Makan Di Hock Kee Kopitiam Eco Botanik
Assalamualaikum WBT
MINGGU ini dan minggu hadapan nampaknya bakal jadi minggu yang sibuk. Di kolej, minggu lepas, empat kumpulan pelajar menamatkan pengajian. Minggu depan pula, tiga kumpulan pelajar akan memulakan sesi pengajian di kolej. Dalam tempoh dua minggu jer data berubah-ubah. Hari sabtu ni pulak, merupakan Hari Raya Aidiladha. Mujur beraya di Johor aje, tak payah kemas baju nak balik kampung ke apa. Tapi, kena fikir makanan raya pulak, hehehe. Ada orang pagi raya wajib nak makan ketupat palas dengan rendang, kalau tak nanti merajuk pulak sampai ke raya haji tahun depan, huhuhu.

Jumaat lepas, berkobar-kobar PI nak makan di Hock Kee Kopitiam yang baru membuka cawangan di Eco Botanik Iskandar Puteri. Sebelum ini, kami pernah makan di HKK cawangan Toppen. Seiring dengan tagline HKK, A Muhibbah Coffee Shop, meriah ya malam tu dengan pengunjung pelbagai bangsa. Untuk rekod, HKK mempunyai sijil pengesahan halal, JAKIM

Hock Kee Signature Laksa (RM13.90) untuk Sk. Pada mulanya Sk ingatkan Laksa Nyonya tapi bila disudu kuahnya lebih mirip kepada rasa mee kari. Untuk isinya boleh pilih nak ayam atau seafood, untuk mi boleh pilih mihun, mi kuning atau kueyteow

PI nak makan Prawn Mee tapi tak ada menu tu jadi PI pilih Mee Rebus (RM14.90). Agak mahal harga mee rebus, rupanya ada ayam goreng. Itulah kadang tak suka kadang-kadang kedai makan ni suka ubah-ubah penampilan menu tradisi. Rasa kuah mee rebus pun tak original macam mee rebus Johor

Air Batu Campur (RM5.90) untuk PI. Aisnya tu halus dan lembut macam salji. ABC pun tak melebih-lebih condiments, macam ABC dulu-dulu la

Servis cepat jugak cuma tidaklah semua dihantar serentak ke meja. Nampak tak mee kari Sk pun dah luak masa makanan PI sampai. Luak tu, PI jugaklah yang rasmikan dulu, hihi

Kaya Butter Toast (RM3.90). Memang wajib la makan roti bakar kalau ke kopitiam

Semenjak dua menjak ni suka nau air barli (RM4.90). Tapi tu la, tawar pulak air dia macam tak letak gula tapi SK pun malas nak minta mereka tambah gula. Takpo laaa.. bagus jugak tawar sebab Sk kan dah manissssssss, hahaha

Porsi makanan dia semua ngam, tak sikit, tak banyak. Kalau tak tahu nak makan mana, datang sini jer la kot senang, menu pun banyakkk, tutup pun lambat. Tapi, dalam pukul 9.30 gitu kot, staf dia dah pergi ke meja-meja untuk last order katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/06/makan-di-hock-kee-kopitiam-eco-botanik.html