Lokasi Kedai Makan Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Selangor


Hi Korang,
Tahukah korang


Menu nasi daun pisang ini sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British dahulu. Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat

Di sini, pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lokasi di sekitar Negeri Selangor bagi anda mendapatkan sajian nasi daun pisang yang enak dan lazat

1) Yap Kee Banana Leaf, Klang

Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang. Ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap

2) Kanna Curry House, Petaling Jaya

Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House! Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi

3) Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik

Ianya turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi

4) Laxmi’z Kitchen, Rawang

Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam? Jika ya, di sini lah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang

5) Acha Curry House, Petaling Jaya

Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini

6) Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan

Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu thosai yang juga terkenal di restoran ini

7) Macha & Co, The Curve

Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat. Resepi yang digunakan adalah resipi turun-temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat

Pasti hidangan nasi daun pisang ini membuat anda terliur, bukan? 
Tunggu apa lagi? 
Ajak kawan-kawan atau keluarga anda untuk Pusing Selangor Dulu” bagi menikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas

Ketahuilah bahawa nasi daun pisang ini adalah antara hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa

Namun, adalah diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/01/lokasi-kedai-makan-nasi-daun-pisang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Restoran Nasi Daun Pisang Terbaik Di Lembah Klang

7 Restoran Nasi Daun Pisang Terbaik Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 237 hits
7 Restoran Nasi Daun Pisang Terbaik Di Lembah Klang MASYARAKAT Malaysia yang berbilang kaum telah memberi kelebihan kepada kita untuk mencuba pelbagai sajian yang enak belaka Antara yang paling popular ialah nasi daun pisang yang sememangny...
Tak Payah Rasa Segan Sebenarnya Ada 7 Gimnasium Sekitar Kl Selangor Khas Untuk Kaum Hawa

Tak Payah Rasa Segan Sebenarnya Ada 7 Gimnasium Sekitar Kl Selangor Khas Untuk Kaum Hawa

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 167 hits
Tak Payah Rasa Segan Sebenarnya Ada 7 Gimnasium Sekitar KL Selangor Khas Untuk Kaum Hawa Bersenam adalah salah satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan kita Banyak sebenarnya manfaat yang kita boleh dapat darinya Tambahan lagi jika anda b...
Nasi Beriani Di The Makan King Seri Alam

Nasi Beriani Di The Makan King Seri Alam

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 345 hits
Nasi Beriani di The Makan King Seri Alam Jalan jalan cari makan di hujung minggu dan tiada adegan dapur berasap pada hari tu Hah gitulah ceritanya Babah la yang nak makan sangat makan Nasi beriani hari tu Umi pun tak sure kat mana nasi beri...
Resipi Ayam Kukus Superb Isi Lembut Sedap Bertambah Makan Nasi Panas Panas

Resipi Ayam Kukus Superb Isi Lembut Sedap Bertambah Makan Nasi Panas Panas

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 241 hits
Tercari cari resipi ayam yang sedap dan lembut apa kata anda cuba resipi ayam kukus ini Lain dari yang lain Memang superb Resipi perkongsian Shedo Priorita dengan isi ayam yang lembut dan perapan bahan yang buat isi ayam jadi lagi sedap ini...
Diet Tak Makan Nasi Ada Berani Kita Cuba Ya

Diet Tak Makan Nasi Ada Berani Kita Cuba Ya

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 230 hits
Korang pernah diet tak makan nasi Boleh tahan ya Sis sehari kalau tak dapat nasi rasa dah menggeletar badan Hahaha Disebabkan nasi merupakan sumber karbohidrat yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi jadi tak hiaranlah mereka yang seda...
Makan Nasi Goreng Bodoh Je Pun Dah Nikmat

Makan Nasi Goreng Bodoh Je Pun Dah Nikmat

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 238 hits
MAKAN NASI GORENG BODOH JE PUN DAH NIKMAT Lama juga tak update resepi kan Asyik drama hangat je Tapi harini perkongsian Cikza adalah mengenai resepi Nasi Goreng Bodoh Kalau sebut sahaja menu tu confirm ramai yang angkat tangan Kebiasaan aba...
Minum Teh Tarik Dan Makan Nasi Ayam Cincang Di Warong Teh Madu Bard Melaka

Minum Teh Tarik Dan Makan Nasi Ayam Cincang Di Warong Teh Madu Bard Melaka

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 432 hits
assalamualaikum salam sejahtera kongsi tempat makan di Melaka kedai biasa tapi makanannya luar biasa ini yg kita semua mahukan kan yang tular tu most of the time dah lama lama menjadi biasa saje harga makin naik namun mutu makanan semakin m...
Lunch Nasi Kandar Tersandaq Ttdi Jaya Shah Alam Selangor

Lunch Nasi Kandar Tersandaq Ttdi Jaya Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 352 hits
Mama lunch Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor selepas hantar kereta di Dr Cermin TTDI Jaya bulan November lepas Cermin windscreen retak selepas terkena batu di lebuhraya masa hantar anak mama masuk asrama bulan Novembe...
Makan Bubur Nasi Istimewa No 1

Makan Bubur Nasi Istimewa No 1

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 498 hits
Assalamulaikum RASANYA setiap kali bercerita tentang makan Bubur Nasi Istimewa No 1 ini pasti Sk akan teringat dengan rakan semasa sama sama menjadi instruktor di sebuah institusi swasta iaitu Along dan Ucu Sebabnya mereka berdualah yang me...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul