Makan Di Roti Rentung Cafe
Assalamualaikum..
PADA mulanya nampak seorang rakan sekerja post tentang Roti Rentung ni di facebook. Kebetulan hari tu, khamis, saja cuba nasib tag Pak Inche di page Roti Rentung. Pucuk dicita ulam mendatang apabila malam tu jugak Pak Inche ajak ke sana, agaknya dia pun dah jemu asyik makan di rumah dan jika keluar pun makan di tempat yang samaaaaaaaaa jer, huhuhuhu
Dah lama tak ke Kong Kong, rasanya kali terakhir ke sana pada POST INI, hahahaha.. berkurun dah rupanya dan tak sangka kini di Kong Kong bukan sahaja ada restoran terapung, restoran makanan laut malah dah ada port makan western yang tip top.
Roti Rentung ni terletak di tepi sungai Kong-Kong. Ia terletak dalam kawasan medan selera yang menempatkan beberapa buah gerai. Kalau nak tahu apa menu yang menarik di Roti Rentung, sila baca sampai bawah, hehehe
Suasana malam yang amat romantik. Bolehlah feeling-feeling makan di tepian pantai Jimbaran, Bali sambil memijak tanah berpasir, hahaha. Sayangnya cuaca malam tu panas tak berangin jadi tak rasa sangatlah feeling laut dan pantai tu, huhu
Air Mata Kucing semangkuk untuk Pak Inche. Bukan kucing menangis tapi air buah longan, u know longan?? Longan tu mata kucing laaa kan, longan tu bahasa siam, maafkanlah kalau salah sebab itu pemahaman Sk sejak dulu. Jadi, ini adalah Air Buah Mata Kucing, hihi
Nak minta Kopi O tapi tertinggal huruf O dapatlah Kopi Susu Kurang Manis Tambah Gula
Mak aihhh, besar betul mug dia, Pak Inche kata sedap. Amboii, dah belajar minum ayaq panaih nampak
Pak Inche pilih Sizzling Lamb Chop. Berasap lagi tu.. Di Roti Rentung, semua hidangan sizzling akan dihantar sendiri oleh chef dari dapur terus ke meja pelanggan. Rasa macam vvip la gitu, hahaha
Satu hidangan ni ada dua keping kambing. Bawah kambing tu ada sayuran yang dicelur seperti brokoli dan carrot. Hidangan sampingan lain adalah mashed potato cheese dalam bungkusan aluminium foil tu. Masakannya boleh tahan jugak sedap, kambing lembut dan juicy
Sepatutnya pembuka selera yang sampai dulu tapi main course pulak yang mendahului. Tapi tak apa, tak dosa pun. Sup cendawan dengan dua keping Garlic Bread iaitu Roti Perancis yang disapu dengan mentega bawang putih sebelum dibakar, rotinya gebu tak keras macam roti perancis yang selalu Sk beli di pasaraya. Sup cendawannya pun sedappppppp tak terlalu cair atau pekat. Yang ni kami kongsi berdua la, berdua kan lebih baik, uhuks
Aglio Olio Seafood tentunya untuk Sk. Mula nak makan Salmon tapi dia kata ada ramuan dalam salmon tu yang tak cukup, jadi kalua dihidangkan macam kurenglah gitu. Sk kata, kalua macam tu bagilah diskaun, eh, tak boleh pulak. tu yang pesan ajelah Aglio Olio ni dan Sk pesan buat pedas sikit. Tapi, punyalah lambat sampai habis setengah mug kopi Sk (sebab Sk tak suka minum kopi suam). bayangkan Pak Inche dah selesai makan kambing dan mushroom soup baru makanan Sk sampai
Nasiblah Sk ni penyabar orangnya, hahahaha
Roti Rentung CafeAlamat : No. 5 Medan Selera Koperasi, Latoh, 81700 Kongkong Selat Mendana, Jalan Sungai Masai, Masai, Johor
Buka setiap hari 5 pm - 11 pmTutup : Sabtu
Cara nak ke sini senang jer, ikut lebuhraya Senai - Desaru, keluar di Plaza Tol Cahaya Baru. Belok kanan, dalam tiga kilometer sampai dahhhh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/02/makan-di-roti-rentung-cafe.html