Makan Di Dapur Jendela Lagi


 Assalamualaikum WBT
BALIK dari Melaka hari tu, walaupun masih awal, idok ler Sk nak memasak. Penat mental dan fizikal. Mungkin faktor usia jugak. Syukurnya pulak dapat pasangan yang memahami jika kita kata penat, dia redho aje.. hahaha. Jadi, awal-awal dah cakap ngan Pak Inche, makan kat luar aje. Dia pilihlah kat mana, pun.. janji Sk tak masak. Sk belanja.. sebab masa jalan-jalan tu, Pak Inche dah belanja banyak, hehehe.

Hari tu, Pak Inche ternampak IG Stories Iman makan di Dapur Jendela, PI ada mintak bawa pulak dia ke sana, cuma SK belum berkesempatan nak bawa. Bila Sk tanya, nak tak makan kat Dapur Jendela? Eh, dia nak pulak walaupun sehari tu tak jumpa nasi, tapi agaknya pagi tu dah makan nasi lemak kat hotel. Bukan apa, PI ni kadang (sebenarnya selalu) agak cerewet jugak kalau kita ajak makan kat kafe-kafe ni, nanti ada jer yang tak kena di mata dan di tekak dia, nyampahs! Hahaha

        
Caramel Macchiato (13.90) untuk Iman dan Mango Guava (RM13.90) untuk Pak Inche. Dua-dua sedap. Pak Inche pilih minuman yang sama masa Sk datang ke DJ sebelum ni. CM tu terlalu sedap, okeh


Tuan Tanah Kedaung macam dah insof sikit nampaknya. Kalau tak, manjang nak mengopi


Kalau bawa Pak Inche, memang gambar tak semenggah la ya. Sejenis tak penyabar nak makan. Dah kita kena snap pic laju-laju, tak cantik ler gambarnya. Kalau tegur lebih karang, merajuk, hahaha


Pesan Mushroom Soup untuk Pak Inche. Kalau pergi mana-mana restoran masakan barat, memang dia suka la Sup Cendawan ni. Masa dihidang, panas betul sup tu, macam baru angkat dari periuk. Pak Inche pulak tak menyabar, sampai melocot lidah, tu la.. orang dah kata, camera eat first.. hahaha
 Mushroom Soup tu sedap giler! Ada hirisan-hirisan cendawan dalam tu dihidangkan bersama dua keping garlic bread. Harga satu set ni RM12.90

        
Sk pilih Sandwich Croissant gara-gara tergoda asyik nampak dia lalu-lalang kat wall fb, hahaha. Sedaplah, tapi mungkin lebih sesuai kalau makan masa sarapan. Roti croissant yang gebu mengapit kepingan ham daging lembu (tak tahu istilah yang betul) dan telur hancur yang melimpah dengan keju yang lemak mencair. Sk suka telur dia yang lembab-lembab tu. Daging tu, tak keras kejung, lembut jer. Harga sandwich ni RM17.90


Lamb Chop untuk Pak Inche. Biasalah dia tu.. suka pilih yang mahal kalau kita belanja. Tapi, kalau dia sendiri belanja, dia makan Chicken Chop aje, hahaha. Kambing sedap dan porsi agak besar sampai tak habis makan Pak Inchenya. Apa taknya, dia baru habiskan semangkuk Mushroom Soup! Lepas tu dia paksa Iman habiskan. Lamb Chop RM28.90


Antara signature dish yang buat DJ dekat sangat di hati regular customer-nya adalah Lempeng dengan Sambal Tumis serta Ubi Kayu Rebus. Sk pilih lempeng sebab dah lama rindu. Lempeng garing dan gebus, apa rahsianya?? Iman cakap, nanti datang lagi, dia nak makan lempeng pulak. Satu set lempeng/ 2 keping RM6.90


Garlic Fries setalam (RM14.90). Kentang tu besar dan gebu. Sk suka sebab fresh dari oven tau. Panas-panas dia hidang, bukannya dah digoreng awal-awal. Rasa bawang putih tu tak keterlaluan, memang sedap! Tak habis makan, minta staf bungkus, sambung makan kat rumah pulak


Iman salah pilih menu.. dia pesan Spring Chicken (RM19.90), lepas tu dia tanya Sk, "Bonda agak-agak, Spring Chicken tu macam mana?" Laaa.. patut masa order tu la tanya. SK kata, agaknya ayam tu digoreng kot. Haaa.. memang betul la... ayam goreng. Sampingannya kentang goreng, sos cicah dan salad serta fruit cocktail. Sebab nak kena tolong habiskan kambing babah dia, Iman makan separuh jer ayam tu lagipun dia mana pandai ratah-ratah ayam goreng macam ni. Dah selamat pun ayamnya Sk buat nasi goreng, hehe


