Makan Di Briyani Goat Father


Assalamualaikum WBT 


CERITA Jumaat lepas, pergi makan di Briyani Goat Father dengan Angah dan Indah serta Cik Ani dan Jeika. Memasing bawa anak girl, anak girl kededek Sk tak mahu ikut, okey jer tak nak ikut. Dari rumah, Sk berseorangan ke Senai, kemudian naik satu kereta dengan Angah. Cik Ani dari rumahnya terus ke BGF yang terletak di Kota Masai. Jadinya, dua hari berturut-turut la Sk ke Kota Masai, Jumaat ke BGF dan Sabtu ke Majlis Perkahwinan Miza dan Zaqqim.





Asyik lalu-lalang di Tik Tok lama-lama teringin tapi tu la.. dalam TT dia tunjuk, makanan dan minuman dihantar ke meja tapi sebenarnya layan diri. Sk memang tak suka sistem pesanan macam ni ya, dahlah bertatang pinggan kemudian nak buka handbag pulak cari wallet nak bayar.





Cik Ani belum sampai tapi kami tiga orang dah lapar jadi kami terus buat pembelian aje la, tak sabar-sabar dah nak makan briyani viral, tapi Sk makan Laksa Johor, briyani tapau bawa balik makan petang tu, hihi. 




Layan diri.. ada pengasingan lorong untuk makan atau bungkus. Kiranya kalau kita nak makan dan bungkus kena beratur dua kali ke? Tak jugak kot, rasanya boleh aje pesan kaunter yang sama cuma masa kami datang ni pelanggan tak ramai jadi kami pesan makan dulu, dah habis makan baru kami buat pesanan untuk tapau




Briyani Kambing, RM17.90
Kambingnya besar betul, berpatutan dengan harganya. Nasi sedap tapi tidaklah terpaling. 



Laksa Johor, RM12.90. Presentation dia memang macam ni ya, dia akan letak kuah kat sebelah spaghetti. Sebenarnya kadang-kadang bitter jugak la jika ada yang kutuk Johorean guna spaghetti tapi panggil laksa. Aiii, Laksa Sarawak tu guna bihun tau, tak ada pun kami bitter. Apa tah yang sakit hati sangat dengan orang Johor, tatawlah. Dah nak masuk tahun 2025 ni, buanglah rasa sentimen kenegerian tu



Gaul dulu sebelum makan. Sedap tapi jugak bukan terpaling. Lepas tu timun dia sikit, adalah dua lengkar kot




Angah kata, sebab tu dia tak suka makan tempat viral, hahaha. Baiklah, lain kali saya tak ajak
Sk ni kan mudah terpengaruh, huhuhu. Habis tu, dah asyik fyp jer kat TT saya, manalah saya tidak tirrrrgoda




Cik Ani dan Jeika sampai, Laksa Sk dah nak penghujung, hehe. Oh, dalca dan pajeri nenas tu percuma ya tapi kena ambil sendiri. Ikutlah kalau tak nak, tak payah ambil. Papadom sebungkus RM2




Cik Ani ambil kambing dan ayam




Jeika makan dengan ayam goreng jer




Indah tahun ni nak SPM




Girls day out, gituh




Dah alang-alang datang dari jauh, kan.. kita bungkuslah untuk insan-insan yang ditinggalkan di rumah, hahaha. Pak Inche dan Iman tak nak, jadi Sk bungkus nasi briyani kambing aje untuk diri sendiri. Lepas buat pesanan, duduk dulu, nanti dah siap dia panggil nombor yang tertera pada resit. 



Cuaca panas berdenting, masa ni dah seminggu Tanah Jauhar tak hujan. Khemah untuk meja makan dan khemah untuk pesanan ni terpisah jadi rasanya kalau hujan, susah jugak nak bawa makanan ke khemah makan ni




Yang tinggal berhampiran tu bolehlah datang. Yang jauh-jauh ni macam tak berbaloi aje, huhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/makan-di-briyani-goat-father.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Perkara Yang Haram

Makan Perkara Yang Haram

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 89 hits
Makan minum memang sah haram Tapi bukan tu je sebenarnya Ada banyak yang lain Misalnya makanan dari sumber haram macam dan sebagainya pun satu darinya Contohnya dia dilantik untuk hadir mesyuarat tapi dia Sengaja tak hadirkan diri ke mesyua...
Makan Mee Udang Rumah Makanan Paklong Sungai Dua

Makan Mee Udang Rumah Makanan Paklong Sungai Dua

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum WBT EPISOD bercuti ke utara lagi ni Lepas maghrib kami keluar untuk makan malam Sebelum tu petangnya masing masing membuat carian tempat makan best berhampiran Sk tertarik dengan Aloha By The Beach di Pantai Bersih tapi Pak ...
Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling

Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 211 hits
Rasa tidak mahu makan bila dapat cuci gigi a k a scaling Rasa bersihnya tu best Tak nak makan nanti dah tak bersih Rasa selesa je bersihnya tu Dentist pernah bagitau kalau nak tau gigi tu bersih rasa licin Kalau rasa kesat tu maknanya gigi ...
10 Rekomendasi Tempat Makan Halal Di Singapura Yang Wajib Diketahui

10 Rekomendasi Tempat Makan Halal Di Singapura Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 333 hits
BloggerBorneo com Mencari tempat makan halal di Singapura bukanlah tugas yang sulit mengingat kota ini memiliki beragam pilihan kuliner dari berbagai penjuru dunia Sebagai negara dengan penduduk multikultural Singapura menawarkan berbagai r...
Pedih Perut Bila Makan Bawang Putih Mentah

Pedih Perut Bila Makan Bawang Putih Mentah

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 129 hits
PEDIH PERUT BILA MAKAN BAWANG PUTIH MENTAH Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya Puan Ani dari Penang Saya ada ambil bawang putih bakar untuk turunkan kesihatan Cuma ada satu ulas yang tidak dibakar dengan sempurna Pertanyaan saya kenapa bila mak...
Lelaki Didakwa Tak Beri Arnab Makan Hingga Mati

Lelaki Didakwa Tak Beri Arnab Makan Hingga Mati

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 123 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan tidak memberi makan arnab peliharaannya sehingga mati kebuluran pada tahun lalu Tertuduh Shairazi Jamal Hatun 43 membuat pengakuan itu se...
Seorang Mati 49 Lagi Cirit Dan Muntah Kerana Makan Burger Mcdonald S

Seorang Mati 49 Lagi Cirit Dan Muntah Kerana Makan Burger Mcdonald S

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 171 hits
Gempar seorang mati makan burger McDonald s 49 lagi cirit dan muntahHarapandailyAmerika Syarikat digemparkan dengan kes hamburger Quarter Pounder McDonald s yang meragut satu nyawa manakala puluhan lagi jatuh sakit termasuk diserang cirit b...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya