Makan Makan Di Dookki Korean Topokki Buffet Ioi City Mall Putrajaya


"Ucu, Jom pergi Dookki", anak buah yang kerja di Putrajaya tiba-tiba Whatsapp. Kebetulan encik suami off day semalam. Rezeki anak buah dan rezeki kami lah dapat berDOOKKI di Korean Topokki Buffet Restaurant, IOI City Mall Putrajaya.

Kemain jauh lagi kami makan petang merangkap makan malam. Dari Seremban ke Putrajaya nun. Ini kali lah kita makan-makan di Dooki. Sebelum ni dia mengajak kita tak dapat nak pergi. Lepas ambil dia balik kerja, kami terus menuju ke Dookki Korean Topokki Buffet, IOI City Mall Putrajaya.

Lega bila tengok dari luar tak ramai orang. Dookki Korean Topokki Buffet ni kalau hari biasa tak ramai orang kata. Hujung minggu jangan haraplah nak nampak meja kosong. Itu yang dia beria ajak pergi makan bila hari bekerja.

Saya kalau jenis kedai makan beratur memang tak rajin nak beratur dan tak selesa sesak ramai orang. Bila tak ramai dan banyak meja kosong. Selesa sikitlah nak makan dan nak lepak lama.

Dookki Korean Topokki Buffet (Authentic Korean Restaurant from Korea) Dookki Korean Topokki Buffet, sebuah restaurant yang berasaskan makanan Korea yang sangat popular iaitu topokki. Hidangan topokki sedikit berbeza daripada kebiasaan sebab dihidangkan secara buffet. Dookki pula maksudnya dua hidangan dalam bahasa Korea.

Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이) juga dikenali sebagai Rice Cake kerana ianya diperbuat daripada beras. Topokki merupakan makanan popular Korea yang menjadi kegemaran orang Korea. Topokki didatangkan dalam pelbagai bentuk dan mempunyai sejarah yang agak panjang ceritanya. 
Nak tahu sejarah topokki, boleh sambung baca dibawah ini.

Sejarah Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이) adalah sejenis makanan jalanan (street food0 tradisional Korea yang boleh dibeli dari gerai jalanan juga dipanggil “pojangmacha” dalam bahasa Korea. Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon

Terdapat banyak tekaan dan kontroversi tentang asal usul sebenarnya. Menurut data bibliografi, teokbokki pertama dalam sejarah Korea dikatakan muncul dalam buku masakan bernama “시의정서 (Siui jeongseo)” ditulis ketika lewat zaman Dinasti Joseon

Walau bagaimanapun, berdasarkan fakta yang tteok (bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan, adalah mungkin untuk diandaikan yang sejarahnya adalah lebih lama daripada apa yang dijangka

Tteokbokki turut dijumpai dalam rekod perubatan: buku yang diberi nama “신뇨찬요 (Shingnyo chanyo)” ditulis oleh Jeon Sunui, pegawai perubatan pada zaman Dinasti Joseon (1460). Tujuan buku ini ditulis adalah untuk merawat pesakit melalui makanan dan tteokbokki adalah sebahagian daripadanya

Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Ia dikenali sebagai "궁중 떡볶이 (gungjung tteokbokki)", Tteokbokki Istana

Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas

Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas

Tteokbokki, kini, sering dianggap sebagai hidangan jalanan yang boleh didapati di gerai tepian jalan (pojangmacha) dan bar snek kecil. Kebelakangan ini, walau bagaimanapun, terdapat usaha menjadikan tteokbokki daripada hidangan jalanan kepada francais makanan

Ini disebabkan permintaan makanan tersebut secara berterusan di kalangan penduduk Korea. Tteokbokki kini dianggap oleh sesetengah orang mempunyai potensi besar untuk dijadikan perniagaan besar. Maka, banyak restoran rantaian dan pelbagai jenama yang menjual tteokbokki hmuncul sejak 2009

Tambahan pula, terdapat usaha untuk menjadikan tteokbokki dikenali seluruh dunia di pasar raya makanan antarabangsa. Kerajaan Korean telah mewujudkan makmal tteokbokki pada 2009 dalam usaha mengglobalkan makanan tersebut dan menyediakan sokongan teknikal untuk pemantapannya

Setiap tahun, lebih kurang satu bilion won Korea dibelanjakan untuk projek kerajaan ini untuk menjadikan tteokbokki menjadi produk antarabangsa. Untuk mencapai hasrat tersebut, terdapat penyelidikan dalam kajian pasaran, pembuatan sos, jenis kek beras dan kaedah masakan untuk menyesuaikannya kepada negara-negara lain

Ejaan “topokki” diberikan secara rasmi oleh institut ini untuk memudahkan panggilan kepada pasaran antarabangsa. Hari ini, kebanyakan tteokbokki diperbuat oleh tepung tetapi selepas projek kerajaan tersebut, terdapat usaha untuk menggunakan beras

Hal ini disebabkan beras dianggap lebih sihat berbanding tepung dan membantu dalam menaikkan pasaran beras tempatan

Begitulah ceritanya tentang sejarah Topokki/ Teokbokki/ Tteokbokki (떡볶이)
sumber : chingu topokki
Dookki (dua hidangan)Restoran Dookki memperkenalkan konsep dua hidangan yang berasal dari Korea Selatan dengan konsep buffet. Konsep Dookki buffet, dua hidangan dimulai dengan hidangan topokki buffet dan berakhir dengan nasi goreng kimchi.
 Dookki IOI City Mall menuDi pintu masuk sebelah kanan restoren tak silap saya ada hidangan bergoreng, bahagian tengah ada pelbagai bahan dookki dan pelbagai pilihan sos

Makanan BergorengFrench fries, nuggets, mandu goreng, kimmari/ kimmari (Korean Deep Fried Seaweed Spring Rolls/김말이) dan ayam goreng

Ada beberapa jenis ayam goreng dengan pelbagai perisa. Boleh cuba ayam goreng korea pedas tapi kata encik suami dan anak buah, ayam gorengnya kurang sedap. Saya tak cuba kalau dah kata kurang sedap kan
Sos pelbagai pilihanBoleh ambil pelbagai pilihan jenis sos mengikut selera dan tahap kepedasan masing-masing. Mula-mula sampai di meja, dia akan tanya pernah datang ke tidak. Disebabkan anak buah dah selalu datang, jadi tak kekoklah. Terus anak buah order sup medium pedas. 
Untuk pertama kali datang kalau rasa janggal atau blur tak tahu nak order, boleh panggil mana-mana krew restoran yang ada untuk bertanya dan membantu.

Kita akan diberikan sarung tangan plastik bertujuaan untuk menjaga kebersihan semasa mengambil hidangan buffet. Di meja dah tersedia segala alatan untuk memasak dan makan. 
topokki buffet
Ada beberapa pilihan air, seingat saya ada air ais lemon tea, green tea dan lagi satu apa entah tak ingat

Pelbagai pilihan topokkiPada awalnya krew restoran akan bantu sediakan sup. Dan kita pun ambillah segala mak nenek bahan topokki kegemaran masing-masing. Banyak jenis sayur, bebola dan bahan topokki yang lain. Seafood, kami cuma ambil udang dan kepah. Udang tiada dalam senarai ye

Cara masak topokkki (hidangan pertama)Tuangkan sup dalam periuk topokki (disediakan dalam jug atas meja)Masukkan sos pilihan ke dalam periuk Masukkan bahan-bahan topokkiSetelah masak, boleh nikmati hidangan topokki ramyeon topokki
Cara masak nasi goreng (hidangan kedua)Ambil bahan-bahan buffet untuk membuat nasi gorengDengan menggunakan periuk yang sama, tuang minyak bijan dan biarkan panas seketika.Masukkan sosMasukkan bahan-bahan yang telah diambil bersama nasi. Kacau rata dan sedia untuk dinikmatinasi goreng kimchi, hidangan kedua
Kami cuma ambil bahan-bahan dan krew restoran jadi tukang masak. Kami jadi tukang rakam dan tukang makan je. Peminat cheese, boleh tambah cheese jika mahu tapi ada harga tambahan lah tapi..

