Menginap Makan Makan Di Park Avenue Hotel Sungai Petani


 Assalamualaikum WBT 


Apa khabar, semua? Sihat ke tu? Dah makan belum? Hehehe. Sk masih bercuti lagi hari ni dan blogging dari Seremban. Orang Seremban okey tak tu? Sejuk Seremban pagi ni hujan dari semalam, kan. Malam tadi dan pagi ni pun masih hujan lagi walaupun tak lebat tapi rasa macam kat Cameron Highlands!


Cerita balik kampung, plan asal kami nak menginap di Kuala Ketil saja, tak sangka pulak semua balik, penuh rumah macam raya. Saat akhir, kami membuat tempahan hotel di Sungai Petani. Awal-awal Sk dah cakap Pak Inche, tak mahu menginap di The Jerai Hotel, jemu dah duduk situ, hihi. PI tahulah dia ni oldskul, dia akan buat tempahan melalui telefon ya, jadi, selepas membuat perbandingan harga antara Purest Hotel dengan Park Avenue Hotel, kami pilih Park Avenue, bezanya RM60.




🛌_*SPECIAL PRICE OFFER*_🛌


1) DELUXE TWIN 🛌🛌
  💚*RM190+* per night/room
Includes:
▫️free 2x breakfast buffet voucher🏷️
▫️free 2x hi-tea mini buffet voucher🏷️


2) DELUXE DOUBLE 🛌
💚*RM190+* per night/room
Includes:
▫️free 2x breakfast buffet voucher🏷️
▫️free 2x hi-tea mini buffet voucher🏷️



Ini kali kedua kami menginap di sini. Hotel ni dah lama, jadi perabot dia pun lama namun dijaga dengan baik. Walaupun berkarpet namun tiada bau yang tidak menyenangkan




Ada bathtub dengan tirai biru




Mug warna biru




Boleh dikatakan semuanya biru dalam bilik ni




Sejadah pun biru




Iron board pun biru




Alas meja dan kerusi di cafe pun biru




Pakej penginapan RM190+ ni adalah sempena anniversary Park Avenue rasanya. Tak pastilah anniversary ke berapa




Lepas solat dan rehat, kami turun menikmati jamuan mini hi-tea dahulu sebelum ke Kuala Ketil. Sk ambil cucur udang cicah sos cili dan keledek goreng sambal kicap. Nampakkkk..  orang Kedah pun dah pandai makan sambal kicap sekarang




Tapi, orang utara makan Cucur Udang dengan kuah kacang, kan. Sk suka makan dengan sos cili yang cair, nanti bila kita cicah, Cucur Udang tu serap sos macam span, fuhhhh.. pecah dalam mulut gituh




Ada Mee Udang




Ada roti canai dan Roti boom. Sk makan roti boom dengan susu pekat




Sebelum sampai Kuala Ketil, melencong ke Merbau Pulas, beli Pulut Udang




Beli tepung bungkus jugak. Setiap satu, seringgit. Beli 10 percuma satu kot, sebab bila Sk kira-kira, pulut udang ada 22 biji dan tepung bungkus 11 biji. Puaslah makan masing-masing. Agaknya banyak sangat makan pulut, sampai sebu perut dan tak larat nak makan malam. Balik dari KK, singgah uptown Sungai Petani, jalan-jalan tu lega sikitlah perut. PI pulak tapau nasi lemak bungkus 4 bungkus. Nasi lemak lagi? Lepas tu dia paksa Sk makan sebungkus




Disebabkan hari Sabtu tu nak pergi makan kenduri, Sk ingat nak makan sikit aje la, alas perut kononnya. Macam biasa, hari pertama Sk akan ambil American Breakfast. Sosej nya sosej mahal ya, gedabak. Kacang panggang pun berkualiti seketul-seketul besar-besar pulak tu. Wedges dia pun sedap, garing dan tak pecah. Lepas tu, Sk tinjau-tinjaulah buffet line lain nampak meehun goreng dan Lontong. Paling teruja sekali bila nampak ada.















Pulut Ikan Masin



Keledek, Keladi dan Ubi Rebus bersama kelapa parut dan gula merah




Serabai dan Kuah Manis
Kita ni nak pergi makan kenduri, tapi bila tengok menu-menu kampung macam ni, memang rugilah kalau menolak. Biar menyesal makan dari menyesal tak makan




Lempeng dengan Gulai Ikan pun ada. Gulai ikan dia pekat dan sedap, melekat dengan lempeng tu. Sebelahnya tu, pulut ikan masin




Oh, dangai pun ada. Ni Sk kurang gemar




Makan serabai dan keledek dengan kelapa parut dan gula merah. Orang kata jamah, jangan tidak




Lontong kena makan jugak.. hahahah




Hari kedua.. kalau semalamnya ada mihun goreng, kali ni mee kuning goreng. Sk kalau makan mee goreng suka gaul dengan sambal tumis, sedap. Oh, lupa nak ambil gambar nasi lemak PI semalamnya. PI kata, bolehlah nasi lemak tak mengecewakan




Hari kedua, PI tak ambil nasi lemak. Dia makan American Breakfast. Sk seperti selalu, jarang makan nasi lemak. Jadi, Sk anggap nasi lemak tu sedap kot sebab PI makan habis




Makan lempeng dengan gulai ikan lagi serta Pulut Ikan Masin. Kali ni Sk tambah kelapa parut. Ikan masin dia sedap, laaa




Tak ambil keledek dan serabai dah, tapi ambil American Breakfast lagi macam semalam. Kali ni Sk tambah omelette. Wedges sedap macam semalam tak ada, ada hashbrown comel-comel. Aaaa.. memang puas hati sangat menginap di Park Avenue kali ni. Alhamdulillah 🥰. Cuma satu jer.. tekanan air pancuran mandi agak perlahan walaupun shower dia besar gedabak, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/12/menginap-makan-makan-di-park-avenue.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Kenduri Di Sungai Petani

Makan Kenduri Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum WBT MAKAN Kenduri itulah tujuan Sk dan Pak Inche balik kampung kali ini Ibu pengantin lelaki merupakan sepupu Pak Inche di sebelah bapak Bapa mereka adik beradik dan bapa saudara Pak Inche ni berkahwin dengan makcik yang ber...
Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Bufet Makan Malam Sempena Perayaan Krismas Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 196 hits
nbsp BUFET MAKAN MALAM SEMPENA PERAYAAN KRISMAS DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL Tak lama je lagi kan Perayaan krismas akan kembali Pasti cuti nanti korang korang ingin meluangkan masa bersama rakan dan ahli keluarga untuk keluar makan bers...
Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum hai hang pa Ini hari nak share tempat makan best dekat Sungai Petani Kebetulan balik dari hari tu Itu yang tersinggah Mudah nak cari Tepi jalan Laluan utama nak ke Butterworth ikut jalan lama Dekat aje dengan Tol Sungai Peta...
Sokong Apa Dia Buat Ke Hyeri Dipuji Netizen Meluat Lihat Reaksi Lim Jiyeon Park Juhyun Pada Jung Woosung

Sokong Apa Dia Buat Ke Hyeri Dipuji Netizen Meluat Lihat Reaksi Lim Jiyeon Park Juhyun Pada Jung Woosung

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 158 hits
Pasti ramai yang bengang kan bila baca tentang kontroversi Jung Woo sung baru baru ini Artikel Berkaitan Bagi yang belum tahu Jung Woo sung telah menjadi bapa kepada anaknya bersama Moon Gabi meskipun mengaku bahawa mereka tidak pernah menj...
Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 144 hits
Secara amnya haiwan peliharaan tidak dibenarkan di taman kerana kebimbangan tentang kebersihan dan alahan Kadang kadang kita boleh nampak tanda haiwan peliharaan tidak dibenarkan di taman kanak kanak untuk mengingatkan pemilik haiwan Tapi b...
Kor Ming Arah Siasat Punca Banjir Di Fair Park

Kor Ming Arah Siasat Punca Banjir Di Fair Park

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 198 hits
BATU GAJAH Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meneliti langkah terbaik bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang pertama kali melanda Arena Kepayang Putra Fair Park di Ipoh hari ini Menterinya Nga Kor Ming berkata pihaknya sed...
Boarding Time With Buddies Part 1 Chulop And Boms Buns Di Bangi Avenue

Boarding Time With Buddies Part 1 Chulop And Boms Buns Di Bangi Avenue

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 194 hits
nbsp Chulop And Boms amp Buns di Bangi Avenue Bulan lepas nieyl ada sharekan dengan korang yang plan nieyl nak bording time dengan Afika dan Syida sebagai penutup 2024 Alhamdulillah Allah permudahkan perancangan nieyl menjadi kenyataan dan ...
Grand Feast And Joyful Gatherings At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Grand Feast And Joyful Gatherings At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 124 hits
Hi Everyone As 2024 gracefully comes to a close we stand on the threshold of the year end festive season ushering in 2025 with good health laughter and blessings Join us for celebrations filled with grand feasts festive libations and joyful...
Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

Park Min Jae Kisah Inspirasi Pelakon Korea Yang Tengah Meletop

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 581 hits
Hai korang Kalau sembang pasal K Drama mesti ada yang pernah dengar nama Park Min Jae kan Sejak dua me jak ni femes betul jejaka seorang ni dekat enjin carianDia ni antara pelakon muda Korea Selatan yang makin popular bukan sebab rupa je ta...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan