Makan Belangkas Bakar Sambal Asam Pedas Mak Kiah
Assalamualaikum WBT
DALAM perjalanan hendak ke Lotus Seaview Beach Resort hari tu, Sk ternampak papan tanda terpampang di hadapan sebuah gerai makan tertulis Belangkas tapi dah terlepas. Nak patah balik, makan tengahari, perut pun masih kenyang lagi sarapan Puri di Restoran Thoufeeq. Iman pun cakap kenyang lagi. Fikir-fikir, lepas selesaikan urusan check in, nak pergi makan kat sini tapi bila dah dapat parkir cantik depan lobi, terus tak jadi keluar dan buat pesanan room service sahaja. Esok jer la makan kat situ, rancangnya.
Tapi, tahulah, kalau dah makan sarapan buffet, memang tak larat nak makan tengahari. Tapi, tekak nak sangat makan belangkas. Dahlah masa pergi Restoran Haji Daud tu kesuntukan masa nak makan, kali ni mesti makan. Lalu Sk ambil keputusan untuk tapau.
Hati berbunga-bunga.. syukur kedainya buka.
Nama gerai ni, Asam Pedas Mak Kiah. Ni gambar Sk ambil dari FB Page. Sampai-sampai terus tinjau lauk yang ada, macam-macam asam pedas ikan ada. Belangkas boleh buat pesanan, nanti dia bakar sambal.
Keluar dari highway, singgah Gerai Durian Durian Durian Imam. Ah.. memang berganda-ganda sebutan durian tu kat banner gerai dia, heheh
Beli dua biji IOI, kena RM57. Minta kopekkan terus masuk tipuware
Lauk-lauk yang ditawarkan dari Asam Pedas Mak Kiah. Ayam Goreng dua ketul, Kari Ayam seketul, sayur kubis, kuah asam pedas ikan mayong, ikan mayong tak ambil sebab semua kepala dan semestinya Belangkas Bakar. Kuah asam pedas dia berasa betul
Belangkas Bakar Sambal. Kalau ada masak lemak cili api pun sedap jugak, kan. Dua beranak tu tak makan belangkas, Sk makan sorang. Ya Allah, sedapppp betul, telur dia banyakkkkk
Pinjam gambar dari FB Page Asam Pedas Mak Kiah. Memang telur dia sebanyak itu yaaa. Musim belangkas mengawan agaknya, hahahaha
Rasa sambal dia walaupun tak boleh lawan rasa sambal ikan bakar Tip Top dan Tip Top BBQ, tapi memang masuk dengan rasa telur belangkas tu. Sambil taip pun teringat, memang nak kena repeat
Dah siap cuci pinggan dan kemas meja, cuci mulut dengan durian. Fuhhhh mengancam habis ni! Ni pun kena repeat nanti, hahaha
Burppp.. Alhamdulillah 😋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/makan-belangkas-bakar-sambal-asam-pedas.html