Makan Di Shang Dim Sum Hotel Jen Puteri Habour


Assalamualaikum... 
Anda pernah dengar tak,  salah satu makanan yang boleh membuat kita langsing dan ramping adalah Dim Sum 😀 Ini kerana Dim Sum dikenali dengan cara masak yang mudah dan menyihatkan iaitu dengan cara kukus. Selain itu, mengukus juga dapat mengekalkan tekstur makanan


Haaa.. Nak kurus tak? Jom ikut Sk ke Shang Dim Sum Restaurant yang terletak di Hotel Jen Puteri Habour.  Shang Dim Sum menawarkan 25 pilihan menu dim sum secara ala carte dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya,  meh Sk kongsikan, check it out!  😋😋😋😋😋

Xiao Long PauIa merupakan kulit wantan yang berintikan sup ayam dan halia.  Sungguh unik kejadiannyakan. Kalaulah Sk yang disuruh sediakan menu ini,  mahu sampai habis tahun 2020 tak pas isi sup dalam kulit wantan tu,  hahaha. 

Kalau nak makan dengan sopan,  maka kenalah tadah dengan sudu dan gigit perlahan supaya tak terpercik kena orang depan,  hahaha.  Nak lagi senang,  ikut cara Sk,  masuk jer semua terus dalam mulut,  pehhhh! 😂


Chicken Siew Mai
Haa..  Nampak ekor udang kan tapi intinya isi ayam ya.  Dim Sum macam ni antara yang sangat biasa kita jumpa,  kan dan antara menu dim sum yang sering menjadi pilihan Sk.


Braised Chicken Feet
Kajian menyatakan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang dikatakan mampu membuatkan seseorang itu awet muda.  Haa..  Sebab itu menu ini wajib ada setiap kali Sk makan dim sum,  nak awet mudalah katakan,  biar orang nampak kita dengan anak macam kawan-kawan aje,  hahaha.


Prawn Dumpling
Bahan segar premium yang terdapat dalam dim sum seperti udang dan juga sayuran mampu memberikan khasiat kepada tubuh badan kita. Di samping rasanya sedap,  kita dapat menjaga kesihatan dengan khasiat daripada dim sum. Ni yang rasa macam hari-hari nak makan dim sum,  hehehe.


Salted Egg Pau
Pau yang gebu dan lembut diisi dengan inti telur masin yang dimewahkan dengan custard keemasan.  Sejak dulu kaum cina memang begitu kreatif dengan meletakkan telur masin dalam dessert sehingga turut menarik citarasa bangsa lain untuk mencuba keunikan rasa telur masin dalam manisan.


Berbanding makanan mentah, mengukus boleh mengurangkan asid folik sebanyak 15%, manakala merebus boleh mengurangkan sebanyak 35% dari zat makanan. Bagi menjaga dan mengekalkan zat makanan dari berkurang, teknik ini disarankan berbanding merebus atau secara mikrogelombang. Sebab itulah dim sum sesuai dijadikan menu diet kerana ianya dimasak secara kukus, menjadikan ia tinggi protein, kurang lemak serta rendah kalori.


Walaupun begitu bagi mereka yang gemar masakan secara deep-fried, Shang Dim Sum turut menyediakan menu gorengan yang sedap dan memenuhi citarasa anda.


Fried Dumpling ini tentu sesuai dijadikan menu untuk sarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Jika suka anda boleh mencecahnya dengan mayonis atau sos yang tersedia di meja tapi Sk lebih gemar menikmatinya begitu saja,  sedappp!


Yam Chicken Dumpling
Bebola keledek berintikan isi ayam yang berempah. Sk kurang pasti adakah ia dibalut dengan kulit wantan atau sekadar dicelup dalam adunan batter sebelum digoreng tenggelam tapi tekstur yang rangup diluar serta keempukan isi keladi dan inti ayam tu betul-betul sedap dan Sk sukakannya.


Paling istimewa tentunya Custard Salted Egg Ball yang tiada dalam menu restoran.  Ia berupa bebola custard manis yang diadun bersama telur masin yang disalut dengan batter seakan kuih karas.  Walaupun begitu bila kita gigit,  salutan tu tak terburai atau pecah berterabur,  memang sedap,  terima kasih Chef di Shang Dim Sum yang menyediakan menu special ini.