Makan sambil tengok Final Gegar Vaganza. Tapi Sk dah tak minat tengok GV sekarang... huhuhu. Kalau Pak Inche tu, dia masih minat ya tengok rancangan-rancangan hiburan ni, Kalau filem atau drama jer Sk masih suka nak tengok lagi-lagi genre thriller dan seram. Hari tu dah habis tengok One Cent Thief, memang puas hati sangatlah dengan penamatnya. Sekarang tengah layan k-Drama, Revenge Of Others dan satu lagi drama omputeh, Post Mortem. Oh, novel seram Kak Amie pun belum habis baca tu termasuk tiga lagi novel semua tunggu giliran.. hihihi

Dapur Jendela (since 2012)
42, Jalan Setia Tropika 1/29,Taman Setia Tropika81200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari kecuali Jumaat11 pagi hingga 11 malam
Untuk pertanyaan dan tempahan : 018 2892017

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/makan-di-dapur-jendela-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Donut Susu Gebu Lembut Gerenti Berebut Anak Anak Makan

Buat Donut Susu Gebu Lembut Gerenti Berebut Anak Anak Makan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 136 hits
Viral sana sini dengan donut velvet Tapi kalau buat pasti anak kurang suka Jadi jom buat donut susu rasa manis dan rasa lemak memang buat ketagih anak anak makan Bukan setakat anak anak saja yang makan mak ayah pun tumpang sama Pasti licin ...
Makan Makan Di Dookki Korean Topokki Buffet Ioi City Mall Putrajaya

Makan Makan Di Dookki Korean Topokki Buffet Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 252 hits
Ucu Jom pergi Dookki anak buah yang kerja di Putrajaya tiba tiba Whatsapp Kebetulan encik suami off day semalam Rezeki anak buah dan rezeki kami lah dapat berDOOKKI di Korean Topokki Buffet Restaurant IOI City Mall Putrajaya Kemain jauh lag...
Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

Cukup Enam Bulan Dah Boleh Makan Biar Anak Cuba Semua Makanan Jangan Pilih Pilih

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 276 hits
Menanti anak berusia enam bulan sememangnya mendebarkan Mana tidaknya rasa teruja untuk menyuapkan makanan pejal bayi buat pertama kalinya membuatkan ibu rasa cemas bercampur teruja Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan i...
Makan Sup Panas Sambil Tengok Netflix

Makan Sup Panas Sambil Tengok Netflix

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni selit order lunch kat kawan kawan Nasi sup daging ulam2 ada member nak beli order online je so tumpang la sekaki suka gak set nasi sup daging ni sup pun sedap dan lembut jer dagingnya x perlu struggle nak k...
Makan Braised Smoked Duck Di Restoran Budak Siew Mai

Makan Braised Smoked Duck Di Restoran Budak Siew Mai

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum WBTDUA minggu lepas Kak Narimah tanya dengan Sk tahu tak di mana ada jual itik Itik yang dah masak la teringin nak makan katanya Jika nak makan benda pelik pelik ni kawan kawan pejabat memang suka merujuk dengan Sk Kalau tah...
Sedapnya Makan Peha Ayam Terliur Tengok Baby Rina Enjoy Masakan Maryam

Sedapnya Makan Peha Ayam Terliur Tengok Baby Rina Enjoy Masakan Maryam

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 117 hits
Anak perempuan kepada pasangan Youtuber Ryzal Ibrahim dan Maryam sentiasa mencuri perhatian warganet dengan telatahnya yang comel Bukan itu saja ramai yang suka bila melihat Rina ketika makan Tidak cerewet dan pandai makan sendiri membuatka...
Adik Sajat Dakwa Abang Penipu Makan Duit Orang Ramai Kau Tabur Fitnah

Adik Sajat Dakwa Abang Penipu Makan Duit Orang Ramai Kau Tabur Fitnah

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 255 hits
Adik kepada Sajat iaitu Mustika kecewa apabila gagal bersemuka dengan usahawan sensasi tersebut menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok Menurut laporan mStar Online Mustika menjelaskan dia mahu kontroversi antara mereka diselesaika...
Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

Begini Cara Buat Serbuk Ikan Bilis Homemade Lagi Naik Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 179 hits
Sesekali anak perlukan rasa dalam makanannya Barulah selera mereka makin bertambah Bukan garam atau gula dalam penambah rasa tetapi serbuk ikan bilis atau serbuk ayam sebagai perasa asli Memang sedapnya lain macam Macam mana cara nak membua...
Kenyang Makan Premium Coklat Waffle Wakaka Yang Sedap Lagi Murah

Kenyang Makan Premium Coklat Waffle Wakaka Yang Sedap Lagi Murah

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 212 hits
Ini kali kedua membeli waffle Wakaka yang berhampiran dengan rumah Disebabkan puas hati marilah kita ulang beli Tak silap minggu lepas kot pertama kali membeli waffle Wakaka ni Cari waffle dalam foodpanda keluar suggestion Wakaka Eh baru ta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon