Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di Aeon Nilai


 hai assalammualaikum
Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai - Siapa sini pakai cermin mata? Kalau ada kita geng! Nad salah seorang yang memakai cermin mata disebabkan masalah silau. Kerja yang perlu mengadap laptop, telefon terlalu lama, menyebabkan nad perlu memakai cermin mata. Nad akan pakai cermin mata bila nad mengadap gajet ni sebab silau yang terlalu tinggi. Nad pasti ramai yang pakai cermin mata juga, bukan orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak pun pakai. 
Baru-baru ni nad dijemput menghadiri pembukaan outlet terbaru Kedai Optik Calisto Vision Care di AEON Nilai. Calisto Vision Care sebenarnya dah ada 2 cawangan di Pavillion Bukit Jalil dan Melawati Mall dan outlet ini merupakan outlet yang ke tiga dan terbesar di AEON Nilai. Tahniah Calisto Vision Care untuk pembukaan outlet terbaru ini. Nad dah pergi banyak kedai cermin mata tapi bagi nad kedai optik Calisto Vision Care ni sangat menarik perhatian



Kedai Optik Calisto Vision Care Buka Cawangan Baru Ke Tiga Dan Terbesar Di AEON Nilai 
Walaupun jauh, nad tetap datang sama-sama memeriahkan majlis pembukaan outlet terbaru kedai optik Calisto Vision Care, sebab nak tengok design cermin mata yang ada dan nak tau apa istimewanya kedai ni. Lokasi Calisto Vision Care berada di tingkat 1 Lot F13, AEON Nilai. 


Pembukaan outlet baru dimulai dengan tarian singa, satu bentuk tarian tradisional dalam budaya Cina yang biasanya dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina, atau acara penting lain seperti ini



Selepas itu, pemotongan reben oleh CF Wong (Pengurus Besar La Calisto Group), Madam Jojo Gan (Pengurus Operasi Kanak La Calisto Group), Yang Berbahagia Datuk Iskandar Sarudin (Chairman of AEON Company Malaysia Berhad),  Mr Kenny Lim (General Manager of Kering Eyewear) dan Ms Siao Hui Lim (Business Development Manager of La Calisto Group).

Calisto Corporate adalah sebuah kumpulan pelaburan yang mengendalikan CALISTO VISION CARE, sebuah konsep butik keunikan. Ditubuhkan pada tahun 2022, CALISTO VISION CARE membawa pelbagai pilihan jenama utama dalam kacamata serta memberi perkhidmatan professional yang komprehensif
Sementara itu, OMNI EYEWEAR, MYANGKASA OPTIKAL yang berada di bawah sub-kumpulan adalah konsep moden yang kami menawarkan di antara keseimbangan dan fesyen serta reka bentuk mengikut trend semasa yang berkualiti dalam semua jenis kacamata, koleksi daripada kami berdasarkan pelbagai rangkaian, dari kasual hingga bergaya

Matlamat mereka adalah untuk mengubah cara orang melihat cermin mata, memberikan lebih nilai, kemudahan dan gaya pada skala global

Apa yang menarik dengan Kedai Cermin Mata Calisto Vision Care ini?
Biasanya kalau kita pergi kedai cermin mata lain-lain, kita just pergi check mata, pilih mana yang berkenan, tunggu beberapa hari datang balik baru ambil kan? Tapi kalau korang datang ke kedai cermin mata Calista Vision Care, korang akan dapat rasa kelainannya. 




Bagi nad, kedai Calisto Vision Care ni sangat cantik, berkonsepkan butik optical. Style kan kedai ni. Kedai yang sangat luas dan selesa untuk kita memilih cermin mata dan buat pemeriksaan mata di sini. Nad suka dengan decoration kedai ni, sangat aesthatic

Selalu pergi kedai cermin mata, ada beberapa tempat duduk sahaja, kedai pun kecil, tapi Calisto Vision Care, serius, lain dari yang lain, banyak kerusi, banyak cermin, memang sangat eksklusif











Boleh tengok, pelbagai rekabentuk cermin mata, dan jenama ada dekat sini. Bingkai-bingkai cermin mata pun semua menarik. Calisto Vision Care menyediakan semua jenis cermin mata yang sesuai untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak

Cermin mata yang bergaya dan berfesyen seperti Gucci, Coach, Mont Blanc pun ada dan banyak lagi cermin mata dijual di sini

Pastinya harga cermin mata di Calisto Vision Care semua berpatutan. Paling penting kesemua kaca mata di Calista Vision Care berkualiti tinggi dan memuaskan hati




Selain cermin mata, dekat sini ada juga Contact Lens. Ada macam-macam jenis contact lens korang boleh pilih

Beberapa hari ni, nad rasa pedih dekat mata dan mata berkelip tak berhenti. Dah alang-alang datang sini, nad pun buatla pemeriksaan mata. 




Kakitangan dekat sini terlatih dan bertauliah dengan adanya alat pemeriksaan dan latihan yang cekap. Masa mata nad diperiksa, silau nad makin tinggi. Selain silau, diaorang cek untuk rabun juga. Cek dengan teliti sambil bagi penerangan tentang masalah mata kita. Staff yang cek mata nad, dapat tau mata nad ni kering dan terlalu penat. Yup, bukan cek biasa-biasa je, dia cek betul-betul. 
Lepastu staff tu cadangkan untuk nad pakai lens relaxkan mata. Ya, ni pertama kali nad dengar dan dapat tau tentang lens relax kan mata. Maksudnya ada kanta tertentu untuk mata kita ni. Kanta dapat relax kan mata kita bila dipasang di cermin mata. Bagus kan




Cermin mata bukan tukar tiap-tiap tahun pun kan.  At least 3 tahun dah boleh tukar. Dah buat pemeriksaan mata, terus rasa nak beli cermin mata dekat sini..hehee. Macam nad cari cermin mata yang sesuai dengan nad dan memuaskan hati. Nad lebih prefer kepada patern dan juga kualiti cermin mata tu sendiri

Suka layanan staff dekat sini, memang sangat friendly, ramah, dan professional. Jenis nad ni memang tengok semua cermin mata kat sini cantik, takkan la nak beli semua, kene pilih satu. Masa memilih pun ambil masa sampaikan staff dekat situ bantu nad untuk cari cermin mata yang sesuai..hehee. 
Nad punya cermin mata akan di pos ke rumah. Nad ada tanya juga, ada ke cermin mata yang siap terus. Staff dekat situ bagitau, yup ada yang boleh siap terus, tapi tengok kanta cermin mata tu. Kalau ada bolehla siap dalam 1 jam, kalau takda, cermin mata akan di pos ke rumah


So if, korang tengah mencari-cari cermin mata baru atau nak buat pemeriksaan mata bolehlah pergi ke Calista Vision Care AEON Nilai di tingkat 1, terutama mereka yang tinggal di Nilai. Tempat selesa, layanan superb, semua professional, jangan risa

Promosi Beli Secara Online
Korang juga boleh beli secara online tau. Sempena pembukaan ada banyak promo. Selain pergi ke kedai, korang juga boleh beli online, visit https://calisto.co/ Nikmati POTONGAN RM30 jika pembelian RM200 & ke atas dengan menggunakan code CABGNA30. 
Eyewear Clearance stock up  : https://calisto.co/collections/premium-eyewear-on-sale
OMNI Eyewear: https://calisto.co/collections/omni-eyewear
Contact Lens lowest price in town: https://calisto.co/collections/contact-lens-offer-promotion
Ada banyak lagi cerminmata korang boleh tengok, boleh klik https://calisto.co/



Bulan Disember ni pun ada promo. Jangan tak grab ok, masa ni la nak beli cermin mata



Maksud Logo Calisto 
Secara teknikal, definisi logo CALISTO mempunyai 2 sebab apabila CF Wong memikirkannya. Rama-rama: Calisto adalah sejenis genus rama-rama dari subkeluarga Satyrinae dalam keluarga Nymphalidae. Genus ini telah didirikan oleh Jacob Hübner pada tahun 1823. Genus ini hanya muncul pada pulau Caribbean sahaja. Wikipedia
Perkataan Calisto: Maksud Calisto ialah “sangat cantik” atau “indah”. Perkataan Calisto berasal daripada Greek Purba “Kalistos” yang bermakna “hebat”, “kacak”,“cantik”
Garisan merah & hijau: Ia adalah “eyespot” pada sayap rama-rama Calisto. Dalam mitologi China, merah bermaksud warna bertuah. 
Sementara itu, hijau bermaksud warna kekayaan, kesuburan. penjanaan semua, harapan, keharmonian dan pertumbuhan


Sokong Muzik Dan Artis Tempatan 
Calisto juga sentiasa tampil dengan inisiatif menyokong artis tempatan dengan bakat- bakat mereka serta aktif menghadiri aktiviti-aktiviti bersama Universal Music Malaysia sebagai tanda sokongan kepada artis tempatan. Pihak kami sentiasa bekerjasama dengan artis-artis untuk meningkat imej-imejtersendiri

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporate telah diamalkan oleh team Calisto sebagai salah satu usaha bagi menyumbang kepada warga yang memerlukan. Justeru, pihak Calisto sentiasa menjalinkan hubungan dua hala dan kerjasama antara komuniti bersama


Kalau korang nak pergi buat pemeriksaan mata atau nak beli cermin mata di Calisto Vision Care, boleh ke 
Pavilion Bukit JalilLevel 3, LOT 3.49.00 & 3.50.00, Pusat Bandar 2, Persiaran Jalil Utama, BukitJalil, 57000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiaPhone: 60380822729Email: [email protected]
Pusat Beli-Belah Aeon NilaiLot F13, Pusat Beli -Belah Aeon Mall Nilai, No. 2, Persiaran Pusat Bandar, PutraPoint, Putra Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus, MalaysiaPhone: 6067991978Email: [email protected]
Melawati MallUP2-01, GF-22, 355, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, 53100, KualaLumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiaPhone: 60367300794Email: [email protected]
Untuk ketahui lebih lanjut boleh layariWebsite : https://calisto.co/Facebook: https://www.facebook.com/calistogroup.officialInstagram: https://www.instagram.com/calistogroup.official/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/11/kedai-optik-calisto-vision-care-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

Calisto Vision Care Di Aeon Mall Nilai Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Ke 3

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 179 hits
Calisto Vision Care Buka Cawangan ke 3 di AEON Mall Nilai Assalamualaikum holla korang baru baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis perasmian pembukaan cawangan baru Calisto Vision Care di AEON Mall Nilai iaitu cawangan ke 3...
Jadikan Nilai Integriti Sebagai Kriteria Asas Dalam Memilih Kerajaan Baru Kelak

Jadikan Nilai Integriti Sebagai Kriteria Asas Dalam Memilih Kerajaan Baru Kelak

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 160 hits
Perlumbaan ke garisan penamat semakin hampir dengan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia membuang undi pada 19 November ini Semakin hampir ke garisan penamat itulah semakin rancak dan semakin ganas kempen yang dijal...
Kerajaan Perpaduan Terdiri Daripada Tiga Komponen Terbesar Ph Bn Gps

Kerajaan Perpaduan Terdiri Daripada Tiga Komponen Terbesar Ph Bn Gps

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 108 hits
Kerajaan Perpaduan setakat ini terdiri daripada tiga komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim AWANInews PilihanMalaysia AnwarIbrahim PM10 S
Makan Bersama Keluarga Di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis

Makan Bersama Keluarga Di Tiga Budak Gemok Cawangan Perlis

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sejahtera Kali ini aku nak kongsikan tentang tempat makan yang pastinya ramai yang dah kenal dan ...
Pemerintah Akan Terbit Perppu Untuk Akomodasi Tiga Provinsi Baru Papua

Pemerintah Akan Terbit Perppu Untuk Akomodasi Tiga Provinsi Baru Papua

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 95 hits
Tito menuturkan akan ada penambahan anggota DPD RI dan juga DPR RI Akan ada anggota dewan dan senator di provinsi baru Papua yang dipilih pada pemilu berikutnya
Video Hasil Olah Tkp Polisi Ungkap Temuan Bukti Baru 1 Keluarga Tewas Di Kalideres

Video Hasil Olah Tkp Polisi Ungkap Temuan Bukti Baru 1 Keluarga Tewas Di Kalideres

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 82 hits
Polisi telah melakukan olah tempat kejadian perkara kasus sekeluarga tewas di Perumahan Citra Garden Satu Extension Kalideres Jakarta Barat Dari hasil tersebut kepolisian memastikan telah mendapatkan temuan terbaru Dirkrimum Polda Metro Jay...
Baru Diresmikan Ini Potret Megah Masjid Raya Sheikh Zayed Solo

Baru Diresmikan Ini Potret Megah Masjid Raya Sheikh Zayed Solo

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 95 hits
Presiden Joko Widodo dan Putra Mahkota Uni Emirat Arab Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan baru saja meresmikan Masjid Raya Sheikh Zayed Solo Senin kemarin Berikut kumpulan potret megah masjid tersebut
Afgan Soroti Peraturan Baru Konser Musik Di Jakarta Ingatkan Promotor Dan Penonton Agar Patuh

Afgan Soroti Peraturan Baru Konser Musik Di Jakarta Ingatkan Promotor Dan Penonton Agar Patuh

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 177 hits
Bagi Afgan promotor dan penonton konser harus saling bekerja sama agar persoalan over capacity yang sempat terjadi nggak terulang lagi dan konser berjalan dengan aman
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered