Makan Di Padi House Jalan Jalan Ke Fesko Utm 2025


 Assalamualaikum WBT


TERINGAT dulu-dulu, Iman selalu ajak pergi Festival Konvokesyen UTM. Dari jalan besar nak balik ke rumah atau pergi pejabat memang boleh nampak khemah-khemah di Dataran UTM tu. Selain tu banyak bunting fesko digantung pada tiang lampu sepanjang jalan. Seingat Sk, kami pernah pergi dua kali jer kot. Malas eh nak cari parking, tu la yang malas nak pergi. Kadang sampai merajuk Iman, tahu-tahu fesko dah habis, khemah dah angkat, hihi. Rahsia Tuhan, sekarang Iman dah tak payah nak ajak-ajak. Siap dah jadi AJK Fesko UTM lagi. Siap ada parkir khas, tak payah berpusing-pusing cari parkir. Tahun ini pulak, Iman dilantik sebagai Ketua Unit Aktiviti Fesko sampai dikenali di kalangan staf tertinggi UTM. Tahun ni tahun akhir Iman jadi AJK Fesko, tahun depan dah intern dan Fesko 2026, InsyaAllah, Iman dah tamat degree, mungkin dah kerja gaji besar kot masa tu, doakan Iman ya acik.




Tahun ini, Fesko UTM 2025 telah berlangsung sejak Jumaat lepas. Malam tadi, baru terrrajin nak pergi. Sebelum ke fesko, pergi makan siap-siap di Padi House. Padi House ni dekat dengan rumah tapi tak sama arah dengan ke UTM. Kiranya, lepas makan di Padi House ni, kami berpatah balik ke taman untuk pergi ke fesko UTM




Sk semalam makan lewat. Ceritanya, semalam kan sarapan nasi goreng jadi lambat lapar. Dah pukul 1, Sk keluar pergi Syurga Dessert beli Loaded Potato dan Laksa Johor. Makan Loaded Potato rasa kenyanglah pulak, Laksa Johor dah balik rumah baru makan. Jadinya, ni Sk teman PI makan jer la sebab masih kenyang makan LJ




Cantik dekorasi dalaman Padi House di Taman Laman Setia ni. Malam lagi cantik ya. Sebelum ni pernah dua kali datang makan siang




Sk makan Roti Bakar dan minum Teh Tarik je. Set ni RM6.99. Belek-belek menu baru perasan harga roti bakar dia mahal sikit dari harga roti bakar di mana-mana kopitiam




PI makan Mihun Goreng. Mihun ada udang dan fishcake. Sotong atau ayam tak perasan pulak ada ke tak




Ni hari tu, Iman bagitahu Kek Lapis Warisan yang terkenal di Kuching, Sarawak, ada buka booth kat fesko. Iman share gambar, dia tahu Sk hantu kek lapis. Tengok harga macam ada beza RM5 dengan harga di kedainya di Sarawak. Tapi okeylah, kan.. tak payah bayar ticket kapalterbang




Esoknya tu, Iman share pulak, booth kek lapis Warisan jual harga promo. Eiii.. saja jer tau. Sk cakap nanti Sk datang, tapi sebab JB asyik hujan jer, Sk suruh Iman belikan aje la




Semalam, Iman hantar gambar dah beli. Sk pun beritahu nak pergi ke sana, terkejut Iman sebab tiber nak datang, kan. 



Suka la dia dapat pow bapak dia lima puluh hinggit. Dia kata, nak beli baju. Asyik beli baju tapi tengok asyik pakai baju yang sama jer. 



Ada gerai Bihun Sup Kedah, excited la PI. Padahal baru makan Mihun Goreng, huhu. Lepas makan, jalan-jalan tengok baju raya yang dah mula dijual di sini. Memang kebanyakan yang datang fesko ni selain cari makanan viral, mereka cari baju raya. Raya empat bulan lagi, kan. 



Sk tapau Hotteok. Tak pernah makan Hotteok inti daging, jadi pesan satu inti daging add on cheese. Add on Cheese kena tambah RM3. Harga normal RM10




Tak sempat dan tak terkeluar suara nak cakap jangan letak sos, mayonis semua ni




Kita kuis ke tepi la sos-sos tu. Sedaplah hotteok ni tapi tu la, kulit dia tak sama rasa macam hotteok yang Sk makan kat Myeongdong Cafe. Nak harapkan macam mana kan, ni kedai hotteok Pak Din bukan kedai hotteok oppa, hahaha. Sk makan dua potong jer, PI tak nak, dia pelik kot dan memang tekak PI ni agak konvensional, huhu. Lagi dua potong nanti panaskan dalam air fryer, malam nanti pulak makan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/makan-di-padi-house-jalan-jalan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 233 hits
Sekitar Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

Jumaat Rezeki Makan Laksa Sarawak Penutupan Perkemahan Ubf Perdana 2025

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 266 hits
Penuh perhatian ketika pembukaan rasmi Program Perkemahan UBF Perdana 2025 SK Penagatan Keningau Sabah Jumaat 07 11 2025 hari penutupan Program Perkhemahan UBF Perdana peringkat SK Penagatan Keningau Sabah Majlis penutupan dilakukan oleh Pe...
Port Santai Pesta Konvo Utm 2025

Port Santai Pesta Konvo Utm 2025

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 168 hits
PORT SANTAI PESTA KONVO UTM 2025 Kadang datang cuci mata je sekali tersangkut lepak panjang dengan member lama Port konvo ni memang lain macam angin rileks vibe fresh sembang pun jadi tak nak stop Gelak besar throwback zaman di opis lama sa...
Sarapan Sa Hari Ini Selasa 18 November 2025

Sarapan Sa Hari Ini Selasa 18 November 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum wrt Selamat pagi kesayangan semua Pagi ni SA lambat skit sampai office 7 45am sebabnya berhenti lama kat station SA kira tadi ada dekat 4 kali gak geram aje semua dalam train mengeluh dah SA turun kat lepas tu macam biasa na...
Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

Pertumbuhan Ahli Kwsp Meningkat Drastik 427 329 Ahli Baru Dalam 9 Bulan Pertama 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 192 hits
Dalam sembilan bulan pertama tahun 2025 KWSP telah menerima 427 329 ahli baru menjadikan jumlah keseluruhan lebih dari 16 5 juta ahli Dari jumlah tersebut 9 07 juta adalah ahli aktif menunjukkan bahawa lebih daripada separuh tenaga kerja Ma...
Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 240 hits
Pos Malaysia Berhad the nation s leading postal and parcel service provider is proud to announce its official partners for Pos Malaysia Run 2025 Malaysia s premier community running event with the theme Jom Laju for Fun The event unites Mal...
Aktiviti Siri Minggu Ke 25 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 15 11 2025

Aktiviti Siri Minggu Ke 25 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 15 11 2025

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 152 hits
15 November 2025 Minggu ini aktiviti Kebun Bandar Villa Puteri memberi fokus khas kepada sang lebah kelulut Pasukan kebun menanam pokok bunga Ixora dan pokok bunga Jambu Kuning sebagai sumber makanan semula jadi untuk lebah kelulut KBVP tur...
Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pengerusi Bernama Ppim 18 11 2025

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pengerusi Bernama Ppim 18 11 2025

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 176 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama delegasi PPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Wong Chui Wai di Wisma BERNAMA Kuala Lumpur Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan sebagai rakan media ...
4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah