Makan Bubur Nasi Istimewa No 1


 Assalamulaikum...
RASANYA setiap kali bercerita tentang makan Bubur Nasi Istimewa No 1 ini, pasti Sk akan teringat dengan rakan semasa sama-sama menjadi instruktor di sebuah institusi swasta, iaitu Along dan Ucu. Sebabnya, mereka berdualah yang memperkenalkan Sk dengan gerai bubur nasi yang terkenal di Taman Sentosa. Oh, kenapa namanya Along dan Ucu, adik beradik ke? Mereka ni bukan adik beradik tapi masa mereka belajar dulu, ceritanya, dalam dorm kursus yang sama, pengambilan yang sama, jadi masing-masing diberi gelaran mengikut turutan umur, dari Along, Angah, Uda, Uteh, Itam, Alang, Acik sampailah Ucu. Jadi, Ucu dengan Along ni pulak kebetulan sama kerja dengan Sk, lama-lama, Sk pun terikut la panggil Along dan Ucu.. hurmmm.. panjangnya intro kau, Sk 😜

Pada mulanya, Pak Inche tak nak bila Iman cadangkan tapau bubur nasi, masa mereka balik kerja berdua semalam. Pak Inche kata, makan di luar jer, tapi tak nak makan bubur. Tapi, masa dalam kereta, Pak Inche tanya Sk, dekat mana bubur nasi yang Iman nak makan tu? Dia kata, pergi situ aje. Eh, nak pulak ke makan bubur. Sebab katanya, belum makan nasi lagi siangnya. Pak Inche kata, boleh la.. hurmm.. mengalah jugak dengan anak. Jadi mak bapak macam tu la, apa anak nak makan, kita layankan. Bukan ada banyak masa lagi dengan anak, umur pun makin tua meningkat dan makin singkat


Layan Kerang Rebus dulu sebelum bubur sampai. Oh ya, Sk pernah bawa pembaca ke sini SEBELUM INI. Lama dah, sebelum pandemik. Masa tu, kerusi meja di letakkan di halaman tempat letak kereta tapi kali ni ruangan makan hanya di dalam restoran dan di kaki lima deretan kedai di bahagian kiri yang berjiran dengan restoran bubur nasi. Mematuhi SOP, walaupun ada meja kosong, selepas imbas MySejahtera dan periksa suhu badan, kita tunggulah staf memberi keizinan untuk duduk di meja. Kami duduk di kaki lima berhadapan kedai yang menjalankan khidmat kurier. Eloklah tempatnya walaupun kaki lima kerana ni bangunan kedai baharu tak baharu jugak la di Dataran Larkin

Terdapat dua pilihan masakan kerang di sini iaitu Kerang Sambal atau Kerang Rebus. Sk tak pastilah Kerang Sambal tu, Kerang Bakar Sambal atau Kerang Goreng Bersambal. Pak Inche minta, kerang rebus. Kerang direbus bersama hirisan daun kunyit dan dihidangkan bersama pencicah sambal cili yang sedap.. sangat sedap pencicah tu. Aroma daun kunyit membuatkan rasa kerang lebih segar dan sedap. 

Bismillah.. Stail kami makan, memang akan longgokkan semua lauk dalam mangkuk bubur, gaul sungguh-sungguh, kemudian.. ngap 😆
Berpuluh tahun pengalaman dalam perniagaan bubur nasi berlauk ni, servisnya cekap dan pantas. Sebaik pelanggan duduk, menu terus diberi dan pesanan diambil. Kebanyakan pelanggan datang, memang nak makan bubur nasi. Jadi, di bahagian dapur memang dah siap semua lauk dalam piring. 
Satu set mengandungi semangkuk bubur kosong, sepiring kangkung goreng belacan, jeruk lobak asin, sambal, kacang tanah, ikan bilis yang digoreng bersama cili hijau dan bawang besar dan telur masin sebelah. Beli bubur nasi berlauk di mana-mana pun, belum boleh jumpa lagi yang boleh menandingi kesedapan lauk ikan bilis goreng dia tu. Setiap piring, disertakan hirisan limau nipis untuk diperah sebelum dimakan bersama bubur. Memang istimewa rasa

Bubur Nasi Istimewa No 1(Cawangan)12-01, Jalan Dataran Larkin 6, Jalan Dataran Larkin 1, 80350 Johor Bahru, Johor
Tel 017 7169699
Buka setiap hari3 petang hingga 12 malam






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-bubur-nasi-istimewa-no-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokasi Kedai Makan Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Selangor

Lokasi Kedai Makan Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Selangor

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 236 hits
Hi Korang Tahukah korang Menu nasi daun pisang ini sebenarnya berasal dari India Selatan di Negeri Tamil Nadu Kerala Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British dahulu Makanan ini sangat terkenal ...
Nasi Beriani Di The Makan King Seri Alam

Nasi Beriani Di The Makan King Seri Alam

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 354 hits
Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam Jalan jalan cari makan di hujung minggu dan tiada adegan dapur berasap pada hari tu Hah gitulah ceritanya Babah la yang nak makan sangat makan Nasi beriani hari tu Umi pun tak sure kat mana nasi beri...
Resipi Ayam Kukus Superb Isi Lembut Sedap Bertambah Makan Nasi Panas Panas

Resipi Ayam Kukus Superb Isi Lembut Sedap Bertambah Makan Nasi Panas Panas

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 250 hits
Tercari cari resipi ayam yang sedap dan lembut apa kata anda cuba resipi ayam kukus ini Lain dari yang lain Memang superb Resipi perkongsian Shedo Priorita dengan isi ayam yang lembut dan perapan bahan yang buat isi ayam jadi lagi sedap ini...
Minum Teh Tarik Dan Makan Nasi Ayam Cincang Di Warong Teh Madu Bard Melaka

Minum Teh Tarik Dan Makan Nasi Ayam Cincang Di Warong Teh Madu Bard Melaka

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 441 hits
assalamualaikum salam sejahtera kongsi tempat makan di Melaka kedai biasa tapi makanannya luar biasa ini yg kita semua mahukan kan yang tular tu most of the time dah lama lama menjadi biasa saje harga makin naik namun mutu makanan semakin m...
Diet Tak Makan Nasi Ada Berani Kita Cuba Ya

Diet Tak Makan Nasi Ada Berani Kita Cuba Ya

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 240 hits
Korang pernah diet tak makan nasi Boleh tahan ya Sis sehari kalau tak dapat nasi rasa dah menggeletar badan Hahaha Disebabkan nasi merupakan sumber karbohidrat yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi jadi tak hiaranlah mereka yang seda...
Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

Nasi Tidak Boleh Jadi Bubur Puad Mahu Pm Bertindak Segera Susulan Ahli Panel Sprm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 171 hits
December 28 2021 Puad Zarkashi berkata kalau semua pihak mendiamkan diri dan tidak berani membincangkan dakwaan Edmund Terence Gomez maka siapa lagi yang patut bertindak kalau bukan Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri perlu berani...
Bubur Nasi Resipi Abah Yatie Kitchen Ni Dapat Semangkuk Gerenti Ketagih Nak Lagi

Bubur Nasi Resipi Abah Yatie Kitchen Ni Dapat Semangkuk Gerenti Ketagih Nak Lagi

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 282 hits
Menu tengah hari ni kita masak yang simple jom buat bubur nasi yang di kongsi oleh Yatie Kitchen ni Rasanya lain dari kebiasaan yang pasti ini abah punya ilmu yang diturunkan pada anak daranya satu ketika dulu Anda yang tidak makan bubur pu...
Dating Makan Nasi Goreng

Dating Makan Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum SELEPAS tiga hari meninggalkan rumah hari ini pulang dengan lelah Orang bercuti nak berehat Sk bercuti dapat penat Apa ketidaknya bercuti semasa kemuncak perayaan dan cuti sekolah Bercuti bersama sama satu Malaysia Saja perl...
Makan Nasi Goreng Bodoh Je Pun Dah Nikmat

Makan Nasi Goreng Bodoh Je Pun Dah Nikmat

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 243 hits
MAKAN NASI GORENG BODOH JE PUN DAH NIKMAT Lama juga tak update resepi kan Asyik drama hangat je Tapi harini perkongsian Cikza adalah mengenai resepi Nasi Goreng Bodoh Kalau sebut sahaja menu tu confirm ramai yang angkat tangan Kebiasaan aba...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks