Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah
Banner Warung Zara dekat Binaong Keningau
27.09.2025 Sabtu hujung minggu berhasrat bawa anak-anak dan cucu ke Warung Zara, Binaong Keningau. Niat hendak makan masa tengahari ramai - ramai apabila tiga orang anak balik kampung. Mereka bertiga dari Kota Kinabalu Sabah balik hujung minggu melawat adik yang di tahan di wad bersalin. Khabar Berita hal anak di wad bersalin. Alhamdulillah sudah melahirkan anak dan bayi lelaki berat 2.85 kg.Syukur ke hadratMu ya Allah, selamat anak Etuza dan cucu.
Warung Zara, Binaong Keningau Berkonsepkan Hiasan Traditional Sabahan.
Apabila 3 orang anak balik kampung, bertambah meriah di rumah apabila mereka gembira dan menghiburkan cucu sulung yang baru hari ini genap 10 bulan. Sudah pandai merangka dan sesekali usaha berdiri dan bergayut.
Alhamdulillah kami sampai di Warung Zara, di mana ruangan makan hanya ada 3 keluarga dan tempat meja makan masih boleh pilih tempat yang sesuai. Kami pilih meja bulat saiz besar dan duduk bersama-sama.
Meriah dengan cerita masing-masing dan topik utama tentang adik mereka yang sedang bertarung melahirkan anak dia yang pertama. Suami anak kakitangan keselamatan sedang berada di lapangan KLIA bersiap terbang ke Sabah malam Ahad. Dijangka tiba pada tengahari hari ini 28.09.2025. Pasti datuk dia yang akan bacakan azan dan iqmat baby ini ( cucu ke 2).
Pada lawatan kami suami isteri 27.09.2025, anak sering sakit dan ada bukaan katanya. Tak henti sakit dan wajah anak kelihatan merah menahan sakit. Rupannya anak melahirkan baby lelaki pada jam 1.00 lebih malam Ahad. Syukur kehadrat ilahi atas anugerah hebat ini. Bertambah keluarga Etuza lagi dengan kehadiran baby lelaki ini. Allah hu akbar.
Baiklah kepada semua pembaca dan teman blog mari ikuti gambar moment indah kami di Warung Zara Binong Keningau, Sabah. Warung tepi jalan yang sangat viral di Keningau sejak 2019 higga kini masih bertahan walau ledakan restoran baru di Keningau. Menu kegemaran Etuza di Warung Zara ialah Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang dan Nasi Ayam Penyet. Sangat menyelerakan dan secukup rasa. Alhamdulillah.Jemput klik SINI cacatan baru.
Warung Zara pandangan depan selepas masuk pintu gerbang.
Menu pilihan hati, selera di Warung Zara.
Menu sajian di Warung Zara. Bercirikan kosep warung tradisional. Menarik.
Bercerita sebelum juadah sampai..
Melayani Sufi, bersiar-siar di ruangan Warung Zara.
Happy Birtday cucu yang ke 10 bulan. Inilah cucu kami Sufi, panggilan mudah simple..
Cendol secukup rasa.
Air kelapa dan jus epal
Meriah kami sekeluarga di Warung Zara ( Mararau ) makan tengahari.
Juadah semua dah sampai, baca doa sebelum makan..alhamdulillah rezeki yang Allah bagi hari ini.
Ini gambar selesai makan semua, 98 % licin alhamdulillah.
Menu Pilihan 1
Menu pilihan 2 Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang ( Etuza)________________________________________________________________________________
Menu pilihan hati 3 Nasi Berlado
Menu pilihan hati 4 Nasi Penyet
Menu Pilihan 5 Nasi Penyet
Menu pilihan hati 6 Nasi ayam Geprek ( Aliya )
Menu pilihan hati 7 Nasi ayam gerpek. ( Nick Irfan )
Menu pilihan hati 8 Nasi ayam madu
Menu Pilihan Hati 9 nasi ayam
Menu pilihan hati 9 Nasi Ayam
Beberapa gambar suasana ruangan makan di Warung Zara. Kelihatan menarik ada ciri-ciriwarung tradisi Sabahan
________________________________________________________________________________
Ada ruang bergambar seperti ini. Manfaatkan untuk bergambar.
Langsir menghias hadapan Warung Zara
Singki di luar, mudah cuci tangan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/09/makan-berjemaah-di-warung-zara-binaong.html