Makan Malam Di Bunga 59 Cafe Kuala Pilah


Jam menunjukkan pukul 10:40 malam. Hampir pukul 11:00malam! Masa tu kami dalam perjalanan balik kampung di Segamat. Sebenarnya perut tak lah macam meminta-minta diisi sebab dah makan malam selepas maghrib. Tapi mulut macam nak makan sesuatu. Rasa macam nak mengopi juga. Alasan!
Makanya, kami pun menyinggah di Bunga 59 Cafe yang terletak di Kuala Pilah. Alang-alang dah memang ikut jalan tu. Kita singgahlah kejap. Cafe tutup pukul 11:30 malam. Jadi, dapatlah kami singgah sekejap


Semasa kami sampai, memang tak ada orang dah. Ingatkan cafe dah tutup tapi masih buka. Rezeki kamilah kan. Jadinya hanya kami je lah pelanggan masa tu.

Ambil masa jugalah nak memilih menu dari imbasan QR Code yang disediakan di atas meja. Order kami guna QR code, tapi bayaran kami buat di kaunter pembayaran sebab line internet tak nak bagi kerjasama. Malas pula nak guna wifi kedai. 
Dah dapat order, kami tunggu tak lama sebab tak ada pelanggan lain kan. Sesambil tu boleh lah kita ambil gambar dulu sementara menunggu. Roti bakar sampai paling awal. Paling senang dan cepat disediakan


Roti bakar dipanggang tak berapa nak garing tapi sedap! 2 keping roti bakar dikepit dengan inti butter dan kaya. Kemudian dibelah menyerong dapatlah 2 keping roti bakar dikepit berbentuk segitiga. Makan sorang satu

Lepas tu barulah dua cawan kopi datang seiring sejalan ke meja kami. Saya order caramel macchiato hot dan toffee nut latte. 

Dua-dua customize coffee latte ni memang sedap! Dah biasa order caramel macchiato hot Starbucks dan pernah rasa juga Toffee nut Starbucks frappe. Jadi, kami pilih dua menu ni lah. Nak juga rasa toffee nut versi hot. Rasa dia memang sedap. Itu ikut tekak saya lah.

Suka betul tengok coffee art latte ni. Rasa sayang nak minum. Suka juga menghirup buih buih halus tu. Sedap creamy nyummy.


Selain order roti bakar, saya order chicken chop. Satu makanan ringan dan satu makanan berat. Makan kongsi-kongsi. Kalau order dua dua berat kang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul nak menghabiskan makanan


Ini pun jenuh nak habiskan. Porsi besar kot untuk sepinggan chicken chop ni. Fries dia melampau batas banyaknya. Porsi ayam dia sederhana sahaja. Ayam dia rangup, juicy, lembut dan masak sekata. Sedap

Fries ditaburi dengan mixed herbs kot kalau tak silap lah. Sos black pepper dia saya suka, sedap cuma kurang pedas black pepper. Tapi masih sedap lah bagi saya


Disediakan air sejuk. Tak pasti disediakan percuma atau berbayar. Awas ya adik-adik, disini tak boleh main lato-lato. Jangan biarkan barista tersakiti


Ini hasil memotret sementara menunggu makanan. Dekorasi kedai yang menarik. Tema rustic vintage macam style rumah kayu kampung lama gitu. Dihiasi pula dengan pelbagai jenis tanaman bunga dan dedaunan kehijauan sedap mata memandang. 

Ruang cafe yang luas dan selesa. Jarak meja pun jauh-jauh, barulah rasa privasi dan lebih selesa kan. Masa kami masuk, tak tahu nak pilih nak duduk di mana. Semua sudut nampak menarik. Setiap ruang, setiap meja kerusi ada keunikannya


Saya pilih duduk di meja rustic ada biru-biru sikit ni. Nampaklah vintage dia


Tak lepaskan peluang untuk ambil gambar pasu bunga kucing yang comel ni. Comel bukan



Tak berlamaan supper disini. Faham mereka nak cepat tutup cafe menanti kami siap makan. Kami pun nak cepat sampai di kampung. Lepas bayar di kaunter, terus kami beredar. Total semuanya RM44 seingat saya

Lain kali nak repeat datang sini sebab macam nak mengopi dan cuba fish n chips pula. Cafe yang menarik dan hidangan pun sedap-sedap.

Sebelum ni balik kampung kita lalu je. Nampaknya lepas ni akan rajin menyinggah kalau balik kampung. hihi..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/08/makan-malam-di-bunga-59-cafe-kuala-pilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

Makan Malam Nasi Lemak Di Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 316 hits
Restoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruRestoran Nasi Lemak Wanjo Kampung BaruNasi Lemak Wanjo ni antara nasi lemak yang famous la di Kampung Baru Kuala Lumpur ni Sebenarnya ada dah pernah try nasi lemak wanjo ni sebelum ni masa tu aku datang...
Makan Malam Di Waronk D Tasek Seremban

Makan Malam Di Waronk D Tasek Seremban

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 370 hits
Lepas settle bagi hadiah dan kononnya nak pergi menjamu selera di Richiamo Coffee di Cattleya Senawang Sebab haritu kecewa semua cawangan tutup masa nak sambut Sekali tutup daa Lewat dah kot pukul 10 lebih Richiamo Coffee tutup pukul 10 rup...
Makan Di Greentown Dimsum Cafe

Makan Di Greentown Dimsum Cafe

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum WBTCERITA Ipoh belum habis lagi la meh kita sambung SELEPAS makan tengahari di sebelum balik ke Sk mengajak Pak Inche mengopi dahulu Hurmm macam tak kenyang kenyang ek Sebenarnya bukan tak kenyang dan bukan jugak lapar saja ...
Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

Jom Layan Kopi Di Cafe Dua Darjat Pasar Seni Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 268 hits
cafe Dua Darjat cafe Dua DarjatCafe Dua Darjat yang aku beli coffee ni terletak di Pasar Seni bukan dalam Pasar Seni tu korang kena pergi ke pintu belakang Pasar Seni Dua Darjat Cafe tu ada di situ Aku tak past la pulak kenapa nama dia dua ...
Jalan Jalan Ke Majestic Johor Festival 2023 Makan Di Mana Cafe

Jalan Jalan Ke Majestic Johor Festival 2023 Makan Di Mana Cafe

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum WBTTAK sempat nak pergi MAJESTIC JOHOR Festival 2022 yang dengarnya begitu meriah Sebelum tahun 2023 ni pun tak sempat pergi jugak Sk ajak Pak Inche ke sana malam tadi Ni pasal Iman la mengajak tak sampai hati pulak nak tola...
Sarapan Pagi Semalam Di Kuala Pilah

Sarapan Pagi Semalam Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum Hi uolls selamat berhari minggu selamat bekerja kepada yang bekerja semalam SA bawak PZ dan MP serta adik no 3 anak beranak of course Dania sekali sarapan kat Kuala Pilah Pergi dh pukul 9am gerak dari rumah lambat skit sampa...
Sri Pahang Fc Mudah Benamkan Kelantan United 5 1 Dekat Kota Bharu Malam Tadi

Sri Pahang Fc Mudah Benamkan Kelantan United 5 1 Dekat Kota Bharu Malam Tadi

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 153 hits
KOTA BHARU Sri Pahang menepati ramalan apabila mudah membenam Kelantan United 5 1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad kembali merakam kemenangan sele...
Kopi Lohan Hari Hari Malam Jumaat

Kopi Lohan Hari Hari Malam Jumaat

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 248 hits
Kopi khas malam jumaat KHAS UNTUK SUAMIMinum 1 jam sebelum anda bersama isteriTidak sesuai untuk minuman harian Hanya ambil ketika ingin bersama isteriMemberi ketegangan dan keras lebih dari biasaDijamin berkesan dan tiada kesan sampinganRu...
Pagi Petang Siang Malam Minum Teh Tarik Teh Ais Lelaki Kongsi Punca Kaki Dipotong Menyesal Tak Jaga Pemakanan

Pagi Petang Siang Malam Minum Teh Tarik Teh Ais Lelaki Kongsi Punca Kaki Dipotong Menyesal Tak Jaga Pemakanan

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 150 hits
MAISARAH AISYAAda sebab doktor menyarankan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan gula ini kerana kebimbangan terhadap penyakit kencing manis Apatah lagi bila mempunyai masalah kencing manis kronik pesakit perlu berjaga jaga agar tidak ...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm