Makan Di Krabi Seafood


 Assalamualaikum wbt
TIBA-TIBA, sebelum tengahari tadi, ada bunyi guruh yang kuat. Terperanjat Sk dibuatnya, sebab duduk dalam pejabat, tak nampak cuaca di luar. Semalam, ada baca ramalan cuaca tentang hujan dan ribut petir yang akan melanda lima negeri termasuklah Johor. Rupanya, kejadian ribut petir dan hujan tu berlaku hari ini. Masa pergi kantin tadi pun, hujan renyai, kalau berlama-lama, basah juga. Kenalah lari-lari sikit walaupun berat, hahaha.
Masa Hari Bapa tuari, Pak Inche ajak makan di Krabi Seafood yang sedang viral kerana ada promosi Grand Opening cawangan baharu Bandar Dato Onn. Tapi, kami terpaksa tolak cadangan Pak Inche sebab Sk dah buat tempahan di The Grand by Adam's Kitchen. Tu yang dia ghisau beno kalau kami bawa ke kedai tomyam cincai-cincai, hahaha. Jadi, semalam, kami layankan sajalah permintaan dia, lalu kami ke cawangan Krabi Seafood  BDO yang berdekatan Aeon BDO. Masa kami sampai, boleh tahanlah meriahnya., restoran penuh sehingga mereka meletakkan meja dan kerusi di atas jalan tar bersebelahan restoran yang memisahkan dengan blok bersebelahan. Kalau pandang ke arah lorong tu, dah rupa kedai mamak pun ada. Tapi, bila lihat restoran, terus rasa, wow! Restoran nampak ekslusif dengan dinding kaca, macam cafe hotel tapi harga kaki lima kerana masih ada harga promosi sehingga 28 Jun 2022 ini.

Ganas betul tukang hantar makanan ke meja kami ni, main campak-campak jer pinggan lauk atas meja, hahaha. Sk rasakan, kalau kami ni cerewet, mesti dah 'sound', boleh letak elok-elok tak? Tapi, kami sabar jer la.. takut nak tegur benonya, hahaha. Harga promosi siakap, RM18 seekor. Pak Inche pesan dua ekor siakap terus, seekor dimasak mengikut kegemaran dia sendiri iaitu Siakap Kukus Limau manakala seekor lagi ikut selera permaisuri dan puterinya, Masak Tiga Rasa


Siakap Masak Tiga Rasa. Mudah nak makan sebab dorang dah kelar badannya. Sos Tiga Rasanya okay la, tak terlalu sedap dan bukan tak sedap langsung. Ikannya pun tidaklah kecil sangat walaupun cuma RM18. Isinya tebal, bukan jenis buat promo tapi bagi siakap yang bila digoreng, tulang lagi besar dari isi, hihi


Siakap Kukus Limau. Rasa biasa-biasa aje, kena bagi manis dan pedas sikit, baru sedap betul.  Sos limau agak sejuk, agaknya dia dah masak banyak-banyak, tinggal siram aje dan cuma dihantar dalam pinggan hidang besi, tak ada tungku berapi macam biasa makan di kedai tomyam. Agaknya tungku tu tak cukup kot sebab sebelumnya Sk nampak pelanggan meja dekat tar tu, ikannya dihidang atas tungku

Tapi, agak berbaloi jugaklah, kedua-dua ikan ni cuma perlu bayar RM36. Biasanya, kalau di Restoran Senoko, seekor berharga RM38. Masa makan di Adam's Kitchen hari tu, harga Siakap Stim Hong Kong tu, RM48. Sk juga masih ingat, kami pernah makan di sebuah restoran tu, siakapnya RM60 sampai terkejut badak Sk sebab masa tu belum zaman socmed lagi. 

Tomyam Seafood, boleh laaa. Agak ketara la rasa pes tu dan tidak disesuaikan rasa masam, manisnya .  Iman kata, tomyam yang babah masak hari tu, lagi sedap. Aik, bila masa babah masak tomyam??? Tu, bonda laaa yang masakkkk. Babah tukang sibuk jer, hehe


Sotong Goreng Tepung, asal boleh... hahaha. Renyah nak goreng tepung sotong ni, kalau kasar-kasar, tepung ke mana, sotong ke mana


Minta Baby Kailan Goreng Oyster, tapi diberi masakan goreng ikan masin. Tak boleh nak salahkan dia sebab dalam menu memang tak ada tulis goreng oyster tu. Bagi Sk, sedap baby kailan di sini dari yang makan masa kat Adam's Kitchen tuari


Tidak ketinggalan, tentulah telur dadar. Lupa nak ambil gambar sambal belacan. Sambal belacan sedap, pedas.. memang sedap sambal belacannya


Dalam facebook Krabi Seafood, telah diberitahu, KS tidak lagi menerima tempahan meja awal kerana nak beri laluan kepada mereka yang walk-in. Betul, macam tulah lebih adil. Kesian kadang kami yang walk-in ni kena tunggu meja, kalau yang tempah tu datang tepati masa tu tak apalah juga, kan. Oh, masa menunggu tu, ada juga bau bakar-bakar, rupanya ada Bawal Bakar, juga berharga RM18 seekor


Rasa terkilan pulak tak buka buku menu tu. Rupanya ketam pun ada promo, RM20, empat ekor. Pak Inche yang belek buku menu pun kata, dia tak perasan. Lagipun agaknya, kami ni memang jarang nak pesan ketam setiap kali makan di kedai, jadi belek makanan yang biasa kami makan aje. Lagipun, masa Pak Inche nak belek menu lagi, Sk cakap, cukup-cukup, nanti tak muat meja, hahaha. Bukan apa, nanti, Sk jugak yang menjadi majlis bandarannya. Sebab tak ambil ketam, Sk kurang pastilah besar mana ketamnya tu, kan. Kalau ketam kecik, ada isi, okeylah kan, jangan kulit aje, hihi. Ke... kena datang lagi pesan ketam pulak??? Sk juga kurang pasti sama ada, ada had pembelian atau tidak. Selain  ni, ada banyak lagi set sehingga 15 orang makan dengan harga yang agak berbaloi. Untuk maklumat lanjut, bolehlah cuba telefon nombor yang tertera dalam gambar


Lupa ambil gambar restoran, kita salin dan tampal dari facebook. Selain Krabi Seafood ni, banyak restoran dan kafe lain yang juga masih baru. Hati dah mula tertarik dengan sebuah kafe dan restoran tu, tapi lori gaji dalam perjalananlah pulak, hahahaha.. hahahaha

Krabi Seafood

31, Jln Perjiranan 4/4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan :
Setiap hari 3 petang hingga 11.50 malam
No Telefon : 017-787 9764

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/makan-di-krabi-seafood.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Makan Lele Yang Diberi Makan Bangkai Ayam

Hukum Makan Lele Yang Diberi Makan Bangkai Ayam

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 180 hits
Hukum Makan Lele yang Diberi Makan Bangkai Ayam Pertanyaan Bismillah Afwan ustadz mau nanya terkait budidaya lele yang diberi makan bangkai ayam kan jatuh hukum hewan jalalah kepadanya Butuh berapa lama masa karantinanya Apakah disamakan 3 ...
Ahmad Dhani Dijamu Makan Gubernur Pensiunan Jenderal Tni Sosoknya Tak Sembarangan

Ahmad Dhani Dijamu Makan Gubernur Pensiunan Jenderal Tni Sosoknya Tak Sembarangan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 187 hits
Musisi Ahmad Dhani dijamu makan bersama oleh seorang gubernur pensiunan jenderal TNI Sosoknya bukan orang sembarangan Siapakah dia Simak ulasannya berikut ini
Pasar Chowrasta Makan Nasi Kandar Ramli Pekan Lama Lagi

Pasar Chowrasta Makan Nasi Kandar Ramli Pekan Lama Lagi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum wbt BELUM habis lagi cerita masa Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong Isnin lepas Walaupun cuti dalam negeri aje tapi memang berbaloi baloilah penatnya Sebenarnya bercuti ni seronok yang tak seronoknya nak menempuh perj...
Merancang Untuk Hamil Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik Baru Mudah Lekat

Merancang Untuk Hamil Ini Waktu Sesuai Makan Asid Folik Baru Mudah Lekat

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 342 hits
Asid folik adalah suplemen vitamin B yang digunakan untuk mencegah kecacatan tiub saraf semasa kehamilan Tetapi adakah waktu sesuai makan folic acid pagi atau malam Ketahui cara selamat dan betul untuk mengambilnya Apa itu asid folik Sebelu...
Makan Tengahari Di Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung Perak

Makan Tengahari Di Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung Perak

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 324 hits
Restoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung PerakRestoran Seri Ilham Setiawan Seri Manjung PerakAntara tempat makan tengahari yang best di Seri Manjung ni korang boleh try di restoran Seri Ilham Setiawan yang teletak di Seri Manjung Perak Res...
Comment On Hari Ke 3 Pkpd Seremban Bersenam Dan Jaga Makan By Hari Ke 7 Pkpd Seremban Webinar Dan Injured

Comment On Hari Ke 3 Pkpd Seremban Bersenam Dan Jaga Makan By Hari Ke 7 Pkpd Seremban Webinar Dan Injured

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 141 hits
tak ada yang serius la Macam yang aku kata masa hari ke 3 PKPD dulu Aku tak boleh sakit Hospital dah penuh dengan
Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

Wanita Terkilan Dimaki Pemilik Kedai Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 250 hits
Sejak kecil lagi setiap orang diajar untuk saling menghormati sesama manusia tanpa mengira latar belakang seseorang Namun tidak semua orang masih mengamalnya pada hari ini terutama dari gaya pertuturan sehingga terguris perasaan seseorang A...
Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 181 hits
Makan Malam Dengan Sate Dan Siakap 3 Rasa Makan malam yang agak lewat sebab pergi gunting rambut si bongsu dulu esok hari sabtu dah nak kena balik asrama Jam dah pukul 9 00 malam pun restoran masih penuh dengan orang Almaklum hari cuti huju...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik