Makan Di Cookies Ginger


 Assalamualaikum WBT 


AWAL petang semalam, Sk dan Pak Inche nak pergi makan kat Paradigm Mall. Dari rumah, kami ikut lebuhraya Perling dan semasa nak turun jejambat arah Skudai tu, dah mengesot-ngesot ya. Sk fikir, kalau dah dekat situ mengesot, mahu sejam baru dapat masuk mall padahal seberang jalan aje pun. Situasinya semalam, macam kalau nak tukar arah ke bandar pun, kena jugak naik jejambat PM tu untuk buat pusingan U. Jalan ke bandar pun jammed jugak.



Sudahnya, kami menukar haluan. Sk ajak PI ke Sunway Bigbox aje la. Banyak jugak restoran menarik kat situ. Dalam pada tu, macam-macam idea lain yang keluar dari batu jemala PI. Nak makan di Mee Rebus House la, sekejap lagi nak makan kat Al-Anisah. Tapi rasa macam hari Sabtu ni naklah makan yang special sikit. Akhirnya kami ke Cookies & Ginger Restaurant di Taman Nusa Sentral. 




Lepas buat pesanan makanan melalui QR code, seorang staf datang menghantar Croissant ini. Terkejut pada mulanya sebab tak pesan, rupa-rupanya ianya percuma.  Datang sebelum ni tak ada pulak. Sedap eh Croissant dia, nak nak pulak tengah lapar, hahaha




Macam nak sembelih ayam gayanya. Memang betul lapar nampak




Patutlah dapat croissant free, lambat makanan siap. Customer pun ramai, dua meja panjang penuh belakang Sk ni




Passion Fruit (RM8.50) untuk PI. Entah berapa biji aje markisanya. Kedekut betol, haha. Air suam percuma




Con Queso atau Kacang Pool (RM16.40). Disyorkan sebagai pembuka selera atau memang kalau nak makan ni aje pun boleh. Cukup mengenyangkan dan sangat sedap pulak tu, eh.. memang betul-betul sedaplah. Telur tu dipecahkan dalam mangkuk tembikar tu ya bukan goreng mata macam kacang pool yang biasa kita makan. Rotinya roti crispy tau tapi sedap bila makan dengan kacang pool tu




Aglio Olio with Grilled Beef Tenderloin Strips (RM34)




Banyak giler daging dia, macam lagi banyak daging dari spaghetti. Dagingnya pulak lembut dan juicy, ytjt Sk selalu cakap kalah makan daging tapi yang ni sumpah empuk betul dagingnya tu. Aglio Olio pun sedap, tak melebih-lebih,  memang kaedah sebenar iaitu cuma minyak zaitun dan bawang putih sahaja sebagai ramuannya




 Hidangan ini juga datang bersama telur mata dan cendawan goreng crispy berempah, sangat sedap. 



Sirloin Steak-House (RM46.90)Tebal dan juicy dagingnya, PI pilih dimasak secara medium 50%. Ia ditos dengan baik walaupun medium tapi tak berair. Side dish PI pilih Cut Fries, tapi dia ada bagi Sauteed Vege jugak




PI pesan Quesadilla (RM28.90) jugak, lama tak makan dan lapar sangat, walaupun Sk cakap berulang kali, nanti tak habis. Boleh habis katanya, sudahnya Sk jer makan sekeping, yang lain bungkus, hahaha. Quesadilla pun sedap, intinya kepingan daging nipis ya bukan daging cincang. Yang bungkus tu buat dinner malam tadi pun ada lagi 2 keping Sk bawa ke pejabat hari ni




Ya Allah, tak boleh ingat masa nak snap gambar ni agaknya siku Sk tertekan hujung meja terus meja tu macam terangkat dari kaki meja. Sk rasa dah hampir 30° jugak tau, nasib dia terletak balik lepas Sk alihkan tangan serta-merta. Berderau darah, dahlah meja sebelah tu penuh orang, tak dapat bayangkan kalau betul-betul dia terangkat dan terlungkup




Oh, Aglio Olio Sk tu, makan suku aje pun, tak larat nak makan sebab dah makan croissant free tu, dah makan half mangkuk kacang pool dengan sekeping roti dan sekeping quesadilla, kan. Jadi, bungkus aje la, panaskan pagi tadi buat sarapan kat office. Tu laaa, Sk rasa tajuk dia salah, yang betul Grilled Beef Tenderloin Strips with Aglio Olio, haha sebab banyak daging dari spaghetti





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/makan-di-cookies-ginger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Itik Di Restoran Ahmad Foo

Makan Itik Di Restoran Ahmad Foo

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum WBT SYUKUR Sk dan Pak Inche telah selamat sampai ke Tanah Jauhar Perjalanan lancar dalam cuaca mendung Seronok sangat memandu pada hari bekerja ni berbanding hari minggu Dahlah cuaca redup kereta tak banyak sangat sesekali j...
Menginap Makan Makan Di Park Avenue Hotel Sungai Petani

Menginap Makan Makan Di Park Avenue Hotel Sungai Petani

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum WBT Apa khabar semua Sihat ke tu Dah makan belum Hehehe Sk masih bercuti lagi hari ni dan blogging dari Seremban Orang Seremban okey tak tu Sejuk Seremban pagi ni hujan dari semalam kan Malam tadi dan pagi ni pun masih hujan...
Gambar Gambar Pmx Makan Dan Sembang Santai Bersama Ydp Agong

Gambar Gambar Pmx Makan Dan Sembang Santai Bersama Ydp Agong

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 130 hits
Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim petang ini bagi menyembah maklum beberapa urusan antaranya terkait isu negara dan usaha Kerajaan menangani permasalahan banjir di beberapa negeri selain menyentuh soal...
Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 211 hits
nbsp BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bers...
Lunch Hari Ini Pak Zain Berselera Makan Kari Itik

Lunch Hari Ini Pak Zain Berselera Makan Kari Itik

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum Bukan main berselera PZ makan tengahari ni 2 kali tambah nasi sedap betul selera dia makan senang hati SA Tapi tu la x lekang la dari mulut dia sebut arwah Mak Pah see dia memang betul betul rasa kehilangan SA sampai aje kat...
Akhirnya Dapat Makan Yong Tau Foo Viral Pantai Puteri Melaka

Akhirnya Dapat Makan Yong Tau Foo Viral Pantai Puteri Melaka

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Akhirnya selepas duk lalu lalang kat Tik Tok pasal Yong Tau Foo ni baru lah SA sampai sini pernah la nak pi berdua jer ngan suami tapi memandangkan waktu berniaga dia pukul 4 30pm memang x dan la masa tu nak pergi every time...
Makan Di Eryna S Sup Darat

Makan Di Eryna S Sup Darat

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum WBT LEPAS sarapan hari terakhir di Park Avenue Hotel Sungai Petani kami terus check out Rancangannya kami akan bermalam satu malam di Melaka kerana Pak Inche akan bertugas secara dalam talian membuat liputan perlawanan bolas...
Makan Tengahari Di Zamira Dapur Kayu

Makan Tengahari Di Zamira Dapur Kayu

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum WBT BILA dah menginap di Seremban Sk terus teringat Zamira Dapur Kayu ni Dah dua kali nak makan kat sini tapi tak dapat Sk ajak Pak Inche makan tengahari di sini Alhamdulillah kali ni dapat jugak makan kat sini Hari Isnin ag...
Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum semua cerita yang aku nak kongsikan ni biasa biasa je tapi amat menggur1s hati aku Aku mempunyai adik beradik seramai 11 orang di mana aku merupakan anak yang ke 4 Dijadikan cerita arw4h bapa aku kerja kampung dan untuk memb...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The British Museum A Cornerstone Of History And Knowledge

Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected