Makan Asam Pedas Tetel Nasi Lemak Asiah Power Telur Bungkus
Assalamualaikum WBT
DULU-DULU selalu dapat pertanyaan, di mana nak makan asam pedas jika ke Johor Bahru? Hah.. suatu persoalan yang agak sukar dijawablah sebab rata-rata kalau nak makan asam pedas tu memang makan di rumahlah. Kalau nak makan di restoran atau warung, rata-rata di JB ni semuanya ada lauk asam pedas tapi yang dah siap untuk diceduk, bukan kita pesan baru dia masak. Lagi-lagilah kalau malam, dulu memang tak jumpa orang jual asam pedas waktu malam semudah kita nak jumpa orang jual tomyam. Maksud Sk dulu ni, zaman-zaman Iman tu masih kecik lagi.
Tapi sekarang, banyak dah restoran atau gerai jual asam pedas panas-panas waktu malam di JB ni. Cuma.. janganlah tanya, yang mana paling sedap nanti terus Sk blurrrr, hahaha. Biasa jumpa yang sedap aje cuma mungkin kadang ada yang terlebih pekat atau terlebih asam. Lagipun sehebat mana pun seseorang tu memasak, ada masa skill tu lari jugak, hahahah. Lagilah kalau jenis masak campak-campak tu, ialah, kita masak lauk bukan macam masak kek yang kena menimbang bagai.
Kisah beberapa minggu lepas, macam selalulah, malam-malam cari makan, Sk mengajak Pak Inche ke sebuah restoran di Taman Scientex Senai. Meriah nampak kedainya, kami pun duduk di meja kosong. Lama jugak tunggu tak ada staf yang layan bagi menu ke apa ke kan, Sk sabar jer la, maklum mereka sibuk. Tak lama datang satu keluarga anak-beranak duduk di belakang/ sebelah meja kami. Kemudian lalu seorang staf bawa buku catatan, Sk pun angguk la isyarat nak pesan makanan, dia pun angguk tapi tup-tup dia terus pergi meja sebelah yang baru sampai tu ambil pesanan kat situ dulu. Rasa nak meletup tapi sabarrrrr.. tu PI tak perasan ya 😄
Lepas tu, lalu seorang lagi staf perempuan, Sk minta menu.. dia pun bagilah menu ni. Ada bakso dan masakan goreng-goreng macam nasi dan mee. Sk tanya PI, okey ke, PI tanya Sk balik. Sk kan dah naik angin dengan staf tadi lalu Sk ajak PI pergi tempat lain. PI tanya kenapa, sampai ke sudah Sk tak cerita cuma cakap menu tak menariks. Malas nak cerita nanti jadi makin hangat 🤣
PI kata, jom kita pergi Nasi Lemak kat Jalan Yahya Awal, dia bungkus telur dadar. Hah? Nasi lemak lagi? (Urut dada)
Pelbagai pilihan lauk nasi lemak. Nasi lemak kat sini ikut trend sekarang la, nasi lemaknya dibungkus dengan telur dadar macam nasi goreng Pattaya. Tak tahulah apa yang seronok sangat PI mesti teruja la kalau tahu mana-mana tempat ada jual nasi lemak macam ni, dia tak tahu Sk pun boleh buat 🥱
PI tahu Sk ni bukan minat sangat makan nasi lemak selalu.. dia cadang Sk ambil Asam Pedas Tetel
Maklumat perniagaan. Best suasana di sini siap ada hiburan live
Pak Inche pesan Nasi Lemak Telur Bungkus Sambal Sotong tak mahu kacang ikan bilis lebih. Yang dapat kacang lebih dan serpihan ikan bilis adalah tiga serpih 🫣. PI kata sedap tapi tengok muka pun tahu ..
Sk pesan Asam Pedas Tetel. Lohhhhh... punya panjang baca baru nak cerita pasal Asam Pedas Tetelnya Sk??
Set asam pedas datang bersama timun dan telur masin. Kacang tu Sk ambil dari nasi lemak PI, heheh. Bagi Sk, sedaplah asam pedasnya, panas-panas dihidang dalam kuali tu dan tidak kedekut bahan. Ia ditumis hingga terbit minyak membuatkan rasa asam pedas tu sebati cukup asam garamnya. Tetel tu pun banyak dia bagi dan cukup empuknya. Selain penggunaan daun kesom, mereka juga masukkan potongan bendi, identiti asam pedas orang Johor. Boleh dikatakan ianya tidak mengecewakan, boleh repeat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/makan-asam-pedas-tetel-nasi-lemak-asiah.html