Tempat Makan Menarik Di Langkawi Wajib Singgah Cuba


Assalamualaikum dan salam sejahtera

TEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI | Seperti yang anda sedia maklum (kalau tak dimaklumkan pun tak apa), baru-baru ini aku ada bercuti di pulau lagenda yang terletak nun jauh di utara Malaysia. Percutian selama 6 hari 5 malam ini termasuklah ke beberapa lokasi tempat makan menarik yang aku rasa patut diketengahkan untuk pengunjung datang

Disebabkan pandemik yang berlaku, ramai peniaga dan pengusaha restoran yang terkesan apabila perniagaan tidak dapat dibuka serta jumlah pelancong yang datang ke pulau ini sangat kurang. Alhamdulillah apabila Langkawi dibuka kepada pelancong, saban hari pelancong dan pengunjung kian meningkat dan pengusaha restoran dapat menarik nafas lega degan kedatangan pelanggan yang semakin ramai

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH BILA DATANG KE LANGKAWI

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}

Baiklah, terimalah senarai tempat makan menarik di Langkawi yang anda wajib singgah (tidaklah wajib, cuma sekadar penegasan dan hiperbola penulis) sekiranya anda bercuti di pulau yang indah ini

NASI DAGANG PAK MALAU


Antara lokasi popular untuk makan di Langkawi adalah restoran Nasi Dagang Pak Malau. Terletak berdekatan dengan Kota Mahsuri, restoran ini menawarkan menu yang cukup popular di pantai Timur iaitu Nasi Dagang

Bukan sahaja juadah yang dihidangkan sangat sedap dan menyelerakan tetapi suasana dan pemandangan di restoran ini juga sangat indah. Berlatar belakangkan sawah padi yang terbentang luas serta jajaran gunung yang indah di Langkawi ini. Jangan lepaskan peluang untuk datang dan singgah untuk mencuba menu sambil mengambil gambar kenang-kenangan di sini

LOKASI : No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi, Kedah, MalaysiaHUBUNGI : Nasi Dagang Pak Malau

NELAYAN KUBANG BADAK CAFE


Okay, sekiranya anda menyertai Kubang Badak Bio Geotrail dimana anda akan dibawa melihat 12 geotapak menarik (akan diceritakan dalam artikel lain), aku syorkan untuk anda makan tengah hari di Nelayan KB Cafe

Setelah penat melihat dan melawat lokasi menarik menaiki bot, mendaki bukit dan sebagainya, semuanya akan hilang setelah melihat makanan kampung yang sangat sedap. Kalau di Kuala Lumpur dan bandar pasti sukar nak dapat makanan kampung macam ni, dengan ulamannya, serta lauk beronok. Pernah makan ke tidak beronok ni

LOKASI : Jeti Kubang Badak 07000, KedahHUBUNGI : 017-5097589
WARUNG UPIH IKAN BAKAR SEAFOOD 


Pantai Cenang dan Pantai Tengah merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong tempatan dan pelancong luar negara untuk bersiar-siar, membeli-belah dan sebagainya. Bila datang ke sini, anda jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbenam dimana pendapat aku sendiri, pemandangan matahari terbenam di sini adalah paling cantik dan indah

Okay, sementara menunggu matahari terbenam, anda bolehlah makan dan memesan makanan di sebuah restoran yang terletak di Pantai Tengah ini iaitu restoran Warung Upih Ikan Bakar Seafood. Anda boleh makan makanan seperti ikan bakar, tomyan dan pelbagai lagi. Masakan Thai disini adalah terbaik kerana tukang masaknya berasal dari sana

Sementara menunggu makanan sampai, anda bolehlah melihat dan bersiar-siar ditepi pantai. Makan malam di tepi pantai juga adalah pengalaman yang menarik, disamping pemandangan matahari terbenam yang sangat indah

LOKASI :  Charlie Motel, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, MalaysiaHUBUNGI : Warung Upih
SELERA LUBUK BUAYA


Satu lagi lokasi malam malam yang popular di Langkawi adalah restoran Selera Lubuk Buaya. Memang ramai pengunjung yang datang makan di restoran ini sehinggakan ada yang beratur! Tarikan utama sudah pastinya juadah yang disediakan cukup lazat dan menyelerakan

Seperti biasa bila datang ke Langkawi, pastinya anda wajib makan makanan laut yang segar. Masakan Thai, Western dan pelbagai lagi turut tersedia disini. Pengalaman aku makan disini, semua juadah yang disediakan memang sedap dan suasana makan di sini juga seronok dengan jumlah pengunjung yang ramai, masing-masing menikmati makanan yang dipesan

LOKASI : Lot 9659 Kampung Padang Putih Jalan Pantai Tengah 07000 Langkawi, Kedah, MalaysiaHUBUNGI : Selera Lubuk Buaya
Jangan lupa untuk datang dan singgah ke restoran-restoran yang tersenarai ini.  In shaa Allah jika aku berpeluang lagi ke Langkawi, aku pasti akan ke restoran-restoran lain dan akan memasukkan restoran-restoran itu ke dalam senarai ini

Sekiranya anda pernah ke restoran menarik di Langkawi yang tidak tersenarai, anda boleh komen dan in shaa Allah aku akan masukkan dalam senarai juga. Apa-apapun sentiasa jaga kesihatan, jaga keselamatan dan kesejahteraan diri anda, keluarga dan mereka yang berada di sekeliling anda

SEKIAN
Kredit : Dboystudio | Eddy Rush |  Warung Upih | Google Image


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/11/tempat-makan-menarik-di-langkawi-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 304 hits
Kula Cakes Tempat Makan Viral Di Kuantan Sebut sahaja kedai makan viral terus Mek Cah nak cuba tapi jarang kongsikan pengalaman disini Sebenarnya dah banyak kali Mek Cah singgah makan di Kula Cakes jika ada urusan di Kuantan Maklumlah Kerte...
Senarai Lokasi Pelancongan Menarik Di Langkawi

Senarai Lokasi Pelancongan Menarik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebelum melancong atau percutian adalah lebih baik untuk merancang terlebih dahulu aktiviti dan tempat tempat yang akan dilawati Perancangan ini pastinya akan membuatkan percutian anda berjalan dengan tera...
Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

Dah Makan Ubat Masih Batuk Semput Cuba Cara Ni Sebelum Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 377 hits
Dah makan ubat tapi masih lagi batuk Ataupun baru je elok kejap batuk semula cuba lakukan ikhtiar ini Bukan untuk diri sendiri je untuk anak pun boleh cuma apa apa pun tengok pada keadaan mereka Jika anak terlalu kecil mungkin perlu dapatka...
Warisan Neolitik Tas Tepeler Tempat Menarik Turkish Tourism

Warisan Neolitik Tas Tepeler Tempat Menarik Turkish Tourism

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 323 hits
Warisan Neolitik Tas Tepeler Tempat Menarik Turkish Tourism Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik T rkiye dan Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan T rkiye mempersembahkan TAS TEPELER sebuah projek yang bermatlamat untuk meng...
Murni Camp Tempat Aktiviti Rekreasi Yang Menarik Di Gopeng Perak

Murni Camp Tempat Aktiviti Rekreasi Yang Menarik Di Gopeng Perak

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 795 hits
Mungkin ada yang nak bercuti yang rare sikit dari yang lain boleh la datang ke Murni Camp yang terletak di Gopeng Perak Kalau dari highway utara selatan korang exit tol Gopeng Dari tol Gopeng korang ambil kiri Kira kira 1 or 2km dari simpan...
Singgah Makan Di Restoran Muhamad Loh Bertam Kepala Batas

Singgah Makan Di Restoran Muhamad Loh Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 517 hits
Restoran Muhamad LohRestoran Muhamad Loh ni terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang Makanan di sini makanan berkonsepkan masakan cina tapi halal la sebab di masuk oleh orang Islam Aku dah pernah datang makan dalam 2 3 kali sini dan per...
Melaka Diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco 5 Lokasi Menarik Ini Wajib Kunjungi

Melaka Diiktiraf Tapak Warisan Dunia Unesco 5 Lokasi Menarik Ini Wajib Kunjungi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 442 hits
KECIL kecil cili api Itu adalah peribahasa tepat mengenai negeri Melaka yang unggul sebagai destinasi pelancongan popular di Malaysia
Pengalaman Menginap Di Hotel Perdana Kota Bahru Dan Jalan Jalan Di Tempat Menarik Di Bandar Kelantan

Pengalaman Menginap Di Hotel Perdana Kota Bahru Dan Jalan Jalan Di Tempat Menarik Di Bandar Kelantan

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 440 hits
Pengalaman Menginap di Hotel Perdana Kota Bahru dan Jalan jalan di Tempat Menarik di Bandar Kelantan l Assalamualaikum Dah bercuti ke mana tu korang Mesti kemain seronok memasing ye Yang lama tak balik kampung mesti dah terlepas rasa rindu ...
Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

Wajib Baca Bagi Yang Suka Makan Luar Inilah Ciri Ciri Kedai Ada Pelaris Yang Patut Dihindari

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 276 hits
WAJIB BACA BAGI YANG SUKA MAKAN LUAR INILAH CIRI CIRI KEDAI ADA PELARIS YANG PATUT DIHINDARI Bagi Anda yang suka makan di luar rumah atau punya hobi wisata kuliner waspada dan telitilah memilih tempat makan karena bisa jadi makanan yang and...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba