Makan Nasi Ayam Restoran Budak Siew Mai
Assalamualaikum WBT
MASA menginap di Ideas Hotel KL hari tu, Sk perasan, Pak Inche kerap ke bilik air. Sekejap-sekejap pergi.. sekejap-sekejap pergi, macam ada sesuatu yang tak kena. Sk pun tanya, PI mengaku asyik rasa nak buang air dan ngilu gitu. Sk risau kot itu gejala penyakit batu karang. Teringat dulu Sk melawat arwah nenek ayah yang dimasukkan ke Hospital Pontian kerana sakit batu karang. Sk kecik lagi, tak faham lagi apa penyakit batu karang tapi Sk tak boleh lupa makan nasi hospital dalam tray warna biru cair tu, macam sedap betul, hahahaha. Jamah seorang sikit, kan.. tu agaknya rasa sedap sangat, hahaha.
Sk ni bab nasihatkan orang pergi klinik atau hospital memang pandai, tapi sendiri penakut, hehehe. Sk suruh PI segera ke klinik bila balik Johor sebab takut kalau betul-betul batu karang, nanti jadi besar dan kena bedah. Kalau peringkat awal, doktor boleh bagi ubat untuk pecahkan batu tu yang akan keluar bila kita buang air kecil. Ni Sk baca dan dengar cerita orang, bukan fakta ya, maaf jika ini sebenarnya auta, huhu. Jadi, lepas check out hotel kami terus balik ke Johor padahal plan asal konon nak singgah Melaka. Sampai JB, terus tuju ke klinik ESihat di Bandar Baru Uda. Rupanya, PI kena kencing kotor. Doktor bagi ubat-ubatan seperti ubat demam, ubat sakit perut, antibiotik dan serbuk untuk dibancuh dalam air dan diminum. Alhamdulillah, nampaknya PI dah sembuh tak lagi mencicit-cicit lari ke bilik air, dahlah kena ACL
ACL tu apa, baca SINI
Selesai urusan di klinik, barulah pergi cari makan. Agak buntu jugak sebab dah petang, mana nak cari Nasi kemudian teringat Restoran Al- Anisah ada nasi ayam, tapi tutup pulak. Naik angin la PI, sekejap kata buka sampai pukul 8 malam, tapi bila kita datang siang pun tutup jugak. Lalu kami ke Restoran Budak Siew Mai. Pesan dua pinggan nasi ayam dan Chee Cheong Fun, lepas tu terus suruh PI makan ubat demam dan sakit perut yang perlu diambil tiga kali sehari
Malam tu, tak keluar makan, susah sebab PI asyik nak pergi bilik air dan pundi kencing lemah. Sk goreng nasi campak udang tiga ekor, jadilah Nasi Goreng Udang, hehehe. Nasi tu taklah banyak tapi pelik, tak habis pun makan dua orang, bakinya Sk simpan dan esok pagi panaskan masa sarapan tambah telur separuh masak, bancuh teh o panas secawan dan coklat panas untuk Tuan Tanah Kedaung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/07/makan-nasi-ayam-restoran-budak-siew-mai.html