Jom Makan Di 6 Restoran Menarik Di Sepang


Hi Korang,

Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi

SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG
Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. 

Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam

THE TEPEN, CYBERJAYA
Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? 

The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa anda, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan. Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini a
PAK NGAH CYBER KOPITIAM
Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. 

Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak diatas roti bakar bersama kaya dan mentega. Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba

THE BOTANIST, CYBERJAYA
Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika anda ke Cyberjaya. 

The Botanist merupakan sebuah kafé yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini

LUCK BROS KOPI
Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan. 

Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda

RESTORAN UMMI AISYAH
Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran 

Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda. Terdapat banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. 
Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. 
#PusingSelangorDulu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/11/jom-makan-di-6-restoran-menarik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Repeat Makan Di Restoran Lot Lapan Lima Melaka

Repeat Makan Di Restoran Lot Lapan Lima Melaka

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum semua Apa khabar korang Mama alhamdulillah keadaan semakin baik Cuma swab masih lagi positif dan masih lagi batuk dan selsema Sakit tekak masih ada Walau apapun alhamdulillah mama masih ada deria bau dan deria rasa Syukur sa...
Bagaimana Cara Menentukan Nama Rumah Makan Yang Unik Dan Menarik

Bagaimana Cara Menentukan Nama Rumah Makan Yang Unik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 470 hits
Bukan hal rahasia umum lagi bahwa nama rumah makan patendo atau sering dikenal dengan nama restoran dikatakan sebagai hal terpenting bagi setiap bisnis kuliner Ini dikarenakan dengan adanya nama atau merek ini menjadi gambaran dan citra dar...
Makan Braised Smoked Duck Di Restoran Budak Siew Mai

Makan Braised Smoked Duck Di Restoran Budak Siew Mai

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 279 hits
Assalamualaikum WBTDUA minggu lepas Kak Narimah tanya dengan Sk tahu tak di mana ada jual itik Itik yang dah masak la teringin nak makan katanya Jika nak makan benda pelik pelik ni kawan kawan pejabat memang suka merujuk dengan Sk Kalau tah...
Sedap Makan Kat Restoran Sup Urat Keting Tapi Tertinggal Satu Tak Bayar

Sedap Makan Kat Restoran Sup Urat Keting Tapi Tertinggal Satu Tak Bayar

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 244 hits
Bulan lepas masa on the way balik dari Negeri Sembilan lepas melawat adik ipar baby yang tengah berpantang kat kampung k fiezz family singgah makan di Restoran Sup Urat Keting ni Blur mula mula nak makan kat mana sebab kitaorang selalu kebu...
Dia Bayarkan Makanan Saya Belanja Peminat Makan Di Restoran Kebaikan Krystal Dipuji

Dia Bayarkan Makanan Saya Belanja Peminat Makan Di Restoran Kebaikan Krystal Dipuji

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 246 hits
Untungnya peminat bila dapat berjumpa dengan artis kegemaran mereka ARTIKEL BERKAITAN Terbaru seorang peminat telah berkongsi pengalamannya berjumpa dengan idola dan pelakon popular iaitu Jung Soo jung atau lebih dikenali sebagai Krystal Ju...
Jom Makan Buffet Dinner Dari 16 Buah Negara Di Holiday In Jbcc

Jom Makan Buffet Dinner Dari 16 Buah Negara Di Holiday In Jbcc

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 266 hits
JOM MAKAN BUFFET DINNER DARI 16 BUAH NEGARA DI HOLIDAY IN JBCC Lebih dari 70 menu masakkan dari 16 buah Negara dihidangkan hanya di Holiday Inn JBCC ye korang Lain dari yang lain pulak kan bila diorang menghidangkan pelbagai jenis menu maka...
Makan Di Restoran Yeo Sekeluarga

Makan Di Restoran Yeo Sekeluarga

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum WBTDAH setahun 13 hari kami tak makan di Dulu dulu hampir setiap bulan kami mesti datang ke sini untuk makan malam Kadang kadang minggu ni dah datang minggu depan datang lagi sebab itu sajalah restoran makanan laut yang dige...
Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 368 hits
Assalamualaikum Ingatkan hari nie boleh la cuti kan lepas mengundi nampaknya tak kena la kerja macam biasa Korang mengundi tak Untuk PRU15 kali ini Fiza memilih untuk menunaikan tanggungjawab di Sek Men Keb Bentong Datang mengundi sambil te...
Malam Ini Pay Day Sales Jom Usha Apa Yang Best

Malam Ini Pay Day Sales Jom Usha Apa Yang Best

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 273 hits
Link ke Sheets Barang Yang Ditanya https docs google com spreadsheets d 1 CimkUEdWYt38XD3W7GiCStos7FiqdXKYGRIpI9Z7aU edit usp sharing Shopee Monaliza https shope ee acfJEB73
Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Need And Want

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Upuonline Lanjut Tarikh Tutup Pelajar Ada Masa Pilih Kursus Betul Betul Menteri Kpt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Zahid Seeking To Project A United Sabah Bn Ahead Of State Polls Say Analysts

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Peraturan Baharu Pengisian Nama Mas Air Asia

Isteri Blur Di Mahkamah Bila Hakim Tanya Apa Puan Nak

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia