Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju


Lunch Di Jombali Aeonbig Wangsa MajuIkutkan perancangan awal lepas selesai urusan beli barang dapur di Aeonbig nak lunch makan Nasi Arab tapi terpaksa tukar rancangan lunch di Jombali. Tempat kami suka dan biasa makan Nasi Arab adalah dekat Restoran Qasar Balqis di Taman Melati. 
Oleh sebab pagi tu dah breakfast yang ringan-ringan dan simpan perut untuk makan nasi untuk lunch jadi gigih bertahan sepanjang shopping. Tengah sibuk pilih barang, hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksa tukar rancangan sebab nak elak redah hujan. 
Aeonbig Wangsa Maju memang jadi antara destinasi aku beli barang dapur sebab selesa, dan harga mampu milik. 
Kalau berdua je dengan suami masih okay lagi, tapi kasihan nak bawa anak-anak dalam hujan. Hujan bercampur guruh, bertambah seram nak keluar. Terpaksalah cari makan dalam Aeonbig. Susah juga nak buat pilihan sebab kami nak elak makan fast food.

Pilihan Restoran Dalam Aeonbig Wangsa MajuSelain foodcourt (pilihan makanan agak limited), kedai makan yang ada ialah Jombali, meow meow café, KFC, McDonald's, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Ramly Halal Kiosk, Dunkin' Donuts, Subway, Makan Culture dan Paradise Reyan (makanan Arab). 
Kami dah pernah makan di restoran Makan Culture sebelum ni, malangnya kami kurang berpuas hati. Tapi Restoran Makan Culture di Melawati Mall tak dinafikan sedap sebab aku pernah makan masa tahun 2018. - Makan Culture Melawati Mall


Makan di Restoran JombaliAkhirnya kami pilih makan di Restoran Jombali. Sebelum ni kami pernah makan disini tapi waktu tu Jombali berada di tingkat atas berdekatan restoran The Chicken Rice Shop. Sekarang dia dah tukar lokasi bersebelahan dengan Ramly Halal Kiosk, menggantikan restoran Sushi King. 
Alhamdulillah syukur sangat tak salah buat keputusan. Apa yang best dekat sini ialah portion makanan dia banyak, satu pinggan tu boleh dikongsi dua orang. Rasa pun sedap. Bahan-bahan dia guna segar, terutama sayur-sayuran. 
Waktu kami sampai restoran memang penuh dengan pelanggan, walaupun begitu waktu penyediaan makanan dan makanan sampai ke meja kami tidaklah ambil masa begitu lama. Lebih kurang 15 minit macam tu. 
Dari segi menu pula, banyak betul pilihan yang ada. Kami makan Chicken Spaghetti Carbonara yang cukup lemak berkrim, Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop, dan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce. Air kami pilih Teh Tarik Ais dan Ribena Lychee. 





Anak-anak memang suka Spaghetti Carbonara dekat sini sebab sos dia cukup rasa lemak, banyak mushroom dan spaghetti pun elok el dente. Teringat pengalaman sertai pertandingan memasak Laksa Seafood guna pasta. Chef beri pujian sebab aku berjaya rebus pasta dengan betul. 
Ikut selera orang Itali, pasta dan nasi harus dimasak sehingga mempunyai tekstur sedikit keras di tengah-tengah ketika anda memakannya. Al dente adalah tekstur yang segar.





Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop pun sedap. Chicken chop digoreng rangup, tak lebih tepung dan paling penting tak dibanjiri minyak. Suami makan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce dan kena dengan selera beliau. 
Sos Milky tu agak manis tapi sesuai dimakan bersama ayam goreng, jadi balance rasa dia bila dikunyah sekali dengan nasi. Kalau nak pedas boleh minta cili potong. 




Salute kepada chef dia sebab masakan dia tak mengecewakan. Walaupun menu banyak pilihan, tapi boleh hasilkan makanan yang sedap dan kualiti terjaga. Confirm aku akan repeat lagi. 


KesimpulanSemestinya makanan yang sedap dan tempat berbaloi untuk dicuba pasti aku kongsi dengan pembaca blog. Jadi aku berbesar hati nak kongsi pengalaman aku makan di Jombali dengan korang juga. Apa pun, segala pendapat di atas berdasarkan pendapat peribadi mak anak tiga. 
Bawa anak kecil banyak faktor harus difikirkan. Tempat selesa, pilihan makanan, kebersihan dan customer service bagus pastinya akan jadi tempat kegemaran kami sekeluarga. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/11/makan-di-jombali-aeonbig-wangsa-maju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ice Cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1

Makan Ice Cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 291 hits
Makan Ice cream Baskin Robbins Free Dan Air Baskin Robbins Buy 1 Free 1 Alkisah semasa kisah ni Travel Secara Tak Sengaja kami kan merantau dan highway dah jadi tempat persinggahan kami Masa dalam perjalanan ke JB kami singgah di RnR Simpan...
40 Cerita Pasal Makan

40 Cerita Pasal Makan

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 250 hits
1 Paling sedap makan free2 Paling mahal makan angin3 Paling pahit makan hati4 Paling lama nak pencen makan gaji5 Paling susah makan pasir6 Paling celupar makan penampar7 Paling terkesan makan dalam8 Paling sikit makan tepi9 Paling best maka...
Cara Masak Kerabu Maggi Thai Sedap Untuk Makan Malam

Cara Masak Kerabu Maggi Thai Sedap Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 280 hits
Kerabu Maggi Thai menggunakan mi segera siam ni memang sedap Ia mempunyai rasa yang berbeza berbanding jenama mi segera yang lain Teksturnya yang tidak terlalu kembang dan lembik menjadikan sajian Kerabu Mi Segera menjadi sangat sedap Teras...
Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 477 hits
Roti Beluda merupakan sejenis kuih tradisional yang terdapat di Terengganu Beluda ini dikatakan berasal dari hidangan istana Berbeza dengan roti paung roti beluda dibakar di dalam tin susu Namun menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli d...
Sarapan Sandwich Sedap Isi Padat Puas Makan Area Klang

Sarapan Sandwich Sedap Isi Padat Puas Makan Area Klang

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 642 hits
hai assalammualaikumSarapan Sandwich Sedap Isi Padat Puas Makan Akhirnya dapat juga makan sadwich yang sepupu nad buat ni Dia jual juga sandwich ni jadi nad pun beli nak rasa Selalu nampak sepupu nad ni post sandwich dia dekat whatsup story...
Makan Makan Di Restoran New Hollywood Ipoh

Makan Makan Di Restoran New Hollywood Ipoh

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum SEPERTI dijangka panjang orang beratur semasa kami sampai di Hari cuti kan bertabah ajelah ikut sama beratur Tu tak apa tiga kali berpusing cari tempat letak kereta Mujur Iman minta turunkan dia dulu untuk beratur masa kami ...
Tempat Makan Menarik Di Langkawi Wajib Singgah Cuba

Tempat Makan Menarik Di Langkawi Wajib Singgah Cuba

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 557 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI Seperti yang anda sedia maklum baru baru ini aku ada bercuti di pulau lagenda yang terletak nun jauh di utara Malaysia Percutian selama 6 hari 5 malam ini termasuklah ke be...
Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

Kek Pandan Santan Ni Makan Berkali Pun Tak Rasa Muak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 353 hits
Petang begini teringin pula nak makan kek Tapi bukanlah kek ising nak kek yang biasa Nak cuba buat kek pandan santan ni ikut resipi ni Boleh juga jamu untuk minum petang nanti selebihnya boleh beri pada jiran Rasa pandan pada kek ni tak aka...
Makan Nan Cheese Ayam Tandoori Bismi Curry House

Makan Nan Cheese Ayam Tandoori Bismi Curry House

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum PETANG semalam tetiba Cikwa kata jom makan Nan Cheese dekat kedai rumah Uda Uda tu Sk la Mula ingatkan Cikwa nak makan di Said Alwi yang terletak di Pulai Perdana Sk beritahu dah lama tak makan di sana tak tahu masih ada ata...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global

Rupiah Tertekan Sentimen Global Investor Pantau Data Inflasi As

Wanita Malaysia Dijadikan Bank Untuk Buat Pelbagai Pinjaman Lepas Kahwin Dengan Warga Asing