Makan Di Nasi Bamboo Sungai Klah


 Assalamualaikum wbt
RAMAI yang dah kembali ke pangkal jalan nampaknya pagi ni. Ada yang sudah masuk pejabat tapi tentu masih ada yang menyambung cuti mengambil kesempatan sempena cuti sekolah. Tak silap, cikgu kesayangan ramai di LD nun pun sedang berada di luar kawasan, kan. Tak gitu, Kak Amie? Hihi.
Sk juga masih menyambung cuti sepertimana yang Sk beritahu semalam, Sk berada di Kuala Lumpur. Tak puas katanya makan Nasi Kandar dan jalan-jalan ke Penang hari tu, jadi Pak Inche ajak ke sana lagi. Hurmmm.. macam dekat aje, kan. Jauh bukan halangan tapi yang tak larat mengadap kesesakan. Semua orang pun ambil kesempatan long weekend minggu ini, kan.. dengan cuti sekolah lagi, hadap sajalah, nak sangat kan 😆

Kali ni, Sk ajak Cikwa sekali. Lama dah tak jalan-jalan dengan Cikwa. Sejak kena tukar jabatan ni, Cikwa busy sokmo, banyak job dan selalu kena bertugas di luar kawasan. Selalunya, jika hendak ke utara, dari Johor kami akan transit di Bidor tapi kali ni, itinerary lain sikit. Kami tidur di KL sebab nak singgah makan di  Nasi Bamboo Sungai Klah. Ni pasal tak dapat makan masa ke Ipoh sebelum puasa tu la.. asyik berzikir nak makan NBSK. Kalau tidur di Bidor, kena patah balik jika nak makan di Sungkai


Walaupun ramai, tapi barisan bergerak. Tak beratur 1 kilometer kira okeylah, kan. Keluar rumah pukul 10,sepatutnya waktu perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja tapi pukul 2.40 petang, baru keluar tol Sungkai


Iman volunter untuk berbaris mengambil lauk-pauk bakar. Jadi, kami berpecah. Sk dan Pak Inche ambil lauk-pauk dan nasi manakala Iman dan Cikwa ke bahagian bakar-bakar. Mujurlah kali ni selepas ambil lauk-pauk tu, terus boleh ambil nasi di kaunter bayaran. Terdapat dua pilihan nasi iaitu nasi bamboo dan nasi bakar berserunding. Lauk pilihan kami, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Daging, Lemak Labu dan Pucuk Manis, Kuah Kari, Ikan Gelama Kering dan dua set ulam berserta sambal belacan termasuk empat nasi bamboo dikenakan RM40


Iman ambil dua set kambing bakar, seekor ikan talapia bakar sambal dan satu set ayam bakar (dua ketul), semuanya RM58. Kemudian Iman beli Air Mata Kucing satu jug, RM10.60


Makan dengan penuh selera walaupun dah kenyang jugak makan jem, hahahah


Alhamdulillah, semua masakan tidak mengecewakan


Walaupun orang ramai tapi meja banyak. Orang sebelah meja kami bagi nasi buluh seketul, semoga Allah swt limpahkan rezeki dan memberi keafiaatan kepadanya sekeluarga, Amiiinnnn YRA

Cara ke sini, waze sahaja Nasi Bamboo Sungai Klah.. mesti sampaiiii




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/makan-di-nasi-bamboo-sungai-klah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Nasi Lemak 223 Kwai Chai Hong

Makan Nasi Lemak 223 Kwai Chai Hong

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum wbtSEJAK dari mula agenda makan di Nasi Lemak 223 telah dimasukkan dalam itinerary JJCM semasa Cuti Hari Keputeraan YDPA Kononnya sampai jer KL tu nak ke sini dulu tapi disebabkan kami sampai terlalu lewat melebihi jam 1 pag...
Soyou Kongsi Hanya Makan Beberapa Sudu Nasi Sewaktu Awal Debut

Soyou Kongsi Hanya Makan Beberapa Sudu Nasi Sewaktu Awal Debut

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 136 hits
Soyou SISTAR yang baru baru ini secara terbuka berkongsi tentang perjuangan perit yang terpaksa dihadapinya ketika menjadi baru ingin menjadi idola yang aktif pada awal debut Dalam program hiburan MBN Spa cation not Hotel cation Soyou berbu...
Jalan Jalan Cari Makan Terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas

Jalan Jalan Cari Makan Terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 293 hits
Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan Lepas Restoran Nasi Kandar Makbul Batu Maung Bayan LepasPlan asal aku nak pergi bawa anak anak ke Akurium Tunku Abdul Rahman dekat Batu Maung Tapi sebelum nak masuk akuarium tu cari dulu la makan...
Hiburan Dia Pegang Dagu Suap Tetamu Dihidang King Crab Shell Out Tapi Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Banyak Cili

Hiburan Dia Pegang Dagu Suap Tetamu Dihidang King Crab Shell Out Tapi Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Banyak Cili

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 171 hits
Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng Nasi itu tiak banyak Lepas itu saya nampak Siti Bainun letak sejumlah cili yang telah dipotong Itu kata saksi ke 8 pihak pendakwaan Pegawai Penyelidik Undang Undang di sebuah firma guaman Su...
Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Sejumlah Cili Yang Banyak Oleh Siti Bainun Saksi Kelapan

Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Sejumlah Cili Yang Banyak Oleh Siti Bainun Saksi Kelapan

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 158 hits
Saksi pendakwaan kelapan kes remaja Sindrom Down Bella iaitu Suhana Zam 40 mendakwa mangsa penderaan itu disuap secara paksa sepinggan nasi goreng bersama jumlah cili yang banyak oleh Siti Bainun Ahd Razali nbsp Suhana berkata demikian keti...
Pasar Chowrasta Makan Nasi Kandar Ramli Pekan Lama Lagi

Pasar Chowrasta Makan Nasi Kandar Ramli Pekan Lama Lagi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum wbt BELUM habis lagi cerita masa Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong Isnin lepas Walaupun cuti dalam negeri aje tapi memang berbaloi baloilah penatnya Sebenarnya bercuti ni seronok yang tak seronoknya nak menempuh perj...
Makan Nasi Kandar Imigresen

Makan Nasi Kandar Imigresen

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum wbtTAK puas hati makan Nasi Kandar Hameediyah masa lepas kata orang dua beranak ni Bila jadik aje rancangan ke Penang ni tiap malam ya melayan dua beranak ni mencapai keputusan nak makan di kedai nasi kandar yang mana Tak me...
Sambal Ikan Bilis Dan Nasi Lemak Menggunakan Noxxa

Sambal Ikan Bilis Dan Nasi Lemak Menggunakan Noxxa

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum semua telah lama saya tidak bersiaran kerana mengikuti geng alumni untuk program jalan jalan cari makan di Muar Pontian dan Johor Bahru sambil menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat kami Datuk Haji M Khairi dan Datin Mai...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Stop Mistreatment Of Sosma Detainees

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia