Makan Di Restoran Yeo Sekeluarga


 Assalamualaikum WBT
DAH setahun 13 hari kami tak makan di Restoran Yeo Sekeluarga. Dulu-dulu, hampir setiap bulan kami mesti datang ke sini untuk makan malam. Kadang-kadang, minggu ni dah datang, minggu depan datang lagi sebab itu sajalah restoran makanan laut yang digemari Pak Inche. Tapi, sejak jalan ke Pendas tu dibesarkan dan ditambah baik tapi tak baik-baik, macam malas nak ke arah sana lagi-lagi sejak dah banyak pilihan Chinese Seafood halal yang lain. Rupa-rupanya, kakak cashier pun perasan ya kami dah lama tak datang. Dah setahun tak nampak dia kata, hahaha. Ni pun tuari hampir tersesat, nasib baiklah Imannya perasan. Dahlah jalannya tak siap-siap, gelap, lampu jalan tak menyala. Bertahun dah buat jalan baru tapi tak siap-siap, pelik betul!

Minggu ni, Iman tidur semalam aje kat rumah sebab hari Sabtu dia ada program dari pagi sampai petang. Khamis, lepas kerja, terus ambil Iman di kolej. Malam tu, kami ke Yeo sajalah atas pilihan Pak Inche. Kami pesan Sotong Sambal (S) RM22 dan Baby Kailan (S) RM13


Ambil dua mangkuk nasi jer, Nasi Putih RM2.20 (semangkuk). Sk mintak nasi Iman dua sudu. Tak nak makan nasi banyak sebab masa Majlis Maulidur Rasul dah makan nasi sedulang, kan. Orang lain semua kongsi empat orang sedulang, Sk kongsi makan bertiga aje dengan Kak Timah dan Aida. Kak Timah pulak, awal dah angkat bendera putih, terpaksalah Sk dan Aida menghabiskannya. Yek elehhhh... macam tak biasaaaa


Kami pesan Daging Masak Halia tapi tukang masak termasak Daging Lada Hitam (S) RM20. Mereka minta persetujuan kami dulu, kalau tidak, nanti dorang masakkan yang lain. Kami setuju aje, tak cerewet, makan aje lada hitam, kan. Daging tu dihiris nipis kemudian diketuk. Lunak sungguh laaaa. Nanti Sk nak cubalah ketuk dulu daging sebelum dimasak


Hot Plate Beancurd (S) RM16 ni jatuh hukum wajiblah kalau makan dengan Pak Inche. Berebut-rebut masuk mulut sebab panas-panas lagi. Melocot bibir tak apo sebab sedap makan masa panas-panas tu, kan


Sk dan Iman pulak penggemar Cakueh Mayonese (S) RM16. Kali ni dah ingatkan Iman, tulis betul-betul saiz S. Karang pecah lagi perut kita nak habiskan saiz L sebab tukang masak tersalah baca, hahaha. Tapi, suka aje saiz L sebab sedap sangat ya Cakueh Mayonese ni. Dia bukan macam cakueh yang selalu orang jual kat gerai-gerai tu


Selepas beberapa kali tak dapat makan Chicken Lemon, akhirnya dapat jugak. Yang ini Iman mintak saiz M (RM18). Suka Chicken Lemon kat sini sebab ia ada hirisan lemon yang berkaramel. Malam tu semua orang malas nak layan makan ikan, jadi tak ada ikanlah. Yang pasti semua lauk licinnnn. Pak Inche kata agaknya pasal lama tak datang, hahaha. Jadi, kena tunggu lama sikitlah baru datang sini lagi

Balik tu, kami masuk highway laaa... ghisau betul ikut jalan tengah buat tu.. dahlah malam Jumaat keliwonnnnn... huwa huwa huwa..

Restoran Makanan Laut Yeo SekeluargaJalan Tanjung Kupang, Kampung Pok, 81550 Gelang Patah, Johor
Waktu perniagaan :Setiap hari kecuali Isnin12 tengahari hingga 9 malam
No Telefon : 010-707 3210

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/11/makan-di-restoran-yeo-sekeluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Bayarkan Makanan Saya Belanja Peminat Makan Di Restoran Kebaikan Krystal Dipuji

Dia Bayarkan Makanan Saya Belanja Peminat Makan Di Restoran Kebaikan Krystal Dipuji

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 233 hits
Untungnya peminat bila dapat berjumpa dengan artis kegemaran mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru seorang peminat telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan idola dan pelakon popular iaitu Jung Soo jung atau lebih dikenali sebagai Krystal Ju...
Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Di Sepang

Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Di Sepang

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 389 hits
Hi Korang Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjung...
Anak Sesak Nafas Lepas Makan Jeli Terpaksa Masuk Zon Kritikal Hati Hati Pilih Makanan Anak

Anak Sesak Nafas Lepas Makan Jeli Terpaksa Masuk Zon Kritikal Hati Hati Pilih Makanan Anak

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 271 hits
Hati ibu mana yang sanggup melihat bila anaknya berada di dalam kesakitan Namun lebih sayu lagi bila mana anak sakit selepas makan produk produk yang diyakini tidak bagus untuk mereka Rasa teramat bersalah Perkongsian seorang ibu di akaun T...
Teringin Jugak Makan Aiskrim Kelapa

Teringin Jugak Makan Aiskrim Kelapa

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 220 hits
Teringin Jugak Makan Aiskrim Kelapa Haritu ternampak kawan blogger makan aiskrim kelapa kat Thailand aku pun teringin sebab nampak sedap jer tu So daku try singgah satu gerai berhampiran rumah haritu I makan versi Malaysia punya jela Entah ...
Sawi Kena Ada Dekat Rumah Paling Kurang Seminggu Sekali Sayur Selamat Untuk Anak Makan

Sawi Kena Ada Dekat Rumah Paling Kurang Seminggu Sekali Sayur Selamat Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 140 hits
Jika anda mencari sayur hijau yang paling senang dan murah harganya malah baik untuk kesihatan anak sayur sawi adalah jawapannya Bukan sahaja mudah menyediakannya bahkan sayur sawi juga adalah sayur paling disyorkan untuk masalah kulit Menu...
Sekali Lagi Makan Makan Di Cafe Markisa Jasin Melaka Order Menu Kambing

Sekali Lagi Makan Makan Di Cafe Markisa Jasin Melaka Order Menu Kambing

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 336 hits
assalamualaikum salam sejahtera semua a very beautiful Friday morning pagi ni saya sarapan nasi lemak telur mata dan nescafe tarik alhamdulillah ada sedikit ruan up kan entri ni memandangkan da lebih 48 jam dlm folder draft biasa ler tu kal...
Dia Belanja Semua Makan Moon Sangmin Terharu Terima Layanan Baik Dari Kim Hyesoo

Dia Belanja Semua Makan Moon Sangmin Terharu Terima Layanan Baik Dari Kim Hyesoo

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 252 hits
Korang tengok tak drama Under The Queen s Umbrella ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini pelakon Moong Sang min yang membawa watak sebagai Putera Seong nam hadir dalam satu sesi temu bual bersama ESQUIRE Korea bagi episod Why Did Moon Sang Min Me...
Makan Di Kampung Carabao

Makan Di Kampung Carabao

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 311 hits
Assalamualaikum wbtMELAYAN permintaan Iman yang balik malam tadi nak makan di Restoran Carabao Iman pesan ambil dia malam aje sebab kelasnya semalam sampai petang nanti dia kelam kabut Tunggu Pak Inche balik kerja mandi dan sebagainya dekat...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2