Dah,  apa tunggu lagi..  Jomlah kita ke Hotel Jen Puteri Habour untuk menikmati Dim Sum di Shang Dim Sum Restaurant yang terletak di lobi hotel. Semua menu disediakan secara ala carte sahaja.  Haa..  Bolehlah tu ajak kawan-kawan sambil menikmati teh cina yang panas suam.

Hotel Jen Puteri Habour
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Habour,  Iskandar Puteri
79000 Johor Bahru,  Johor

Tel 07 560 8888

Website : Hotel Jen Puteri Habour
Facebook : Hotel Jen Puteri Habour

Instagram : HotelJenPuteriHabour


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/10/makan-di-shang-dim-sum-hotel-jen-puteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gibran Ajak Anak Istri Makan Jajanan Tradisional Di The Sunan Hotel

Gibran Ajak Anak Istri Makan Jajanan Tradisional Di The Sunan Hotel

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 239 hits
Dia menilai festival jajanan lawas tersebut bagus sekali untuk meningkatkan kelas UMKM Apalagi jajanan seperti ini biasanya hanya ditemukan di pasar tradisional
Peminat Dim Sum Jom Cuba Dim Sum Halal Dijamin Sedap

Peminat Dim Sum Jom Cuba Dim Sum Halal Dijamin Sedap

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 453 hits
Peminat Dim Sum Jom Cuba Dim Sum Halal Dijamin Sedap Assalamu alaikum Korang peminat dim sum Meh sini cuba Dim Sum Halal buatan Muslim Sedap tak tipu wehhh Dah banyak kali Ummi repeat order Kukus je sendiri kat rumah Kalau korang tak ada pe...
Jokowi Ajak 30 Anak Sd Dari Papua Makan Siang Bersama Di Istana

Jokowi Ajak 30 Anak Sd Dari Papua Makan Siang Bersama Di Istana

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 300 hits
Jokowi bercerita kunjungan kali ini adalah janjinya saat berkunjung ke Sentani saat banjir melanda Tidak hanya berbicang mereka juga menyuguhkan nyanyian khas Papua dan tarian adat Papua di hadapan Jokowi
Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 572 hits
Alhamdulilah Dapat Makan Asyura Kelantan Assalamualaikum Hai korang Alhamdulilah akhirnya dapat juga Cik Ash makan Asyura Kelantan Setelah sekian lama mengidam nak makan dah lama balik kelantan pada tahun 2018 tak silap Cik Ash siap beli re...
Shang Chi Bakal Menampilkan Lebih Dari Satu Villain

Shang Chi Bakal Menampilkan Lebih Dari Satu Villain

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 354 hits
Marvel Studios dilaporkan menambah beberapa watak dalam filem Shang Chi and the Legend of the Ten Rings Menurut laman MCU Cosmic pihak studios kini sedang mencari pelakon untuk menjayakan beberapa watak villain dari komik yang akan digunaka...
Teringin Makan Menu Streatfood Thai Masak Je Sendiri Puas Hati

Teringin Makan Menu Streatfood Thai Masak Je Sendiri Puas Hati

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 337 hits
Thailand memang terkenal sebagai surga makan yang lazat gabungan rasa masam manis dan pedas dalam kebanyakan menu jalanan Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan korang yang tak berkesempatan ke Thai Ini antara menu s...
Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam

Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 641 hits
Jenjalan Cari Makan Restoran Lobstam Balik dari Batu Pahat mama ajak keluar jap Kebetulan ada kat area ni memang amik keputusan untuk singgah try Suasana memang kondusif Retro gitu Dia dah siapkan pakej ikut set Order aje set yang tersedia ...
Makan Tak Teratur Sikit Punca Baby Kecil Doktor Minta Wawa Ambil Makanan Tinggi Protein

Makan Tak Teratur Sikit Punca Baby Kecil Doktor Minta Wawa Ambil Makanan Tinggi Protein

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 364 hits
Pelakon Aeril Zafrel meluahkan rasa bimbang kerana bayi berusia tujuh bulan yang dikandung isterinya Wawa Zainal ketika ini mengalami masalah kekurangan berat badan Menurut Aeril doktor mengesahkan masalah tersebut berpunca daripada corak m...
Makan Makan Di Teluk Intan

Makan Makan Di Teluk Intan

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 689 hits
Walaupun ada beberapa restoran Mamak yang terkenal di Teluk Intan dan menjadi persinggahan wajib sesetengah orang yang datang tapi suami dan anak anak tahu bahawa makcik kurang berminat dengan makanan Mamak Oleh kerana itu seboleh bolehnya ...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan