Makan Di Ayam Gepuk Pak Kembus
Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje Iman dah habis Cuti Pertengahan Semester. Tak sempat nak bawa jalan-jalan tidur hotel, percutian di rumah sendiri aje 🤣. Dia macam ni, bila Iman cuti babah sibuk, bila babahnya tak sibuk, Iman pulak ada kuliah dan macam-macam program lain. Gituhhh!
Teringin jugak la nak rasa Ayam Gepuk Pak Kembus, restoran asal Yogjakarta yang membuka cawangan baharu di Taman Nong Chik. Iman dah pergi dengan kawan-kawan, sedap katanya. Mari kita cuba.
Ayam Gepuk Pak Kembus ni samalah seangkatan dengan Ayam Penyet cuma berbeza sambalnya. Bukan sahaja berbeza sambal, rempah ratus penyediaan ayam pun tak sama dan ia tidak disediakan sup, makan kering gitu je la.
Menunya ada beberapa set, macam Sk dan Iman ni set berbeza, bezanya Sk ada tambah pedal. Kalau ayam penyet disertakan dengan kubis mentah, di sini dihidang dengan kubis digoreng deep fried dengan kicap. Masa buat pesanan staf akan minta kita pilih tahap kepedasan sambal. Set ni siap dengan minuman ya
Datang hampir waktu lunch, tiberrr jer beratur panjang. Sistem di sini secara layan diri, terus beratur buat pesanan di kaunter kemudian duduk dan tunggu nombor dipanggil untuk ambil sendiri makanan dan minumannya. Lepas makan, kemas sendiri pinggan dan cawan, buang di tempat yang disediakan. Meja tak perlu lap, nanti staf mereka akan lapkan
Jumlah semua RM32.80
Lepas tu, ajak Iman jalan-jalan ke Midvalley Southkey, lama giler rasa tak jalan-jalan kat sana. Penat berjalan, kami mengopi di The Coffee Bean & Tea Leaf, lama tak makan Chicago Cheese Cake. Ambil jugak Mango Cheese Cake tapi tak berapa la rasa dia. Chicago tetap number one! Pertama kali jugak Sk nampak ada menu Hazelnut Americano, pesan satu mug, shedap betul
Jap.. Kita boikot SB aje kan.. CB pun ada dalam kempen boikot jugak ke? Rasa macam tak ada.. huhuhu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/makan-di-ayam-gepuk-pak-kembus.html