Makan Di Rumah Mas Dengan Kawan Pejabat


 Assalamualaikum wbt
LEBIH seminggu lepas, Kak Imah hantar satu link pada Sk tentang sebuah restoran yang menghidangkan masakan belangkas di JB. Oh, tak sangka pulak Sk, rupa-rupanya, ada jer restoran yang ada masakan belangkas di JB. Dulu, jika nak makan belangkas, Sk ke Kota Tinggi. Itupun selalunya kecewa sebab belangkas habis walaupun datang tengahari. Mujurlah dapat makan Belangkas Lemak Cili Api masa ke Muar beberapa bulan lepas.
Taklah nak makan sangat, tapi nak tunaikan hajat anak tekak kawan, manalah tahu kalau dia mengidam, kan.  Di pejabat, Sk antara yang familiar dengan jalan-jalan di sekitar JB ni. Berani meredah la gitu dekat ceruk mana sekalipun. Sk sejak remaja dulu pun agak berani. Apadehal duduk makan sorang di kedai. Tengok wayang seorang pun pernah. Cuma bab tidur hotel seorang jer la masih penakut. Masih ingat lagi, semasa berkursus, tidur hotel seorang, semua suis lampu Sk hidupkan dengan tv sekali, hahaha. 
Jadi, cerita pasal belangkas tadi, kelmarin, Sk bawalah Kak Imah dan Ain pun nak ikut sekali ke restoran yang kononnya menjadikan belangkas sebagai signature menu di restorannya. Papan tanda sebesar tidak ya ada perkataan belangkas. Tapi, nan hado! Indah khabar dari rupa. Belangkasnya baru sampai, alasan pekerja, walaupun masa tu dah hampir 12.30 tengahari. Belangkas ada tapi tukang siang dan masaknya tak ada ke apa, tak fahamlah. Yang pasti, tak boleh pesan belangkas. Tanya asam pedas, pun tak ado. Dalam menu, kemahenlah ada Asam Pedas Telur Mayong la. Tapi, cuma ada masakan goreng-goreng aje macam nasi goreng. Sk pun mulalah memetir membebel kat situ. Eh, baiklah kami pergi makan di Medan Selera jer gituhhh.
Tengok Ain dan Kak Imah dah blurrr nak makan apa. Dok selak buku menu depan belakang depan belakang macam cari jawapan periksa. Jadi, Sk ajak pergi tempat lain. Teringat Rumah Mas yang jaraknya hanya lebih kurang 300 meter, Sk pun hidupkan enjin kereta semula dan menuju ke Rumah Mas. Tuuuuu dia, punya panjang sejarahnya nak ke Rumah Mas ni, hihihi.
Dulu, zaman pkp sebelum dibenarkan makan di kedai, Sk selalu pesan Nasi Daging Utagha Rumah Mas ni. Ini pertama kali la Sk makan di Rumah Mas. Selalu jugak nampak Mas iklankan Nasi Kerabu Dulang di Ig tapi tak pernah beli jadi terlanjur dah ada di RM, Sk pesan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Ayam Bakarnya lembut dan garing dengan curahan kuah percik. Budu dan sambal diletak berasingan, ulamnya cuma hirisan kubis dan kacang panjang serta salad, keropok dan telur masin. Ia tak mengecewakan tapi Sk lebih suka dengan hidangan Nasi Kerabu di Teh O Ais 50 Sen. Nasi Kerabu Kak Yah Kampung Pasir, jangan dibandingkan pulak sebab yang itu, memang tiada tandingannya, hehehe.

Jolok-jolok Kak Imah, suruh pesan menu Daging Harimau Menangis ni, hihi. Sendiri tak nak pesan, maklumlah, dah tengah bulan, kan.. hahaha. Dagingnya lembut bersama sos pencicah khas. Sosnya agak manis agar dapat mengimbangi rasa pedas. Dagingnya dihiris dahulu sebelum digoreng dalam sedikit minyak. Sk lebih suka jika dagingnya dibakar, kemudian dihiris, itu barulah boleh dipanggil Daging Harimau Menangis. Tapi tulah, selepas dikomersialkan, macam ni la rupa DHM. Harimau bukan menangis lagi, meraung terus. Tapi, memang senang ke eh, dapat bahagian Harimau Menangis ni??? 

Cantonese Kuey Teow pilihan Kak Imah. Besar sungguh portionnya, boleh makan dua orang tapi nampaknya mampu dihabiskan Kak Imah seorang sebab sedap. Kak Imah cerita, dia tak pandai masak hidangan ni sendiri. Tak dapat rasa macam di kedai, mesti tak jadi. Sk malas nak cerita, Sk pakar masak CKT ni, hihi. Tak percaya, boleh tanya, Ban, hahaha. Cuma dah lama la Sk tak masak CKT sebab Pak Inche tak mintak. Selamattttt..


Ain pula pesan semangkuk Soto Nasi. Ain ni orang Temerloh. Masa berleter dengan staf di Restoran Belangkas tu, Sk tunjuk ke Ain sambil cakap, kawan saya ni datang jauh dari Pahang tau semata nak makan belangkas awak, hahahaha. Oh, Sk tak tanya pulak sedap ke idok sotonya. Tengok Ain makan tak habis, ada seketul lagi nasi impitnya, dah kenyang, kata Ain. Bergedil pun tak dimakan sebab dia tak suka dah berendam dengan sup tu. Laaa.. memanglah bagi berendam bergedil tu Ain oi. Sayangnya bergedil, jadi Sk tolong makan bergedilnya, hahaha


Depan kaunter Rumah Mas ni, berderet Kuih Talam. Kak Imah beli sekotak, Talam Sarawak. Sekotak tu ada 25 potong, Kak Imah kata, RM12 sekotak. Giler murahhh tu, Kak Imah. Naza yang merasa, pun setuju, murah. Jadi, semalam, Sk beritahu Naza, nak ke Rumah Mas, beli kuih talam untuk bawa ke Senai. Fidah yang tahu kami nak ke RM, pun nak ikut sekali. Dahhh.. semalamnya pergi ke Rumah Mas dengan Kak Imah dan Ain, kali ni dengan Naza dan Fidah pulak, hahahaha. Macam nilah kalau jadi duta JJCM kat pejabat, hahaha. Apapun, syukurlah, makan Nasi Kerabu Ayam Bakar tu, Kak Imah belanja, hihi


Naza makan Laksa Johor. Selambak kuah laksa. Naza kata, boleh tahanlah rasa LJ, macam LJ yang selalu Sk pesan dengan kawan fb Sk. Tu dah lama Sk tak pesan, kawan tu duduk di Kluang, suaminya kerja di JB. Jadi, kalau dia buka pesanan, kena tengok masa tu suaminya ada tak untuk hantarkan ke JB. Tapi lama-lama, rasa macam menyusahkan pulak dan leceh. Sekarang, kalau rasa nak makan LJ, beli aje di Pasar Malam Tampoi Utama tiap hari Selasa


Fidah pulak, makan Nasi Kerabu Daging Bakar. Sama macam Ayam Bakar, dagingnya dicurah kuah percik juga. Selain makan, Fidah juga tapaukan NK untuk Aida dan Aida kata sedap. Kira puas hati la dengan rasa nasi kerabu Rumah Mas ni. Dekat jugak dengan pejabat cuma masalahnya ialah parkir. 

Pilihan Tuan Tanah Kedaung. Sebab masih waktu sarapan lagi, Sk pilih, Lontong. Lengkap dengan sambal tumis, sambal kacang dan serunding, kuah lodehnya cukup sempurna teksturnya tapi tak banyak sayur dalamnya. Dia punya kesedapan tu, kan.. sampai rasa nak angkat mangkuk dan hirup hingga ke titisan terakhir.. hahahah



Memang tujuan asalnya nak ke Rumah Mas tu nak beli Kuih Talam, jadi Sk check outlah dua kotak talam. Naya Pak Karim betullah, Kak Imah ni, kata RM12 sekotak. 17 Kak Imah.. Tujuh Belas, hahahahaha. Tapi, agak berbaloi la harganya sebab sangat sedap ya talamnya. Sk ambil Kole Kacang dan  Talam Suji. Naza ambil Talam Sarawak, sama dengan Kak Imah beli masa kami datang kelmarinnya. Kemudian, tukar dengan 10 potong Talam Suji Sk. Sekotak talam tu, tak ada campur-campur ya. Kalau nak rasa banyak jenis talam, kenalah beli lain-lain kotak, bijak.. bijakkk.. hahahah

Rumah Mas
96, Jalan Beringin,Taman Melodies, Johor Bahru
Waze lagi senang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/makan-di-rumah-mas-dengan-kawan-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ugut Rempuh Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki Ditahan

Wanita Ugut Rempuh Rumah Keluarga Bekas Teman Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 218 hits
Keadaan kenderaan yang rosak akibat dirempuh seorang wanita di Taman Perling Johor Bahru pagi semalam JOHOR BAHRU Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki mengugut dan merempuh pintu pagar automatik kediaman keluarga bekas teman l...
Permohonan Rumah Ppr Rm124 Sebulan Untuk Rakyat B40 Tahun 2022

Permohonan Rumah Ppr Rm124 Sebulan Untuk Rakyat B40 Tahun 2022

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 379 hits
Program P rum h n R k t d l h tu r gr m K r j n untuk n m t n mul setinggan d n m m nuh k rlu n t m t kediaman b g g l ng n b r nd t n rendah J b t n P rum h n N g r d b w h K m nt r n P rum h n d n K r j n T m t n adalah g n l k n ut m b g...
Ini Alasan Irwasum Polri Datangi Rumah Dinas Ferdy Sambo Temui Komnas Ham

Ini Alasan Irwasum Polri Datangi Rumah Dinas Ferdy Sambo Temui Komnas Ham

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 126 hits
Beka memastikan Irwasum dalam hal ini mendukung penuh penyelidikan yang dilakukan oleh Komnas HAM
Potret Rumah Panggung Di Tengah Hutan Kalimantan Makin Indah Ada Suara Air Dan Sayuran

Potret Rumah Panggung Di Tengah Hutan Kalimantan Makin Indah Ada Suara Air Dan Sayuran

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 194 hits
Kumpulan potret rumah panggung di tengah hutan Kalimantan milik keluarga Youtuber Chanee Kalaweit ini sangat sejuk dan asri Simak ulasannya
6 Senarai Model Kamera Cctv Rumah Terbaik Dengan Harga Mampu Milik Memang Berbaloi

6 Senarai Model Kamera Cctv Rumah Terbaik Dengan Harga Mampu Milik Memang Berbaloi

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 276 hits
Pencuri kalau nak pecah masuk rumah orang dia akan hintai dulu ada cctv ke tak Sebab tu penting sangat pasang cctv kat luar rumah At least boleh takutkan sesiapa yg nak buat kegiatan jenayah Jadi jom kita selongkar 6 cctv harga mampu milik ...
Journey Beli Rumah Kedua Yes Dah Dapat Kunci Rumah

Journey Beli Rumah Kedua Yes Dah Dapat Kunci Rumah

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 226 hits
Selepas bertahun menunggu akhirnya siap jugak rumah kedua Bukan rumah aku tapi rumah ni wife yang punya Aku hanya tukang bayar saja Hahaha Rumah pertama kitorang dulu beli rumah teres secara subsale so untuk rumah kedua ni teringin pulak na...
Rumah Memorabilia Dan Sejarah Panjang Jaminan Kesehatan Nasional

Rumah Memorabilia Dan Sejarah Panjang Jaminan Kesehatan Nasional

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 122 hits
Direktur Utama BPJS Kesehatan Ghufron Mukti menegaskan bahwa negara telah hadir untuk memenuhi kebutuhan masyarakat di bidang jaminan pembiayaan kesehatan sejak era BPDPK hingga BPJS Kesehatan
Kerajaan Kaji Perluas Skssr Kepada Suri Rumah Lelaki Kata Menteri

Kerajaan Kaji Perluas Skssr Kepada Suri Rumah Lelaki Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 222 hits
KERAJAAN akan mengkaji langkah untuk memperluas aspek perlindungan dalam pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada suri rumah lelaki kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan Beliau berkata bagaimanapun kerajaan perlu mengenal pas
Gagal Move On Wanita Rempuh Pintu Rumah Bekas Teman Lelaki Amp Ugut Bakar Kedai Motor

Gagal Move On Wanita Rempuh Pintu Rumah Bekas Teman Lelaki Amp Ugut Bakar Kedai Motor

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 186 hits
Polis menahan seorang wanita yang disyaki mengugut dan merempuh pintu pagar automatik kediaman keluarga bekas teman lelakinya di Taman Perling di sini pagi semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya