Makan Di Jaman Tory Signatures


 Assalamualaikum WBT
HASIL carian tempat makan menariks di Kuantan, telah menemukan Sk dengan Restoran Jaman Tory Signatures yang menyajikan masakan Pahang dalam suasana kampung. Jadi, awal-awal lagi Sk dah susun itinerary hari pertama untuk singgah dahulu di Restoran Jaman Tory sebelum daftar masuk penginapan di Timur Bay Residents. Itinerary sangatlah ko, Sk! Hahahaha.


Kami menggunakan aplikasi waze dan rupanya Jaman Tory ni mempunyai lebih dari sebuah cawangan. Sk set waze ke cawangannya yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Cawangan di IM ni ada dua lot, sebuah lot berhawa dingin dan sebuah lagi tidak. Kami diminta untuk mendaftar dahulu di kaunter pintu masuk. Staf mengambil nama, nombor telefon dan mencatatkan masa. Ah.. nak kena menunggu pulak, fikir Sk


Tapi, tidak pun. Staf bertanya jika boleh makan di ruang berhawa dingin dan Iman cepat-cepat mengangguk. Cuaca pulak memang tengah panas berdenting


Memang JTS dah set meja ni untuk tiga orang, hehehe


Berkerut kening baca menu.. hahahaha


Tertelan air liur baca Set Bukit Imam Sulong berharga RM909. Set ini mengandungi sekilo Udang Galah, 2 jenis masakan ikan patin, ikan kerai, ketam dan ayam kampung

Kalau bajet anda separuh dari itu, bolehlah ambil Set Paya Panjang bernilai RM519 yang mengandungi masakan ketam, daging salai, dua jenis masakan ikan patin, ikan merah dan ayam kampung


Errrr... Tak ada ke menu ala kadar ala carte

Adaaaaa..


Dari mula datang memang nak makan Pais Patin tapi menengokkan harganya kita kuburkanlah niatnya.. nak nak pulak, Pak Inche tak makan ikan patin. Macam unfair pulak sebab Pak Inche tukang bayonyer 🤭


Pening nak pilihkan lauk untuk Pak Inche


Selain masakan kampung, JTS juga menawarkan menu barat


Belum pernah lagi makan Spaghetti Patin tapi jika Spaghetti Daging Salai tu memang favourite! 

Akhirnya dapat jugak pilih menu yang sesuai gabungan tekak tiga beranak. Sementara tunggu makanan dihidang, kita cuci mato tengok barang rare yang menjadi perhiasan dalam restoran


Set Patin Tempoyak, RM30.70. 
Tak sangka pulak dapat ikan bahagian kepala, hahahaha. Tak terkeluar ya ayat nak minta tukar bahagian ikan sebab kami ni dah biasa redho, kan 🤭. Macam rasa menyusahkan pulak kalau minta tukar. Sedap la rasa kuah tempoyak patin ni tapi potong sebab dapat bahagian kepala kalau tak, mesti Sk bagi 10/10 🤣


Set Daging Salai RM18.10
Sedap sangat kuah daging salainya ni sampai licin kami hirup kuahnya. Cuma daging tu tak terasa sangat salainya dan tak ada bau asap-asap salai


Set Ayam Kampung Bercili, RM25.70 untuk Pak Inche. Tengok gaya Pak Inche makan nampak sedap sangat tu. Siap tambah nasi tiga kali tau! Tapi, fyi, nasi dia memang comel aje dalam pinggan tu, hahaha


Setiap set lauk tadi datang bersama ulam dan sambal tempoyak. Kalau nak sambal belacan, kena tambah RM5. Sambal belacan pedas dan sedap gilos


Ikan pekasam ni set dengan Daging Salai


Dua beranak ni pertama kali cuba makan tempoyak. Iman dah biasa makan gulai tempoyak cuma sambal tempoyak tu pertama kali


Masakannya mungkin mahal tapi berbaloi la dengan suasana yang dipersembahkan. Tak hairanlah JTS ni menjadi tumpuan dan tular di media sosial. Untuk singgah sekali sekala tu apa salahnya. Ni pun entah bila lagi agaknya nak sampai ke Kuantan, hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/02/makan-di-jaman-tory-signatures.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doubletree By Hilton Kuala Lumpur Featuring The Prosperity High Tea And Dinner Buffet At Makan Kitchen

Doubletree By Hilton Kuala Lumpur Featuring The Prosperity High Tea And Dinner Buffet At Makan Kitchen

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 272 hits
DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur proudly unveils a culinary partnership with the acclaimed Executive Chef Mike M C Wang of DoubleTree by Hilton Taipei Zhongshan where guests can enjoy authentic Taiwanese specialties created by him From Feb...
Makan Malam Di Saudagar Kofi

Makan Malam Di Saudagar Kofi

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 230 hits
Balik dari membeli barang dapur di Mydin Malam tadi ingatkan nak singgah makan di Sekali tengok penuh tak ada meja kosong Kecewa betul Malas nak menunggu carilah kedai lain Masa tu jam hampir pukul 10 malam Kebanyakkan waktu macam tu banyak...
Cara Makan Latok Latok Anggur Laut

Cara Makan Latok Latok Anggur Laut

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 325 hits
nbsp Latok latok ni merupakan sejenis rumpai laut kalau tak silap kak ana Kebanyakannya maii dari Sabah Pertama kali kak ana makan latok latok pemberian jiran yang baru balik dari bercuti ke Sabah Dia beri hat yang kering dan ajarlah kak an...
Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

Makan Di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Mak Lang Mat Lie Baling Kedah

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam artikel terbaru Bagaimana dengan hari hari anda Semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah seperti mana yang an...
Bukan Hanya Kesehatan Program Makan Siang Gratis Juga Atasi Permasalahan Sosial Ekonomi

Bukan Hanya Kesehatan Program Makan Siang Gratis Juga Atasi Permasalahan Sosial Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 222 hits
Program makan siang dan susu gratis di sekolah dan pesantren yang diinisiasi pasangan calon nomor urut 2 Prabowo Subianto Gibran Rakabuming Raka
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global