Makan Di Awiet Bistro Corner


 Assalamualaikum WBT
HUJAN lebat menimpa bumi bertuah pagi ini. Sk jangka, bukan di Tanah Jauhar sahaja hujan, malah beberapa bumi di Semenanjung. Semalam pun, hampir sehari jugak hujan di KL, walaupun cuma gerimis dan hujan rintik sekali-sekala. Kami balik ke Johor,  lewat petang semalam memandangkan Pak Inche tak ambil cuti hari ni. Sk kalau dah berjalan jauh, mana mahunya larat nak masuk pejabat pagi ni, baik kuak lentang kat rumah, hahahaha.

Ni kisah minggu lepas, kami ke Awiet Bistro di Taman Setia Indah. Orang JB ramai yang tahu, ABC Special Awiet yang gerainya terletak di Medan Selera bersebelahan Balai Bomba Larkin. Pendek kata, kalau nak makan ABC sedap, ayatnya begini, jom pergi Awiet Bomba Larkin.. haaa.. orang tahulah tu kat mana


Semasa PKPB, Awiet mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membuka sebuah bistro di Taman Setia Indah. Kali ni bukan sahaja ABC malah turut menawarkan pelbagai jenis dessert, pembuka selera dan hidangan goreng panas serta banyak lagi menu berat


Pak Inche pesan Nasi Goreng Sotong. Sedap giler, terasa betul ia digoreng dengan penuh kasih sayang. Boleh dapat rasa setiap butiran nasi tu meletus rasanya dikacau pantas dalam wok hitam dengan api besar. Menggunakan sotong segar ya, bukan sotong ring frozen


Pesan juga sepinggan Rojak Petis. Yang ni biasa-biasa aje la


Tak kira, walaupun malam nak juga ABC. Lama tak makan ABC Bomba, ini lah masanya nak mengembalikan nostalgia. Pak Inche pun sama tak mahu mengalah dan berkongsi, hihi


Terdapat ruang makan di sebelah dalam restoran terbuka atau di laman tepi bistro. Walaupun di dalam lebih terang dan selesa, Pak Inche tetaplah nak makan di luar, senang nak sapkoktang la tuuuu


Parutan aisnya halus mulus tapi bukan jenis snow tu. Nampak tak, korek-korek bawah ais cari jagung dan kacang tapi ais krim nya tetap terletak, hahahaha


Sk minta Kacang Pool. Rasa dia sama sejibik macam Kacang Pool Haji Bomba yang original, rupanya memang resepi aslinya. Awiet merupakan anak saudara Haji Kacang Pool dan telah menuntut ilmu kacang pool dengan Haji. Bekalan bahan mentah juga diperolehi dari Haji. 

Bukan Johorean yang datang bercuti di Johor tetiba nak makan Asam Pedas Johor, bolehlah memesan semangkuk asam pedas di Awiet Bistro. Di sini semua asam pedas menggunakan ikan seperti Asam Pedas Ikan Merah, Ikan Pari dan Ikan Kembong. Setiap set asam pedas datang bersama sepinggan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan

Jom la ke Awiet Bistro Corner, macam-macam ada!!

Awiet Bistro Corner
1, Jln Setia 4/12, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor
Dibuka 24 jam setiap hari
No Telefon : 019-771 4949

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/makan-di-awiet-bistro-corner.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Nasi Dan Lauk Untuk 50 Orang Makan

Resepi Masak Nasi Dan Lauk Untuk 50 Orang Makan

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 371 hits
Nak masak untuk 50 orang tetamu Tak kira nak masak untuk katering jamuan raya open house birthday atau apa apa majlis yang mempunyai tetamu seramai 50 orang Jom tengok bahan cara masak dan resepi untuk 50 orang makan Contents RESEPI MASAK N...
Ikan Kembung Kukus Simple Menu Makan Tengahari

Ikan Kembung Kukus Simple Menu Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 351 hits
Assalamualaikum Selamat Petang IKAN KEMBUNG KUKUS SIMPLE MENU MAKAN TENGAHARI Semalam bila dah takde idea nak masak apa tiba tiba encik suami request nak makan ikan kembung kukus Masalahnya takde pulak limau kasturi untuk buat pencicah Tapi...
Makan Meldrum Signature Hi Tea Set Gbw Hotel Johor Bahru

Makan Meldrum Signature Hi Tea Set Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum WBTBULAN lepas Sk tak dapat join celebrate Hari Jadi Zulaikha Sebenarnya baru perasan tarikh hari lahirnya akan jatuh pada minggu Cuti Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong Sama macam tahun lepas la tak dapat join jugak sebab bias...
Reronda Cari Makan Roti Telur Kafe Warisan Noor

Reronda Cari Makan Roti Telur Kafe Warisan Noor

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 211 hits
Reronda Cari Makan Roti Telur Kafe Warisan Noor Singgah sarap jap kat sini Layannn https youtube com shorts YTyO0g4Qi8Q feature share mknaceunlimited mknace thecoloursoflife IniStyleKita RerondaCariMakan RotiTelur fyp KafeWarisanNoor blogge...
Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai

Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 155 hits
Reronda Cari Makan Simple Lunch Kome Thai Punya la susah nak cari makan sehari lepas Raya Haji itu hari Sib baik Kome Thai buka Singgah jap untuk simple lunch Order Mee Goreng Mamak sama Mee Ladna Memang best baq ang https youtube com short...
Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak

Me Time Makan Boat Noodle Dengan Emak

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 359 hits
Ikutkan ini pengalaman pertama emak makan di Boat Noodle Semestinya emak mengikut saja cadangan Diah Tekak rindu nak makan roti Sangkaya dia tu Kebetulan bawa emak keluar mencari barang rumah Jadi bila terjumpa Restoran Boat Noodle terus la...
Makan Makan Di The Glam Lounge Restaurant My Fame Hotel Seremban

Makan Makan Di The Glam Lounge Restaurant My Fame Hotel Seremban

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 218 hits
Hi Korang Sampai ke Seremban kitorang mencari menu makanan sedap Tak sangka ade jugak hidden gem tempat makan yang awesome wei The Glam Lounge Restaurant kini membuka pintunya secara rasmi buat kali pertama pada Julai 2023 Dengan membawa fa...
Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

Murid Digigit Guru Kurang Selera Makan Emosi Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 180 hits
Sinar HarianMenurut ibu kanak kanak itu anak lelakinya yang berusia enam tahun itu juga sering mengamuk berguling guling serta berasa takut dan tidak mahu ke sekolah Gambar hiasanKOTA BHARU Ibu kepada murid dipercayai digigit di bibir oleh ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid

Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67