Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand Memperkasa 1 000 Kanak Kanak Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah


Menyokong 25 Rumah Kebajikan kanak-kanak Tempatan dengan Menyediakan Makanan Berkhasiat Selama 2 Bulan, Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Cermin Mata Perskripsi Percuma Kepada Insan yang Memerlukan





Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi. Beban berganda malnutrisi didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama dan merentasi jangka hayat. Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak.

 

Turut membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun. Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik.

 

Bagi mengatasi isu ini, Ayam Brand™, satu jenama terkenal yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti yang sihat dan memudahkan serta tanpa kandungan bahan pengawet dan tambahan MSG, kini kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023. Bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’, kempen ini akan mendekati lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.





 

Bukan sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

 

Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Group untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit.



 

Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.



 

“Risiko malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir. Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” kata Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.

 

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.

 

Kata Cik Teoh Wei Ling lagi, “Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.”

 

Di Perak, sejumlah 97 kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Kanak kanak Yatim Rumah Visi (Vision Home), Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, The Salvation Army Ipoh Children's Home, Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Pelangi Perak (Rainbow Children's Home) dan Pusat Jagaan Praise mengambil bahagian dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di KPJ Ipoh Specialist Hospital.

 



Di bengkel ini, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama  Pn Nur Arafah Abdul Wahab, Pakar Pemakanan KPJ Ipoh Specialist Hospital. Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.

 



“Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 yang baik, yang penting untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak.  Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu," kata  Pn Nur Arafah.

 

Kanak-kanak terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola yang membenarkan mereka melatih daya pengingatan serta koordinasi tangan-mata sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati.



Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi diberikan kepada mereka yang memerlukannya selepas itu.

 

Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.



“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™. Bagi kami, produk  Ayam Brand™ adalah enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka. Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan,” kata En Asher Amos, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak kanak Yatim Rumah Visi (Vision Home) Ipoh.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2023/12/kempen-komuniti-penyayang-2023-ayam-brand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Brand Sokong 25 Rumah Kebajikan Kanak Kanak Tempatan Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2023

Ayam Brand Sokong 25 Rumah Kebajikan Kanak Kanak Tempatan Melalui Kempen Komuniti Penyayang 2023

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 181 hits
Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand Memperkasa 1 000 Kanak kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah Ayam Brand menyokong 25 Rumah Kebajikan Kanak kanak tempatan dengan menyediakan makanan berkhasiat selama 2 Bulan pemeriksaan kesihatan ...
Ayam Brand Community Care Campaign 2023 Empowers 1 000 Children For A Better Future

Ayam Brand Community Care Campaign 2023 Empowers 1 000 Children For A Better Future

papar berkaitan - pada 10/12/2023 - jumlah : 239 hits
Ayam Brand Community Care Campaign 2023 Empowers 1 000 Children for a Better Future I would like to share one fact about Malaysia that some of us might not know Up to 5 6 million Malaysian school age children are thought to be doubly affect...
Lebih 9 000 Guru Baharu Mula Berkhidmat Tahun Depan Timb Menteri

Lebih 9 000 Guru Baharu Mula Berkhidmat Tahun Depan Timb Menteri

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Lebih 9 000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024 kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying Beliau berkata Kementerian Pendidikan sudah memperoleh jumlah perja...
Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

Isham Jalil Harus Cepat Masuk Bersatu Masa Depan Politiknya Cerah Di Situ

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 156 hits
Walaupun belum ada pengumuman rasmi lagi sehingga ini Isham Jalil sebenarnya sudah pun dipecat daripada UMNO Beliau dipecat dalam mesyuarat MT UMNO yang tidak dihadirinya pada malam semalam Selain beberapa ahli MT UMNO yang hadir dalam mesy...
Syarikat Lombong Kanada Buang Lebih 4 000 Pekerja Di Panama

Syarikat Lombong Kanada Buang Lebih 4 000 Pekerja Di Panama

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 180 hits
Syarikat lombong Kanada buang lebih 4 000 pekerja di Panama Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 Dec 2023 12 00
Misi Menghilangkan Stigma Negatif Gamers Tak Punya Masa Depan

Misi Menghilangkan Stigma Negatif Gamers Tak Punya Masa Depan

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 100 hits
Aldo yang juga youtuber ini mengungkapkan animo dari developer lokal untuk mempublikasikan game buatannya sangat besar
Aina Abdul Sanggup Habiskan Lebih Rm500 000 Untuk Busana Amp Mikrofon

Aina Abdul Sanggup Habiskan Lebih Rm500 000 Untuk Busana Amp Mikrofon

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 81 hits
Penyanyi terkenal Aina Abdul mendedahkan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM520 000 untuk tiga mikrofon serta lima busana eksklusif yang digayakan pada konsert Aina Abdul 3 0 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini malam semalam Difaham...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Persediaan Awal Haji



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Pusing Jalan

Pentingnya Muhasabah Diri

Huawei Announce Upcoming Launch Two Products On 13 May 2024

777 3 67 Slot777 Pg Slot777 Top 10 By Debora Punpro777 Us

Kisah Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman

Strategic Alliances For Business