozen terlalu lama


Yang pakai topi putih tu, Tik Tokers Faizal Nasir. FN ni selalu share tempat makan menariks kat JB ni. Sebelum kami balik, menyempat pulak dia interview Iman untuk berkongsi pengalaman makan di Spazzo ni. Masa nak balik, siap hantar sampai pintu. Lepas tu, dengar suara, "kakak.. kakak..," ingatkan Faizal ke panggil, tapi dia dah masuk dalam. Rupa-rupanya ada seekor burung kakak tua sedang bertenggek pada besi di kaki lima kafe menegur kami, hihihi


Tak boleh move on la, Sk cerita dengan PI keenakan makan di sini dan tentang burung kakak tua tu. PI kurang sikit pasta-pasta ni, tapi bila dengar cerita pasal burung kakak tua tu, dia teruja pulak. PI kan suka binatang. Sk cakap jugak, kalau PI nak makan steak, ada jugak


Dengan plating elok macam tu, rasa pun sedap, bayar mahal sikit takpe


Malam tadi la PI ajak ke sini. Eh eh, menu dia dah buat yang baharu


Fork Tender Lamb Ribs, 500 gms (RM89)
Serius sedap gilerrrrr! Lamb dan side dish sedap. Salad segar, kentang garing dan empuk. Daun-daun taburan dia tu semua fresh, macam baru petik kat pokok, bukan guna dalam botol punya ya. Daging kambing pun lembut, lerai dari tulang. Kemudian yang putih tu bertih, rasa rangup gitu. Ni tak habis ya, patutnya menu ni lebih sesuai berkongsi kot. Tapi, Sk dan Iman pun dah pesan main course sorang satu, hihi


Sk pesan Creamy Carbonara (RM29). Ni bukan sebarang-sebarang sos carbonara, ia lebih creamy dan sedikit pekat.  Sk pulak, dari datang yang pertama kali hari tu, dah berkenan tengok bentuk pasta ni. Ia seakan macaroni tapi beropol di sisi. Pasta carbonara ni dimasak bersama daging itik, empuk dan lembut sungguh. PI tak nak jamah pun, dia kata, kesian donald duck kena makan


Lepas tu ada poached egg kat tengah-tengah. Kena makan hati-hati, jangan sampai pecah, hahahaha 

Daging itik dia diperap dengan rempah ratus sebelum dipanggang. Nampak tak serbuk yang perang-perang tu, rasa dia masin-masin berempah. Memang rasa tak rugi bayar RM29 untuk pasta yang sesedap ni


Mushroom Truffle Cream (RM28) untuk Iman. Sk lupa nak jamah, Iman kata sedap, cendawan dia banyak. Bentuk pasta dia sama dengan pasta Sk


Mula datang berdua, lepas tu datang bertiga. Staf dia pun terus kenal Sk dan Iman, ialah, baru aje datang hari tu, kan. Kali ni tak ambil antipasti sebab tahu dah porsi makanan dia besar. Tu PI punya tak habis, bungkus laaa apa lagi, hihihi


Tengok bil macam gini, rasa malam ni mesti Sk kena masak pulak, hahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/makan-di-spazzo-artisanal-fresh-pasta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 592 hits
Sebelum gerak balik rumah rancang nak makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din yang baharu Sebelum ni kami pernah makan malam di ditempat lama dalam kawasan taman perumahan Lokasi baharu ni lebih luas lagi dan seperti dalam dusun Sebelah tu ...
First Time Makan Mokti S Ice Cream Gula Apong Batu Pahat

First Time Makan Mokti S Ice Cream Gula Apong Batu Pahat

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 1286 hits
First Time Makan Mokti s Ice Cream Gula Apong Batu Pahat Pernah makan Ais Krim Gula Apong Kat Mana Brand apa Dengan siapa Lahhh Tibber Nona pernah tapi brand lain So kalini Nona try Mokti s nya pulak Last Ramadan lepas Nona beli Mokti s Bra...
Jalan Di Padang Besar Makan Di Restoran Teratai Thai Food

Jalan Di Padang Besar Makan Di Restoran Teratai Thai Food

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS check out di kami terus menuju ke Padang Besar Sampai sana tu dah tengahari tengah panas pulak tu Waktu untuk check in homestay lambat lagi jadi kita jalan jalan dan lunch kat sini dulu Dah dua tahun tak datang s...
Makan Nasi Kandar Restoran Yasmeen

Makan Nasi Kandar Restoran Yasmeen

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 266 hits
Assalamualaikum WBT MASA tu kalau Sk la kan makan la apa apa yang jual di gerai gerai depan hotel tu Tapi dua beranak ni tak nak ya Dorang dok bincang bincang sama ada nak makan Nasi Lemak Royale atau Nasi Kandar Sk ni sebenarnya masih keny...
Patutlah Cantik Fasha Sandha Tekad Jaga Makan Sehari Dua Sudu Nasi Saja

Patutlah Cantik Fasha Sandha Tekad Jaga Makan Sehari Dua Sudu Nasi Saja

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 241 hits
Pelakon jelita Fasha Sandha menjadi inspirasi buat ibu ibu di luar sana apabila kekal langsing biarpun sudah bergelar ibu kepada tiga cahaya mata Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata selepas menimang cahaya mata berat ...
Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral

Tak Ada Rezeki Nak Makan Karipap Segamat Legend Viral

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 250 hits
Lepas beli kopi ingatkan nak beli kuih karipap Segamat Legend yang viral tu Tak jauh dari Koffie Jln Mentol Alang alang dah lalu situ takkan tak singgah Sebelum ni lalu situ asyik tutup je kedainya Excited tau tengok kedai karipap Segamat t...
Balik Kampung Makan Tengahari Daging Salai

Balik Kampung Makan Tengahari Daging Salai

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 455 hits
Assalamualaikum Tertinggal satu citer plak sambungan lepas sarapan roti canai kari kambing tu kami tak terus balik rumah kami terus balik kampung dah call Mak Lang malam sebelumnya bagi tau kami nak makan kat sana SA pun ada bawak lauk dan ...
Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 549 hits
Nasi khao mok atau nasi beriani Thai pernah popular dan viral sebelum ni Masa tu teringin nak rasa nasi khao mok ni tapi ye lah tak mudah nak mencari di Malaysia ni Kalau ada pun sesetengah tempat je Tapi bila dah ada jual dekat dengan dia ...
Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Fattah Amin Amp Amira Othman

Breaking News Syria Israel Peace Pact

Gaya Glamor Selebriti Di Anugerah Industri Muzik Ke 24

Teh Firdaus Berkongsi Kisah Disebalik Busana Nikah Amira Othman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permulaan Menjual Servis Penulisan Ghostwriter

Flavorful Healthy Recipes With Meat

Mengapa Perlu Motivasi Pagi Jumaat

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Rezeki Mak Dah Sampai

Kenapa Rindu Tercipta