Makan Di Restoran Udang Galah Orang Minyak


 Assalamualaikum WBT 


KALAU sebelum ini, setiap kali ke Kuantan, kami akan mengikut laluan Mersing atau Segamat, namun kali ini berbeza kerana tujuan kami hendak ke Temerloh yang merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia, dua jam perjalanan jika dari Kuantan. Sk bertanyakan kawan Sk, orang Temerloh yang sebelum ini sama pejabat dengan Sk, laluan yang bagus untuk ke sana. Kawan Sk, Ain, memberitahu agar kami keluar di Plaza Tol Yong Peng, kemudian ke Segamat. Dari Segamat, ikut laluan ke Gemas dan Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian Triang (Pahang) dan akhirnya ke Temerloh.

Bagi mengelakkan waze membawa kami ke jalan yang entah apa-apa, memang kami set waze dari satu daerah ke satu daerah, hahaha. Jadi, dari Segamat kami set ke Gemas, dari Gemas kami set ke Bahau. Dari Bahau, kami menuju ke Triang, perut pun dah menjerit-jerit kelaparan, kami singgah ke Restoran Udang Galah Orang Minyak yang terletak berhadapan dengan stesen bas Triang. 

Katanya, udang galah di sini ditangkap setiap malam. 

Alahai sedapnya kalau dapat Udang Galah Masak Lemak tu tapi Sk awal-awal dah mengalah sebab tahu PI mesti nak masakan sambal


Restoran ini dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim


Adakah tauke restoran ni orang minyak yang sebenar??? Hahahaha


Selain udang galah, ada jugak masakan berasaskan ayam


Nama menu-menu dia sedikit menggelikan hati, hihihi


Murah, kan harga udang galah dia. Sk tak pasti saiz untuk udang galah celup tepung ni


Selain Triang, restoran ini juga membuka cawangan di Lipis, Raub, Bera, Kuantan, Rompin dan banyak lagi. Eh, hampir semua daerah di Pahang la ada ni


PI pesan Cikong sebaldi! (RM11.90)

Syahduuuuuu

Tak kedekut isi laichikang tu, puas gali, hahaha


Sk pesan air, Nenas Berlengas (RM10.90). Sejuk dan manis, dia letak nenas semestinya dan nata de coco. 

Double Udang Galah Sambal Petai Harum Wangi (RM87.90). Menu untuk dua orang ni dah set dengan nasi, sayur kailan ikan masin dan telur dadar serta sambal belacan. Masakan sambal dia macam sambal Thai, sweet sour gitu. Petai dihiris dimasak bersama sambal. Tapi, isi udang galah tu tak kental la pulak, bila dikopek ia melekat pada kulit. 

Telur dadar dia gebuuuu dan crunchy. Sedap dan tak berminyak


Kailan ikan masin juga sedap, tapi kena jaga-jaga tulang ikan


Ni dapat ambil gambar banyak sebab PI pergi cuci tangan, hihihi. Kami diberi pinggan, bolehlah alihkan nasi ke dalam pinggan masing-masing


Ikan Bawal Emas Bakar Beleming (RM27.90). PI kata murah, tak macam ikan bawal emas kat PD tu, sampai RM70+. Ah, memanglah pun, ikannya pun tak besar sangat. Tapi isinya penuh jugak. Sambal ikan bakar pun sedap. Hurmm.. beleming tu apa, Sk tak faham, hihi


Lambat jugak la tunggu ikan bakar siap padahal set udang galah tu sekejapan dah dihantar ke meja lepas pesanan diambil. Semasa kami makan ni, nampaklah pekerja bawa masuk tiga tong udang galah. Tapi semua pun nampaknya udang galah frozen. Patutlah isinya tak kental. Agaknya memang tangkap setiap malam tapi disejukbekukan dulu supaya tahan lama sebelum diedarkan ke cawangan-cawangan restoran orang minyak ni


Total RM138.60. Tak ada sebarang cukai dikenakan. Terbaikkk


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/makan-di-restoran-udang-galah-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2413 hits
Balik dari shopping di singgah dan terus makan malam di Restoran Nelayan Seafood Catering Teringin nak makan ikan bakar Sebenarnya tak tahu nak makan di mana Nak layan mengopi di cafe mostly jam 10 00 malam dah tutup Carilah di grab food ap...
Makan Sizzling Yee Mee Di Restoran The Ha Alifff

Makan Sizzling Yee Mee Di Restoran The Ha Alifff

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1796 hits
Assalamualaikum WBT SEPERTI yang dirancang semalam Sk dan PI makan mi di kedai Eh opsss sebenarnya PI ajak makan western tapi kedai tu tutup pulak padahal sepatutnya tutup hari Jumaat Agaknya jalan jalan cuti sekolah Tu la jadinya dapatlah ...
Makan Makan Kat Restoran Bara Stulang Jb Bertempat Di Permas Jaya Johor

Makan Makan Kat Restoran Bara Stulang Jb Bertempat Di Permas Jaya Johor

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 4477 hits
Satu pengalaman menarik makan makan kat yang kini berada di area Nona pergi haritu sebab tengok IG dorang re opening semula setelah penutupan restoran yang kat Stulang tu Lokasinya kalini tenang dan damai sebab bersebelahan je kawasan tempa...
Makan Di Restoran Segamat Seafood

Makan Di Restoran Segamat Seafood

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2174 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS selesai PI membuat liputan secara online perlawanan liga Pasukan JDT vs Penang di barulah kami keluar untuk makan malam Sk ingat nak la pergi kopi kopi atau western makan yang simple gitu tapi PI ajak makan nasi ...
Makan Di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai Temerloh

Makan Di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai Temerloh

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 675 hits
Assalamualaikum WBT DAH hari khamis hari ni dan yang paling best dah 25 haribulan hehehehe Tapi tu la dulu dulu gaji masuk awal pagi sebelum subuh Sekarang pukul 9 ke 10 pagi baru masuk Walaupun semua ada online banking untuk semak tapi ada...
Rakyat Malaysia Type W Saja Yang Masih Kiok Issu Minyak 199

Rakyat Malaysia Type W Saja Yang Masih Kiok Issu Minyak 199

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 596 hits
Media Indonesia lapor RON95 Malaysia turun harga netizen seberang terkejutSITI NUR ZAWANISeptember 24 2025Langkah terbaharu kerajaan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 sehingga RM1 99 seliter mendapat perhatian media Indonesia dan mence...
Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2618 hits
Cara Isi RON95 Guna MyKad Di Pam Minyak Petronas Petron BHPetrol Shell Caltex Seperti yang semua tahu bermula 30 September 2025 harga subsidi RON95 ditetapkan kepada RM 1 99 seliter di bawah sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MA...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Woodfire Burger Di Gamuda Gardens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

Hiburan Pelakon Veteran Charlie Nu Man Meninggal Dunia

Dah Malam Tumbuk Sambal Belacan