Makan Daging Penyu Boleh Bawa Maut


M Update, 7/9/2020 – Daging penyu boleh menjadi punca terjadinya penyakit kronik yang menyebabkan kematian, kata Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Muhammad Hafiz Borkhanuddin.
Beliau berkata, ini kerana penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.
“Ini boleh mengakibatkan kesan toksik termasuk penyakit ginjal, barah hati dan kesan perkembangan pada janin dan kanak-kanak. “Selain itu, daging penyu juga mempunyai bakteria, parasit, biotoksin dan tempat pengumpulan bakteria yang terhasil daripada pencemaran alam sekitar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amalan memakan daging penyu oleh penggemar makanan eksotik. Ketika ini, daging penyu dijual melalui pasaran gelap bagi memenuhi permintaan peminat makanan eksotik di dalam dan luar negara yang turut menjadikan Malaysia sebagai lokasi mendapatkan haiwan terancam itu.
Muhammad Hafiz berkata, daripada perspektif parasitologi, terdapat banyak laporan yang merekodkan kehadiran telur dan cacing parasit pada penyu seperti cacing ‘trematoda’.
“Parasit-trematoda dewasa dijumpai terutamanya di jantung, manakala telur ‘trematoda’ boleh dijumpai di pelbagai organ termasuk otak, jantung, hati, paru-paru, limpa, ginjal, kulit, perut dan usus.
“Sebagai contoh, kajian yang dijalankan ke atas penduduk Orang Asli di Australia menjumpai telur cacing ini di dalam najis kanak-kanak masyarakat tersebut. Ini sekali gus menunjukkan risiko jangkitan akibat memakan daging penyu memang berlaku, seterusnya memberi indikasi bahawa cacing dewasa mampu membiak di dalam badan kanak-kanak terbabit,” katanya.
Katanya, secara am kesan kesihatan yang dilaporkan akibat memakan daging penyu atau telurnya yang dijangkiti patogen zoonotik termasuklah cirit-birit, muntah dan dehidrasi melampau yang boleh menyebabkan kematian.
“Oleh itu, aktiviti pengambilan daging dan telur penyu hendaklah dihentikan bagi mengurangkan kesan kesihatan kepada manusia, di samping keperluan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat umum mengenai perkara ini.
“Bagi mereka yang beragama Islam, larangan memakan daging penyu sudah oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kerana haiwan itu adalah kumpulan haiwan dua alam seperti katak, buaya dan lain-lain,” katanya. – HM Online
The post Makan Daging Penyu Boleh Bawa Maut appeared first on M-Update.


source : M-Update

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2020/09/makan-daging-penyu-boleh-bawa-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Kerap Lebam Pada Badan Boleh Bawa Maut

Awas Kerap Lebam Pada Badan Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 328 hits
Lebam pada badan itu normal tetapi kalau kerap berlaku itu bukan normal tetapi mungkin petanda penyakit serius Tahu kan macam mana lebam terjadi Apabila kulit mengalami kecederaan atau luka platelet darah akan mula berkumpul bagi membentuk ...
Senarai Penyakit Penyakit Popular Yang Boleh Serang Anak Kita Tanpa Sedar No 5 Boleh Bawa Maut

Senarai Penyakit Penyakit Popular Yang Boleh Serang Anak Kita Tanpa Sedar No 5 Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 340 hits
Penyakit yang sering menjangkiti kanak kanak pada usia sejak lahir hingga lima tahun ialah masalah demam sawan penyakit kulit selesema batuk dan cirit birit Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanp...
Sedap Tapi Tak Boleh Makan Betul Ke Ibu Mengandung Dilarang Makan Tapai Ini Pencerahan Doktor

Sedap Tapi Tak Boleh Makan Betul Ke Ibu Mengandung Dilarang Makan Tapai Ini Pencerahan Doktor

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 320 hits
Mengidam wanita mengandung tidak dirancang Ada waktunya inginkan makanan masam ada waktunya inginkan yang manis Begitu juga dengan makanan makanan yang begitu sukar untuk diperolehi Tapai antara salah satu makanan yang begitu diinginkan set...
Kimstone Food Court Hall Macam Macam Boleh Makan Kat Sini

Kimstone Food Court Hall Macam Macam Boleh Makan Kat Sini

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 486 hits
Bertempat di Beserah Kuantan Pahang Kimstone Food Court Hall menawarkan macam macam menu untuk dipilih Nam aknya semua sedap belaka Sesuai sungguh untuk jamu selera seisi keluarga Melalui facebook page Kimstone Food Court Hall pelbagai gamb...
Hanya Rm55 Untuk 5 Orang Makan Boleh La Open Table Di Mcd

Hanya Rm55 Untuk 5 Orang Makan Boleh La Open Table Di Mcd

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 277 hits
Korang selalu pergi McDonald s nbsp dengan family kan Belanja la adik adik atau ajak anak buah korang boleh order sekali kalau ambil nbsp McDonald s Family Meal Baru syok makan dengan satu keluarga atau kawan kawan Sekarang McDonald s ada t...
Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus Tapi Awas Bukan Semua Boleh Makan 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus Tapi Awas Bukan Semua Boleh Makan 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 382 hits
Pemakanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang digalakkan buat ibu ibu yang sedang hamil Makanan laut seperti ikan antara makanan yang disarankan untuk diambil oleh wanita yang sedang mengandung Makanan laut memang kaya dengan sumber pro...
Psbb Dki Transportasi Umum Diisi Maksimum 50 Persen Dan Motor Boleh Bawa Penumpang

Psbb Dki Transportasi Umum Diisi Maksimum 50 Persen Dan Motor Boleh Bawa Penumpang

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 275 hits
Kami mengimbau kepada masyarakat khususnya pengguna transportasi umum untuk tetap disiplin menerapkan protokol kesehatan seperti memakai masker menjaga jarak dan sering mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer jelasnya
Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

Jangan Terlalu Excited Bagi Anak Makan Ada Jenis Jenis Makanan Yang Boleh Bahayakan Nyawa Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 408 hits
Fiona kau dah ada dua orang anak kan Ajarlah aku resipi makanan bayi nak cuba bagi dekat Adam nanti tanya Nadia dalam keadaan teruja Kedatangan si comel dalam keluarga memang memberi banyak perasaan positif Semua ibu bapa mahukan yang terba...
Resipi Sandwich Telur Viral Buat Makan Sendiri Boleh Nak Jual Pun Laku

Resipi Sandwich Telur Viral Buat Makan Sendiri Boleh Nak Jual Pun Laku

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 721 hits
Anak suka telur dan suka makan roti masa ni lah ibu boleh tunjuk skil buatkan sandwich telur yang sedap dan paling cepat siap Bukan untuk hidangan ahli keluarga je kalau yang rajin boleh buat duit sampingan pula menjualnya Kadang kalau beli...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm