Makan Sup Gear Box Di Twin Cafe Sup88
Assalamualaikum WBT
SELEPAS Menziarah kak di Hospital Sungai Petani (Hospital Sultan Abdul Halim), Pak Inche tanya, nak makan Noor Mee Sotong di Butterworth atau nak makan Bihun Sup di Simpang Ampat? Kedua-dua lokasinya di Pulau Pinang. Kalau dah makan Mee Sotong, di mana pulak nak sumbat Bihun Sup. Ini bukannya pasal 'biar menyesal makan dari menyesal tak makan' tapi takut kalau jadi 'orang tamak selalu rugi'. Lagipun, baru hari tu makan Mee Sotong kan.. Noor Mee Sotong tu pun dah selalu pergi, tak pa la, kali ni kita pergi makan Bihun Sup kat Simpang Ampat pulak sebab tak pernah pergi.
Tulang belakang rancangan JJCM Blog Alam Sari di Tanah Jauhar, tentunya Pak Inche. Pak Inche kata, nak makan Sup Gear Box di Twin Cafe Sup88. Seingat Sk, banyak kali dah kami ke gerai-gerai yang menawarkan Sup Gear Box tapi setiap kali tu, katanya tak ada stok gear box. Ni kalau tak ada juga, jaga! Hahaha. Tapi, duduk jer kat meja, nampak sup gear box kat meja orang sebelah.
Staf datang ambil pesanan dan memberitahu Sup Gear Box datang dalam tiga saiz iaitu M, L dan XL. Saiz L macam meja orang sebelah ke? Tanya Sk. Ya.. haaa.. ambillah saiz L jer, tu pun nampak dah besar sangat. Atas meja ada dua jenis sambal iaitu sambal cili merah dan sambal kicap. Selain tu ada cili padi jeruk.. taip ni boleh telan-telan ailio teringat kesedapan cili jeruk tu, hahaha. Selain dari Sup Gear Box, Pak Inche pesan semangkuk Bihun Sup manakala Sk lebih menggemari kuey teow. Kami juga minta isi campur.
Sekali, bila dihantar ke meja.. amek kauuu! Besar gedabak mangkuk kuey teow, mampu ke nak menghabiskan semangkuk tu dengan gear box sekali, hahahaha
Sup Gear Box Saiz L RM50
Muka ada sinyummm.. akhirnya dapat jugak Sup Gear Box yang diimpi-impikan
TwinCafe Sup88 ini diusahakan oleh sepasang adik-beradik kembar seiras. Sup daging terutamanya sup gear box turbo adalah hidangan istimewa kedai ini. Resepi yang digunakan adalah resepi bapa mereka sejak tahun 1988. Sup daging ini dimasak dan direneh selama 4 jam setiap hari dengan menggunakan pelbagai jenis rempah-ratus segar sehingga rasa daging lembut pekat pada sup. Minum panas-panas, memang sedap. Boleh tambah juga bihun atau mi. (dipetik dari fb page Twincafe Sup88)
Bihun Sup Campur dan Kuey Teow Sup Campur, RM17 setiap satu
Sepatutnya, staf yang ambil pesanan tu, boleh bagi cadangan hidangan bila kami ambil sup gear box tu kan. Contohnya, cadangkan kami ambil bihun atau kuey teow sup biasa, tak perlu campur sebab nanti nak makan gear box tu pulak, kan. Sk pernah tau, makan di sebuah Seafood Restaurant, staf dia tak bagi ambil lauk lagi sebab dia kata, dah banyak.
Sup dia memang sedaplah di tekak kami. Dagingnya lerai dan lembut menggedik-gedik, hahahaha. Sk fikir balik, sepatutnya tadi pesan nasi putih aje atau nasi goreng makan dengan sup
Dalam pada tu, wassalam jugaklah gear box tu! Tak hairanlah pelanggan tak putus-putus datang dan pergi kerana masakan di sini memang sedap
Nampaknya motto eat clean tak dapat dilaksanakan kali ni. Sk surrender! Hahahaha. Cuma habiskan isi-isi daging dan segala urat tu jer.
Twin Cafe Sup88
2B, Jalan, Taman Puteri Gunung,
14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali cuti umum
11.30 pagi hingga 6.30 petang
No Telefon : 019-317 3077
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/makan-sup-gear-box-di-twin-cafe-sup88.html