Makan Asam Pedas Sedap Di Nur Yaqin Elmina Selatan Lebuhraya Guthrie
Assalamualaikum..
"BONDA... boleh tak Yaya nak balik cuti Deepavali ni?" Tanya Iman dalam whatsapp group beberapa minggu sebelum cuti Deepavali. Aaaa.. dia ingat babah dia bagi dia nak balik sendiri. Bila anaknya cakap pasal nak balik cuti, maka panjanglah pulak akal Pak Inche nak ke sana.
"Jomlah kita pergi, kita pun lama tak makan kat New Hollywood," Nampak tak permainan dia, makan jugak yang diingatnya
Tapi bagus jugak, dapatlah Sk singgah makan di lokasi makan yang tersenarai sebagai tempat makan menarik di Ipoh iaitu Cafe Konda Kondi, boleh baca di sini
MAKAN DI CAFE KONDA KONDI
Tapi, kan.. Sk tak sabar nak cerita kisah perjalanan balik ke JB semalam yang menempuh jem sakan
Seperti biasa, kalau dah sarapan di hotel, memang ambil masa sikit nak lapar balik, hahaha. Jadi, Pak Inche ajak singgah makan di Melaka aje. Nak cuba makan di satu tempat tu yang sedang viral, katanya port Asam Pedas paling sedap di Melaka. Sepanjang perjalanan mengikut jalan lama tu memang Pak Inche la yang memandu sementara Sk zzzz, caj bateri la sebelum giliran kita pulak pegang stereng kan. Sk tersedar bila kami dah sampai di Tanjung Malim, Pak Inche tunjuk Restoran Yik Mun. Sk menolak, hurmm.. agaknya mata masih mengantuk dan tekak ni sebenarnya teringin nak makan nasi berlauk. Jadi, kami keluar dari Tanjung Malim masuk highway tu memang masih jem lagi lalu kami ambil keputusan ikut Lebuhraya Guthrie. Bolehlah singgah di RNR Elmina Selatan untuk buat apa yang patut
Dah lama kami tak lalu Guthrie ni tau dan dulu-dulu memang kami tak pernah singgah RNR sini. Meriah sungguh siap ada busking dari uncle-uncle yang mendendangkan lagu-lagu evergreen. Dah macam raya puasa, hahaha. Tapi yang best, taklah penuh sesak dengan manusia seperti RNR di sebelah utara yang kami lalui sebelumnya. Sk tanya Pak Inche kotlah dia nak makan di sini.. keee... nak jugak makan Asam Pedas yang viral tapi sedap belum tau tu. Pak Inche angguk setuju lalu kami singgah di gerai yang menghidangkan Asam Pedas Claypot, Nur Yaqin Enterprise nama kedainya
Pilihan Sk, Asam Pedas Tenggiri manakala Pak Inche pilih Asam Pedas Daging, lupa nak ambil gambar mangkuk asam pedas Pak Inche
Pehhhh.. Memang tak sia-sialah berhenti di sini dan pilih untuk makan di sini. Kuah asam pedasnya memang perfect, masam tidak terlalu masam, pedas tidak terlalu pedas, secukup rasanya macam asam pedas air tangan ibu sendiri tau. Setiap set asam pedas didatangkan bersama nasi putih, timun, sambal belacan dan telur masin. Bayangkan Sk menghirup kuah asam pedas ini hingga ke titisan terakhir, phewwwwww! Ini barulah asam pedas!
Ada orang tu dah kenyang makan asam pedas tapi dia memang pantang nampak Nasi Lemak Daun Pisang, hurmmm... Nasi Lemak Daun Pisang ni datang dari gerai yang sama
Selain pelbagai jenis asam pedas, ada juga dijual masakan panas seperti Kuey Teow Goreng, Mee Bandung dan Nasi Goreng. Tapi, Sk memang rekomen la asam pedas dia. Gerai Nur Yaqin ni terletak di sebelah gerai minuman, nombor dua kedudukannya dari kawasan taman permainan, tandas dan surau. Adehhh, sampai sekarang masih teringat lorrrr.
Burpppp! Alhamdulillah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2019/10/makan-asam-pedas-sedap-di-nur-yaqin.html