Dookki IOI City mall priceDewasa RM39.80
Kanak-Kanak RM19.80

Harga menu tambahan
Double Cheese Ring RM18.80
Snow Cheese RM9.80

Senarai Dookki Malaysia outletIOI City Mall, PutrajayaSetia City Mall1 Utama Kluang, Johor R&F Mall, Johor BahruAnak buah kata, Uci pegi Dookki kan, nanti esok esok esok nak pergi lagi. Haa memang betullah tu, sekali pergi nak pergi lagi. Bukan setakat sedap. Selesa, banyak pilihan makanan dan harga pun berpatutan. Harga seiring pilihan dan tahap kesedapan gitu

muka ada senyum dapat makan topokki
Marilah kita ulang makan di Dookki Korean Topokki Buffet lagi dan lagi. 맛있게 먹어 (mas-issge meog-eo)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/dookki-korean-topokki-buffet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Try Pelbagai Menu Sedap Di Luna Luna Setia City Mall

Jom Try Pelbagai Menu Sedap Di Luna Luna Setia City Mall

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 181 hits
Kalau ke mana mana mall sekarang ni nak nak hujung minggu atau cuti umum kebanyakan restoran mesti kena queue nak masuk Waktu kami ke Setia City Mall Setia Alam nak cari baju untuk reunion kak ana dalam tema pink putih tu perut dah berkeron...
Jalan Jalan Cari Makan Di Putrajaya Food Truck Hotspot Presint 2

Jalan Jalan Cari Makan Di Putrajaya Food Truck Hotspot Presint 2

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum Jom sambung story staycation ke Putrajaya Nie gara gara tak tahu nak bercuti kat mana Putrajaya pun onzzz Kita buatlah staycation Putrajaya sambil JJCM Lepas check Hotel Dorsett Putrajaya kami ke Masjid Tuanku Mizan bertenta...
Cafe Purple Di Sugirl Desserts Setia City Mall

Cafe Purple Di Sugirl Desserts Setia City Mall

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 428 hits
Macam yang kak ana cerita di entri OBJET yang lepas kak ana sekeluarga kerap ke Setia City Mall ni untuk shopping atau makan makan hujung minggu Beberapa kali kami ke sini Adik nak sangat singgah makan dessert di cafe bawah pokok purple yan...
Kl City Centre Hit With Flash Floods After Heavy Rain

Kl City Centre Hit With Flash Floods After Heavy Rain

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 146 hits
Flash floods have been reported around Kuala Lumpur city centre following heavy rain this evening The Kuala Lumpur City Hall Command and Control centre shared of water rising along several major roads surrounding the DBKL tower including Su...
First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch Kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey Jb

First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch Kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey Jb

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 609 hits
First Time Menikmati Hi Tea Buffet Lunch kat Causeway Cafe St Giles Southkey Mid Valley Southkey JB Mencari tempat yang ada menu Hi tea plus lunch kat area Johor Bahru Haaa kat sini tempat yang sesuai dibawa makan bersama My first time jeja...
Asian Buffet Lunch

Asian Buffet Lunch

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini berlangsungnya Pra Penilaian Akhir Amali bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tugasan kali ini adalah Asian Buffet Lunch Ini bahagian Pembuka SeleraGlass NoodleSomtamTauhu BergedilVadaiWantan GorengAyam P...
Japan Pm Says North Korean Missile Fell In Exclusive Economic Waters

Japan Pm Says North Korean Missile Fell In Exclusive Economic Waters

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 115 hits
A man walks past a television showing a news broadcast with file footage of a North Korean missile test at a railway station in Seoul on Nov 18 2022 8212 AFP photo TOKYO A suspected intercontinental ballistic missile launched by North Kore
Harmony Wazzadu Wazzadu Com Netizen Future City Forum 2022

Harmony Wazzadu Wazzadu Com Netizen Future City Forum 2022

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 157 hits
Wazzadu com Netizen Huawei Harmony Wazzadu WOW 2565 Future City Forum 2022 Tech for Better Living Future City Forum 2022 Keynote Speakers WOW 2022 WOW 2022 CEO Future City Huawei Future City Forum 2022 CEO Harmony Wazzudu Future Eco System ...
Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 231 hits
Calisto Vision Care Buka Cawangan ke 3 di AEON Mall Nilai Assalamualaikum holla korang baru baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis perasmian pembukaan cawangan baru Calisto Vision Care di AEON Mall Nilai iaitu cawangan ke 3...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt